Catatan 花火 Hana-bi: Projek Khas Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru Kepada Semua!

Sempena tahun baru 2013 yang baru sahaja menjelma dan sempena ulang tahun blog ini yang ke-3, 花火 Hana-bi bercadang untuk melancarkan satu projek khas melibatkan drama-drama Korea bagi tahun  2012. Sebagai permulaan, 花火 Hana-bi akan memaparkan senarai pemenang bagi anugerah-anugerah drama 2012 anjuran stesen-stesen TV tempatan Korea iaitu KBS, SBS serta MBC. Kemudian, buat julung-julung kalinya, 花火 Hana-bi akan memperkenalkan satu anugerah khas bagi blog ini.

Anugerah tersebut akan 花火 Hana-bi namakannya sebagai Anugerah Bunga Api, sempena nama blog ini dan sempena kemeriahan ‘pesta drama’ yang dirasai sepanjang tahun 2012 yang lalu. Meskipun tiada sebarang hadiah yang bakal diberikan dan meskipun tiada penilaian secara rasmi akan diadakan kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman peribadi sewaktu menonton, 花火 Hana-bi berharap anugerah ini sedikit-sebanyak dapat menjadi salah-satu tanda penghargaan serta pengiktirafan daripada 花火 Hana-bi kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan KDrama 2012. Terdapat beberapa pembahagian kategori untuk anugerah istmewa ini, antaranya adalah Kategori Pelakon Terbaik, Kategori Watak Paling Menonjol dan Kategori Lagu Tema Rasmi Drama (OST) Terbaik. Dan sebagai kemuncaknya, Anugerah Bunga Api akan diberikan untuk Kategori Drama Terbaik 2012.

Sebagai penutup projek tahun baru ini, 花火 Hana-bi akan memaparkan info-info ringkas untuk drama-drama 2012 yang pernah ditonton. 花火 Hana-bi juga akan memaparkan lagu-lagu tema rasmi (OST) KDrama 2012 yang telah berjaya menarik perhatian 花火 Hana-bi, terutama OST-OST yang telah memenangi atau yang pernah dicalonkan untuk sebarang anugerah khas untuk tahun 2012.

花火 Hana-bi berharap agar projek ini mendapat sambutan daripada rakan-rakan semua. Seandainya anda mempunyai sebarang pendapat mahupun saranan, sama ada yang berkaitan dengan projek khas tahun baru ini ataupun yang berkaitan dengan blog ini, silalah tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih atas sokongan semua.

 

– ♥ ♥ –

Selamat Tahun Baru, semua!

여러분, 새해 복 많이 받으세요!
Yeo-reo-bun, sae-hae bok ma-ni ba-deu-se-yo!

♥ 

花火 Hanabi, Selamat Ulang Tahun Yang Ke-3!

하나비, 3주년 기념일을 축하합니다!
Ha-na-bi, sam-ju-nyeon gi-nyeo-mi-reul chu-ka-ham-ni-da!

– ♥ ♥ – ♥ – ♥ – ♥ – ♥ – ♥ – ♥ –

花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 16 January 2013, in Catatan 花火 Hana-bi and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s