Blog Archives

Catatan 花火 Hana-bi: Mentari Berlalu, Rembulanpun Berlalu

Yeo Jin Goo + Kim Yoo Jeong: Saranghaeyo!

Selepas 11 minggu bersinar terang, Sang Mentari dan Sang Rembulan akhirnya mengundurkan diri. Walau bagaimanapun, dengan 20 episod yang berakhir dengan jayanya, langit Korea yang indah akan tetap merasai kehangatan Sang Mentari serta kesyahduan Sang Rembulan ini. Melakar sejarah sebagai salah-sebuah drama Korea paling popular, KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS) pastinya Read the rest of this entry

Advertisements

Catatan 花火 Hana-bi: Koleksi Gambar Di Sebalik Tabir TMTETS

Wajah-wajah pelakon TMTETS di sebalik tabir


———————————— ♥ ————————————

Oleh kerana memiliki sedikit waktu yang terluang, disebabkan ‘gangguan siaran’ untuk dua episod terakhir KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS), maka kesempatan ini 花火 Hana-bi gunakan untuk menyediakan ‘collage‘ / kolaj bagi koleksi gambar-gambar di sebalik tabir pembikinan TMTETS. Kebanyakan gambar-gambar ini adalah dipilih daripada senarai gambar paling digemari 花火 Hana-bi. Sebenarnya sewaktu merekabentuk kolaj ini, saiz asal imej adalah 3 kali ganda lebih besar. Walau bagaimanapun, 花火 Hana-bi terpaksa mengurangkan saiz serta kualiti imej bagi mengurangkan saiz fail yang agak besar, melebihi 1MB. Meskipun kurang daripada aspek estetikanya, 花火 Hana-bi berharap anda suka akan projek khas 花火 Hana-bi ini.

———————————— ♥ ————————————



| 花火 Hana-bi |

Catatan 花火 Hana-bi: Mentari Kedua Akhirnya Turut Bersinar

Jeong Il Woo sebagai Putera Yang Myeong

Jika sepanjang hampir 5 minggu kita telah melihat sang mentari, Kim Soo Hyeon lebih banyak bersinar menerusi wataknya sebagai Maharaja Lee Hwon, kini pada minggu ke-9 penyiaran KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS), kita akhirnya dapat melihat mentari kedua, iaitu Jeong Il Woo / Putera Yang Myeong pula yang bersinar cahayanya. Pada minggu ini, para peminat TMTETS pastinya gembira kerana telah disajikan bukan sahaja dengan adegan yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Kini Mentari Pula Yang Gerhana

Tatkala mentari gerhana...

Sekiranya anda adalah pengikut setia KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS), anda pastinya tersentuh dengan adegan terakhir dalam Episod 16 yang disiarkan pada 23 Februari 2012 yang lalu. Jika di dalam beberapa episod kebelakangan ini kita telah menyaksikan ‘Sang Rembulan’ gerhana, kini tiba giliran ‘Sang Mentari’ pula untuk gerhana. Tidak sabar rasanya menunggu episod seterusnya KDrama hebat ini yang bakal ke udara esok, 29 Februari 2012.

Ini kerana, episod ke-17 bakal mempertontonkan reaksi/tindakan Maharaja Lee Hwon selepas akhirnya mengetahui bahawa  Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Tatkala Sang Rembulan Mendakap Sang Mentari

Drama Hebat Pembuka Tirai 2012

Sebuah drama pembuka tirai 2012, The Moon That Embraces The Sun (TMTETS), kini sedang hangat diperkatakan di bibir serta di hujung jari peminat-peminat KDrama. Sebagaimana hebatnya Wol, seorang bomoh istana, hari demi hari berjaya mencuri hati Lee Hwon, seorang maharaja, begitu jugalah hebatnya drama ini dalam berjaya menawan hati para penontonnya menerusi jalan ceritanya yang menarik saban episod.

Minggu ini, sudah masuk minggu ke-7 TMTETS disiarkan di MBC pada slot Rabu & Khamis 9.55  malam. Disebabkan rating penonton yang semakin meningkat saban minggu, malah dengan catatan yang cukup tinggi melebihi 40% penonton (Seoul) sejak minggu ke-5 penayangannya (sumber: AGB Nielson), iaitu satu catatan yang jarang dinikmati oleh drama-drama bersiri terutama drama terbitan MBC, maka terdengar ura-ura bahawa Read the rest of this entry