Category Archives: Info Artis

Info Artis Korea

Catatan 花火 Hana-bi: Cinta Yang Merentasi Sempadan Masa Dan Keadaan

Apa itu cinta?

Cinta itu satu anugerah. Hadirnya tanpa diduga, tanpa dipaksa. Berputik tanpa mengenal sebarang titik perbezaan. Namun malangnya, adakalanya cinta yang sedang berkembang itu tidak dapat kekal mengharumi taman-taman hati hanya kerana terdapat kepincangan dalam percaturan masa. Mungkin inilah antara mesej yang cuba disampaikan oleh para penulis drama dalam drama-drama Korea kebelakangan ini. Jika dahulu, kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah cinta yang berjaya merentasi sempadan darjat dan keturunan, namun untuk tahun 2012 ini, nampaknya kita lebih banyak dihidangkan dengan kisah-kisah cinta  yang merentasi sempadan masa dan keadaan. Read the rest of this entry

Advertisements

Catatan 花火 Hana-bi: Hujan Cinta Turun Bersama Putera Raja Hati Khatulistiwa Sempena Jamuan Perkahwinan Ibu Ratu Fesyen

Pesta Musim Bunga 2012

Musim bunga di Korea kali ini nampaknya meriah dengan drama-drama daripada pelbagai genre, sesuai sekali dengan tema musim yang berwarna-warni, bermula dengan drama-drama yang padat dengan unsur-unsur kehidupan yang mencabar hati serta kesabaran manusia hinggalah ke drama-drama yang diiringi dengan unsur-unsur fantasi yang mencabar logik serta akal pemikiran. “Hujan Cinta Turun Bersama Putera Raja Hati Khatulistiwa Sempena Jamuan Perkahwinan Ibu Ratu Fesyen.” Judul paparan 花火 Hana-bi kali ini mungkin kedengaran agak pelik, namun ia sebenarnya Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Mentari Berlalu, Rembulanpun Berlalu

Yeo Jin Goo + Kim Yoo Jeong: Saranghaeyo!

Selepas 11 minggu bersinar terang, Sang Mentari dan Sang Rembulan akhirnya mengundurkan diri. Walau bagaimanapun, dengan 20 episod yang berakhir dengan jayanya, langit Korea yang indah akan tetap merasai kehangatan Sang Mentari serta kesyahduan Sang Rembulan ini. Melakar sejarah sebagai salah-sebuah drama Korea paling popular, KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS) pastinya Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Mentari Kedua Akhirnya Turut Bersinar

Jeong Il Woo sebagai Putera Yang Myeong

Jika sepanjang hampir 5 minggu kita telah melihat sang mentari, Kim Soo Hyeon lebih banyak bersinar menerusi wataknya sebagai Maharaja Lee Hwon, kini pada minggu ke-9 penyiaran KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS), kita akhirnya dapat melihat mentari kedua, iaitu Jeong Il Woo / Putera Yang Myeong pula yang bersinar cahayanya. Pada minggu ini, para peminat TMTETS pastinya gembira kerana telah disajikan bukan sahaja dengan adegan yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Kini Mentari Pula Yang Gerhana

Tatkala mentari gerhana...

Sekiranya anda adalah pengikut setia KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS), anda pastinya tersentuh dengan adegan terakhir dalam Episod 16 yang disiarkan pada 23 Februari 2012 yang lalu. Jika di dalam beberapa episod kebelakangan ini kita telah menyaksikan ‘Sang Rembulan’ gerhana, kini tiba giliran ‘Sang Mentari’ pula untuk gerhana. Tidak sabar rasanya menunggu episod seterusnya KDrama hebat ini yang bakal ke udara esok, 29 Februari 2012.

Ini kerana, episod ke-17 bakal mempertontonkan reaksi/tindakan Maharaja Lee Hwon selepas akhirnya mengetahui bahawa  Read the rest of this entry