Blog Archives

Catatan 花火 Hana-bi: Cinta Yang Merentasi Sempadan Masa Dan Keadaan

Apa itu cinta?

Cinta itu satu anugerah. Hadirnya tanpa diduga, tanpa dipaksa. Berputik tanpa mengenal sebarang titik perbezaan. Namun malangnya, adakalanya cinta yang sedang berkembang itu tidak dapat kekal mengharumi taman-taman hati hanya kerana terdapat kepincangan dalam percaturan masa. Mungkin inilah antara mesej yang cuba disampaikan oleh para penulis drama dalam drama-drama Korea kebelakangan ini. Jika dahulu, kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah cinta yang berjaya merentasi sempadan darjat dan keturunan, namun untuk tahun 2012 ini, nampaknya kita lebih banyak dihidangkan dengan kisah-kisah cinta  yang merentasi sempadan masa dan keadaan. Read the rest of this entry

Advertisements

Catatan 花火 Hana-bi: Bintang Idola vs Pelakon Popular Beraksi Dalam KDrama Pembuka Tirai 2011

Drama Idola Taiwan: Autumn's Concerto

Pernahkah anda menonton drama-drama idola dari Taiwan seperti TWDrama 2001, 2002 – Meteor Garden I & II, TWDrama 2006 – Smiling Pasta, TWDrama 2008 Fated To Love You, TWDrama 2009 – Autumn’s Concerto atau TWDrama 2010 – Down With Love? Drama-drama yang mana watak-watak utamanya disandang oleh penyanyi-penyanyi popular atau bintang-bintang idola ini menggunakan sepenuhnya populariti yang dimiliki oleh artis terbabit untuk meraih minat penonton. Kini, wabak drama idola bukan sahaja sudah menular ke Malaysia, tetapi juga ke Korea Selatan. Jika tahun 2009 dan 2010 merupakan medan percubaan bagi bintang-bintang idola Korea untuk  berjinak-jinak dalam dunia lakonan, tahun 2011 pula menyaksikan Read the rest of this entry