Kredit dan Penghargaan

Segala maklumat yang dipaparkan di blog ini berkenaan sesebuah drama/filem/lagu/artis adalah berdasarkan carian secara dalam talian menggunakan Enjin Carian Google. Oleh itu, kredit harus diberikan kepada pemilik, penulis dan penterjemah asal. 花火 Hana-bi, melalui kerja-kerja kompilasi serta terjemahan, hanya bertindak sebagai penyalur berita ke dalam bahasa ibunda 花火 Hana-bi iaitu Bahasa Melayu. Sebarang kepincangan dalam kerja-kerja kompilasi serta terjemahan ini adalah tidak disengajakan dan adalah berpunca daripada kegagalan 花火 Hana-bi untuk memahami Bahasa Korea dan/atau Bahasa Inggeris dengan baik.

Imej-imej yang digunakan di dalam blog ini adalah diperolehi hasil carian dalam talian. Oleh itu, 花火 Hana-biingin memohon maaf sekiranya pemilik/pereka asal imej/gambar tersebut tidak dikreditkan, terutamanya pereka ‘siggy’. Ianya adalah berpunca daripada kegagalan 花火 Hana-bi untuk mengesan pencipta/pereka sebenar.

Kerja-kerja penterjemahan serta pengolahan lirik lagu ke Bahasa Melayu dilakukan oleh 花火 Hana-bi sendiri. Oleh itu, sekiranya anda berminat dengan hasil kerja 花火 Hana-bi serta ingin memaparkannya di dalam blog/forum/media lain, sila kreditkan hasil usaha 花火 Hana-bi ini dengan menyediakan pautan ke blog ini. Perlu diingatkan bahawa terjemahan dan olahan lirik dilakukan berdasarkan pemahaman 花火 Hana-biterhadap lirik lagu yang telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh peminat lagu berkenaan, meskipun花火 Hana-biturut menggunakan secara minima agen penterjemah seperti Yahoo! Babel Fish dan Google Translate. Sebarang perbezaan dengan maksud sebenar lirik adalah sememangnya tidak disengajakan.

Terjemahan dan olahan lirik ini dilakukan bukan bertujuan untuk mengubah karya asal tetapi adalah membolehkan lagu-lagu Korea dinyanyikan dan dinikmati dalam bahasa yang boleh difahami. Di samping itu, 花火 Hana-bi seboleh mungkin cuba mengekalkan struktur asal lirik lagu tersebut. Oleh itu, selain daripada dapat memahami maksud sesebuah lagu, anda juga dapat mempelajari Bahasa Korea. Perlu juga diingatkan bahawa terjemahan dan olahan lirik ini adalah untuk rujukan / kegunaan peribadi sahaja.

Lirik Roman sesebuah lagu yang dipaparkan di blog ini juga mungkin sedikit berbeza dengan lirik Roman yang asal. Ini disebabkan oleh sedikit pengubah-suaian yang dilakukan oleh 花火 Hana-bi bagi memastikan lirik Roman atau tulisan Ruminya adalah selaras dengan teknik Revised Romanization (RR). Walau bagaimanapun, pengubah-suaian terhadap lirik Roman yang asal ini mungkin tidak 100% tepat kerana 花火 Hana-bimasih lagi dalam proses mempelajari teknik RR dan belum boleh dianggap benar-benar mahir. Oleh itu, sebarang kesilapan dalam merumikan lirik-lirik lagu di dalam blog ini adalah (sekali lagi!) tidak disengajakan. Walaupun begitu, 花火 Hana-bi harap ia tidak mencacatkan keseronokan anda dalam menikmati hasil-hasil kerja 花火 Hana-bi.

Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini!
Kamsahamnida!


| 花火 Hana-bi |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s