Catatan 花火 Hana-bi: 2012 Sederhana Namun Tetap Meriah

Salah-sebuah KDrama hebat 2012

Salah-sebuah KDrama hebat 2012

Tahun 2012… Prestasi sederhana namun sambutan yang diterima tetap meriah.

Begitulah kesimpulan yang dapat 花火 Hana-bi buat bagi menggambarkan pencapaian blog 花火 Hana-bi [Bunga Api] untuk tahun 2012 sekiranya mahu disimpulkan dalam satu ayat ringkas. Meskipun tidak banyak paparan yang dapat dimuatkan, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, namun bilangan pengunjung ke blog ini masih tetap bertambah dari hari ke sehari. Malah, tahun 2012 juga mencatatkan pertambahan dalam bilangan rakan blog daripada 14 pada tahun 2011 kepada 21 orang pada tahun 2012. Meskipun hanya satu pencapaian yang kecil bagi sesetengah bloggers, namun bagi 花火 Hana-bi, ia cukup untuk memberi semangat serta perangsang agar terus memaparkan ‘hasil kerja’ yang tidak seberapa di blog ini. Oleh itu 花火 Hana-bi ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua kerana sudi mengikuti perkembangan serta memeriahkan blog ini sepanjang tempoh 3 tahun ini.

Berikut adalah sedikit fakta tentang perkembangan blog ini pada tahun 2012  untuk dikongsi bersama:

  • Bilangan rakan blog 花火 Hana-bi [Bunga Api] yang mendaftar:
    20 (blog)+ 1 (komen) orang => Terima kasih!
  • Pos paling popular sepanjang setahun ini:
    Lirik Terjemahan: 어떡하죠 – What Should I Do?

    Pos ini telah lebih 2,800 kali diklik tahun ini dan secara keseluruhan, telah lebih 16,500 kali diklik sejak ia dipaparkan pada 25 Disember 2009
  • Pos tahun 2012 paling popular:
    Lirik Terjemahan: 시간을 거슬러 – Back in Time (
    OST KDrama KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun)
    Pos ini telah lebih 400 kali diklik sejak ia dipaparkan pada 26 Februari 2012
  • Pos paling diminati:
    Sinopsis Episod 11: KDrama 2009 – You’re Beautiful
    Pos ini mendapat 5 Undian 5 Bintang => Terima kasih!
  • Bilangan klik sepanjang tahun 2012:
    21,776 kali paparan diklik (dari 01 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012) => Terima kasih!
    Nota: Bilangan klik telah menurun sekitar 9.5% berbanding tahun 2011, dan menurun sekitar 41% berbanding tahun 2010
  • Jumlah klik secara keseluruhan:
    83, 586 kali paparan diklik (dari 05 Disember 2009 hingga 31 Disember 2012) => Terima kasih!
  • Bulan paling meriah sepanjang tahun 2012 (paling ramai pengunjung/klik):
    Disember 2012 (2,249 klik)
  • Bulan paling suram sepanjang tahun 2012 (paling sedikit pengunjung/klik):
    September 2012 (1,518 klik)
  • Hari paling meriah sepanjang tahun 2012 (paling ramai  pengunjung/klik):
    30 Mei 2012 (123 klik)
    Nota: Paparan paling kerap diklik adalah Lirik Terjemahan: 어떡하죠 – What Should I Do? iaitu sebanyak 9 kali klik
  • Purata klik sehari:
    59 klik
    Nota: Purata klik sehari telah menurun sekitar 10% berbanding tahun 2011, dan menurun sekitar 41% berbanding tahun 2010
  • Purata klik sebulan: 
    1814 klik
    Nota: Purata klik sebulan telah menurun sekitar 9.5% berbanding tahun 2011, dan menurun sekitar 42% berbanding tahun 2010
  • Jumlah pos untuk tahun 2012:
    41 pos
    Nota: Bilangan pos telah menurun sebanyak 37.8% berbanding tahun 2011 (66 pos)
  • Jumlah keseluruhan pos:
    208 pos (dari 05 Disember 2009 hingga 31 Disember 2012)
  • Jumlah komen yang diterima:
    63 komen
    Nota: Bilangan komen telah menurun sekitar 14.8% berbanding tahun 2011 (74 komen)
  • Jumlah perkongsian maklumat secara keseluruhan (pos yang dikongsikan ke laman/sumber lain sejak dipaparkan):
    230 kali dengan perkongsian tertinggi adalah di Facebook iaitu sebanyak 158 kali
    Nota: Perkongsian maklumat untuk tahun 2011 adalah sebanyak 180 kali dengan perkongsian tertinggi adalah di Facebook iaitu sebanyak 113 kali (sehingga 24 Disember 2011)
  • Pos paling popular yang dikongsikan ke laman/sumber lain: Lirik Terjemahan: 어떡하죠 – What Should I Do? – 53 kali dikongsi (sehingga 31 Disember 2012)
    Nota: Pos yang sama adalah pos paling popular bagi tahun 2011 dengan 43 kali perkongsian (sehingga 24 Disember 2011)

Berikut pula adalah perancangan 花火 Hana-bi untuk tahun 2013 yang merupakan kesinambungan bagi perancangan tahun 2012 yang masih dalam perlaksanaan:

      • Menyiapkan semua paparan berkaitan KDrama 2011 – Heartstrings serta KDrama 2009 – You’re Beautiful yang telah tertunggak sekian lama
        Nota: Akan dilaksanakan sebagai prioriti tahun ini
      • Mengemaskini dan menyusun semula semua maklumat drama/filem
        serta lagu-lagu yang disenaraikan di blog ini terutamanya pada bahagian K-Drama dan bahagian K-Pop
        Nota: Sedang dilaksanakan
      • Membahagikan pos berkaitan info drama kepada beberapa bahagian yang lebih kecil bagi membolehkan pos tersebut lebih cepat disediakan dan dipaparkan
        Nota: Sedang dilaksanakan
      • Memaparkan lebih banyak ulasan ringkas untuk drama/filem yang popular
        Nota: Sedang dilaksanakan
      • Menyediakan sinopsis ringkas setiap episod untuk drama yang benar-benar diminati
        Nota: Telah dilaksanakan sejak tahun 2012 dan masih akan terus dilaksanakan untuk tahun 2013
      • Memaparkan lebih banyak lagi lirik lagu-lagu tema drama serta filem, terutamanya bagi drama atau filem yang popular dan yang memenangi anugerah
        Nota: Akan dilaksanakan terutama untuk lagu-lagu tema yang dicalonkan dan/atau yang memenangi anugerah tertentu bagi tahun 2012 dan 2013 selaku lagu terbaik
      • Memaparkan lebih banyak lagi lirik lagu-lagu yang popular (bukan OST) terutama lagu-lagu yang berada pada tempat tertinggi dalam carta muzik Korea Selatan
        Nota: Akan dilaksanakan terutama untuk lagu-lagu atau penyanyinya yang memenangi anugerah tertentu bagi tahun 2012 dan 2013
      • Menyediakan terjemahan lirik BI (sekiranya ada) dan terjemahan BM secara berasingan bagi memudahkan pembaca menghayati maksud lagu tersebut
        Nota: Telah dilaksanakan sejak tahun 2012 dan masih akan terus dilaksanakan untuk tahun 2013

Di kesempatan ini, 花火 Hana-bi sekali lagi ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca atas sokongan yang berterusan daripada anda. Terima kasih kerana masih setia berkunjung meskipun tidak banyak pos yang dipaparkan saban minggu. 花火 Hana-bi berharap agar 花火 Hana-bi dapat menyediakan lebih banyak lagi pos yang menarik pada masa-masa yang akan datang untuk tatapan kita semua.

p/s: Sekiranya anda ada sebarang cadangan/permintaan, silalah maklumkannya kepada 花火 Hana-bi花火 Hana-bi akan cuba untuk memenuhi cadangan/permintaan anda itu seandainya mampu.

Terima kasih dan silalah berkunjung lagi ke blog ini pada masa yang akan datang!

– ♥ ♥ – ♥ – ♥ – ♥ –

Selamat Tahun Baru, semua!

여러분, 새해 복 많이 받으세요!
Yeo-reo-bun, sae-hae bok ma-ni ba-deu-se-yo!

♥  ♥ 

Hanabi, Selamat Ulang Tahun Yang Ke-3!

하나비, 3주년 기념일을 축하합니다!
Ha-na-bi, sam-ju-nyeon gi-nyeo-mi-reul chu-ka-ham-ni-da!

– ♥ ♥ – ♥ – ♥ – ♥ – ♥ – ♥ – ♥ –



花火 Hana-bi |


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 14 January 2013, in Catatan 花火 Hana-bi and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s