Blog Archives

Catatan 花火 Hana-bi: Cinderella Kembali Lagi…

Rain + Song Hye Gyo Dalam "Full House"

Sejak mengikuti drama-drama terkini Korea menerusi Internet/komputer, sebenarnya sudah agak lama 花火 Hana-bi tidak mengikuti sebarang drama bersiri Korea menerusi stesen TV tempatan. Namun, kebelakangan ini, terdapat beberapa buah drama lama yang berjaya menarik 花火 Hana-bi  untuk kembali menghadap kaca televisyen. Selepas KDrama 2004 – Full House selesai diulang tayang bulan lepas, kini muncul pula dua buah drama hebat yang suatu masa dahulu cukup popular. Drama-drama ini, meskipun mempunyai jalan cerita yang jauh berbeza, namun kedua-duanya mempunyai persamaan daripada aspek jalan cerita yang ala-ala kisah dongeng Cinderella. Dua buah drama yang dimaksudkan adalah Read the rest of this entry

Advertisements

Catatan 花火 Hana-bi: Demam ‘Cinderella Sister’ Masih Belum Kebah

Di sebalik tabir pembikinan KDrama 'Cinderella Sister'

Demam KDrama 2010 – Cinderella Sister (CS) yang melanda 花火 Hana-bi ternyata masih belum kebah meskipun sudah 6 minggu CS mengucapkan selamat tinggal kepada peminat-peminat setia drama Korea. Bahangnya masih lagi terasa sehinggakan drama-drama atau filem-filem Korea yang ditonton selepas drama hebat ini, dirasakan tidak setanding dengannya. Untuk mengubat kerinduan pada CS, 花火 Hana-bi mula Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Ulasan Ringkas Drama ‘Cinderella’s Sister’ di WithS2

Cinderella's Sister @ WithS2

Pada minggu lepas, buat pertama kalinya, 花火 Hana-bi memberanikan diri untuk membuat ulasan ringkas (drama review) di laman web rasmi WithS2 (Written in The Heavens Subbing Squad) bagi drama kegemaran 花火 Hana-bi iaitu KDrama 2010 – Cinderella’s Sister. Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi Read the rest of this entry

Info Drama: KDrama 2010 – Cinderella’s Sister

KDrama 2010 - Cinderella's Sister

Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: ‘Cinderella’s Sister’ Berakhirnya Sebuah Drama Kehidupan

Hati Eun Jo akhirnya lembut jua apabila melihat Ki Hoon berada dalam kesedihan

Pada malam terakhir KDrama 2010 – Cinderella’s Sister (CS) disiarkan, 花火 Hana-bi tidak berkesempatan untuk menontonnya dalam versi RAW (tanpa terjemahan/sarikata) sebagaimana biasa menerusi JoonMedia kerana sambungan Internet pada waktu itu mengalami sedikit gangguan. Setelah hampir 2 hari bagaikan cacing kepanasan, kerana Streamyx ‘down‘ selama lebih daripada 18 jam dan kemudiannya terpaksa berdepan pula dengan masalah ‘serverViikii yang sibuk, akhirnya 花火 Hana-bi Read the rest of this entry