Blog Archives

Catatan 花火 Hana-bi: Burung Duri Terbang Tinggi

Aduhai Si Burung Duri...

Umpama lilin yang sanggup membakar diri sendiri semata-mata untuk menerangi orang lain, demikianlah juga si burung duri yang sanggup melontarkan dirinya ke celah-celah pepohon berduri semata-mata untuk menghasilkan bunyi yang paling merdu sebagai halwa telinga si pendengar. Mungkin ada yang menganggap tindakan si burung ini merupakan suatu pengorbanan yang hanya memakan diri sendiri, namun bagi si burung, ianya adalah satu penghormatan yang tidak terbanding. Begitulah yang cuba ditonjolkan menerusi Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Patah Tumbuh Hilang Berganti

Selamat Tinggal, Tuan Puteri!

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Itulah antara pepatah yang mungkin sering kita baca atau dengari dari mulut seseorang apabila kita kehilangan sesuatu. Meskipun pada hakikatnya yang tumbuh dan yang berganti itu mungkin tidak sama dengan apa yang telah patah ataupun yang telah hilang, namun sedikit-sebanyak ia berfungsi sebagai penghibur hati yang sedang rawan. Seandainya kita bernasib baik, maka yang tumbuh dan yang berganti itu bukan sahaja mampu menjadi penawar malah mampu untuk membangkitkan kembali semangat yang hilang. Itulah yang dirasai oleh 花火 Hana-bi setiap kali drama kegemaran 花火 Hana-bi tamat disiarkan. 花火 Hana-bi percaya, anda selaku peminat setia KDrama juga pastinya pernah mengalami pengalaman yang sama. Bagi peminat-peminat KDrama 2011 – My Princess dan KDrama 2011 – Dream High, anda pastinya Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Bintang Idola vs Pelakon Popular Beraksi Dalam KDrama Pembuka Tirai 2011

Drama Idola Taiwan: Autumn's Concerto

Pernahkah anda menonton drama-drama idola dari Taiwan seperti TWDrama 2001, 2002 – Meteor Garden I & II, TWDrama 2006 – Smiling Pasta, TWDrama 2008 Fated To Love You, TWDrama 2009 – Autumn’s Concerto atau TWDrama 2010 – Down With Love? Drama-drama yang mana watak-watak utamanya disandang oleh penyanyi-penyanyi popular atau bintang-bintang idola ini menggunakan sepenuhnya populariti yang dimiliki oleh artis terbabit untuk meraih minat penonton. Kini, wabak drama idola bukan sahaja sudah menular ke Malaysia, tetapi juga ke Korea Selatan. Jika tahun 2009 dan 2010 merupakan medan percubaan bagi bintang-bintang idola Korea untuk  berjinak-jinak dalam dunia lakonan, tahun 2011 pula menyaksikan Read the rest of this entry