Info: Lirik Olahan

Apakah itu Lirik Olahan 花火 Hana-bi?

Lirik Olahan adalah istilah yang diperkenalkan sendiri oleh 花火 Hana-bi untuk merujuk kepada lirik sesebuah lagu yang telah diterjemah serta diolah ke dalam Bahasa Melayu (BM) agar dapat dinyanyikan seiring dengan rentak lagu yang asal. Lirik tersebut merupakan singkatan daripada terjemahan lirik ke dalam BM yang telah dilaksanakan oleh 花火 Hana-bi berdasarkan terjemahan Bahasa Inggeris (BI) yang diperolehi dari sumber-sumber tertentu.

Matlamat utama olahan ini dibuat adalah bagi membolehkan sesebuah lagu di dalam Bahasa Korea (BK) dapat dinyanyikan dengan mudah di dalam BM dalam bentuk ‘sing-along lyrics.’ 花火Hana-bi seboleh mungkin cuba mengekalkan struktur asal lirik di samping mengekalkan jalan cerita atau maksud sebenar lirik lagu tersebut.

Walaubagaimanapun, memandangkan 花火 Hana-bi bukanlah seorang yang mahir di dalam BK, maka terjemahan ke dalam BM ini adalah berdasarkan lirik yang telah diterjemahkan ke dalam BI. Terjemahan BI ini diperolehi menerusi sumber-sumber tertentu sebagaimana yang dinyatakan di dalam setiap paparan. Maka, kredit harus diberikan kepada penterjemah asal.

Selain daripada itu, 花火 Hana-bi juga turut menggunakan agen penterjemah, iaitu Yahoo! Babel Fish serta Google Translate. Agen penterjemah ini banyak membantu 花火 Hana-bi menterjemahkan ayat di dalam BK kepada BM, terutama apabila terdapat percanggahan di dalam maksud terjemahan BI.

Walau bagaimanapun, diakui bahawa terjemahan BM yang dilaksanakan mungkin tidak 100% tepat disebabkan keupayaan 花火Hana-bi yang terbatas ini. Sebarang perbezaan dengan maksud sebenar lirik adalah tidak disengajakan dan berpunca daripada kegagalan 花火 Hana-bi untuk memahami BK dan/atau terjemahan BI dengan baik.

Perlu diingatkan juga bahawa terjemahan ke dalam BM ini dilakukan bukan bertujuan untuk mengubah karya asal tetapi adalah untuk rujukan atau kegunaan peribadi sahaja.

Semoga anda berpuas hati dengan usaha 花火 Hana-bi ini. Dan, semoga anda dapat menyanyikan lagu-lagu Korea kegemaran anda di dalam BM dan pada waktu yang sama, dapat mempelajari Bahasa Korea secara tidak lansgsung.

Selamat terhibur!


| 花火 Hana-bi |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s