Blog Archives
Catatan 花火 Hana-bi: Koleksi Gambar Di Sebalik Tabir TMTETS
———————————— ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ————————————
Oleh kerana memiliki sedikit waktu yang terluang, disebabkan ‘gangguan siaran’ untuk dua episod terakhir KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS), maka kesempatan ini 花火 Hana-bi gunakan untuk menyediakan ‘collage‘ / kolaj bagi koleksi gambar-gambar di sebalik tabir pembikinan TMTETS. Kebanyakan gambar-gambar ini adalah dipilih daripada senarai gambar paling digemari 花火 Hana-bi. Sebenarnya sewaktu merekabentuk kolaj ini, saiz asal imej adalah 3 kali ganda lebih besar. Walau bagaimanapun, 花火 Hana-bi terpaksa mengurangkan saiz serta kualiti imej bagi mengurangkan saiz fail yang agak besar, melebihi 1MB. Meskipun kurang daripada aspek estetikanya, 花火 Hana-bi berharap anda suka akan projek khas 花火 Hana-bi ini.
———————————— ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ————————————
| 花火 Hana-bi |
Catatan 花火 Hana-bi: Demam ‘Cinderella Sister’ Masih Belum Kebah
Demam KDrama 2010 – Cinderella Sister (CS) yang melanda 花火 Hana-bi ternyata masih belum kebah meskipun sudah 6 minggu CS mengucapkan selamat tinggal kepada peminat-peminat setia drama Korea. Bahangnya masih lagi terasa sehinggakan drama-drama atau filem-filem Korea yang ditonton selepas drama hebat ini, dirasakan tidak setanding dengannya. Untuk mengubat kerinduan pada CS, 花火 Hana-bi mula Read the rest of this entry