Blog Archives

Catatan 花火 Hana-bi: Drama Wajib Tonton Minggu Ini

Loket 'air mata' milik Ji Hyeon dalam KDrama 2011 - 49 Days

Minggu ini adalah minggu yang menyeronokkan bagi 花火 Hana-bi selaku penggemar drama Korea. Ini kerana, pada minggu ini, 花火 Hana-bi berpeluang untuk menonton drama-drama menarik yang sedang bersiaran di kaca TV Korea Selatan. Baik yang baru bermula, mahupun yang sedang rancak ke udara, KDrama 2011 menjanjikan kepuasan kepada penonton dengan menyajikan drama-drama yang menyentuh hati. Antara drama-drama yang benar-benar berjaya menambat hati 花火 Hana-bi pada minggu ini adalah Read the rest of this entry

Advertisements

Catatan 花火 Hana-bi: Burung Duri Terbang Tinggi

Aduhai Si Burung Duri...

Umpama lilin yang sanggup membakar diri sendiri semata-mata untuk menerangi orang lain, demikianlah juga si burung duri yang sanggup melontarkan dirinya ke celah-celah pepohon berduri semata-mata untuk menghasilkan bunyi yang paling merdu sebagai halwa telinga si pendengar. Mungkin ada yang menganggap tindakan si burung ini merupakan suatu pengorbanan yang hanya memakan diri sendiri, namun bagi si burung, ianya adalah satu penghormatan yang tidak terbanding. Begitulah yang cuba ditonjolkan menerusi Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Bintang Idola vs Pelakon Popular Beraksi Dalam KDrama Pembuka Tirai 2011

Drama Idola Taiwan: Autumn's Concerto

Pernahkah anda menonton drama-drama idola dari Taiwan seperti TWDrama 2001, 2002 – Meteor Garden I & II, TWDrama 2006 – Smiling Pasta, TWDrama 2008 Fated To Love You, TWDrama 2009 – Autumn’s Concerto atau TWDrama 2010 – Down With Love? Drama-drama yang mana watak-watak utamanya disandang oleh penyanyi-penyanyi popular atau bintang-bintang idola ini menggunakan sepenuhnya populariti yang dimiliki oleh artis terbabit untuk meraih minat penonton. Kini, wabak drama idola bukan sahaja sudah menular ke Malaysia, tetapi juga ke Korea Selatan. Jika tahun 2009 dan 2010 merupakan medan percubaan bagi bintang-bintang idola Korea untuk  berjinak-jinak dalam dunia lakonan, tahun 2011 pula menyaksikan Read the rest of this entry