Catatan 花火 Hana-bi: Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013!

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru Kepada Semua!

Meskipun terlewat seminggu, rasanya masih belum terlambat untuk 花火 Hana-bi ucapkan selamat tahun baru terutama kepada rakan-rakan blog yang setia mengunjungi blog ini sejak tahun 2009 lagi. Kepada rakan-rakan baru, 花火 Hana-bi ucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi berkunjung serta mendaftar selaku rakan blog 花火 Hana-bi [Bunga Api] meskipun tidak banyak paparan yang mampu dimuatkan pada tahun 2012 disebabkan oleh masa terluang yang begitu terbatas.

Tahun 2012 sememangnya merupakan tahun yang paling pahit dalam hidup 花火 Hana-bi, bermula dari penghujung bulan November tahun 2011 hinggalah ke penghujung bulan November tahun 2012 yang lalu. Sepertimana plot-plot dalam drama yang ditonton, tahun 2012 membawa banyak episod suka dan duka yang mewarnai setiap helaian diari kehidupan 花火 Hana-bi. Sejujurnya, tahun 2012 banyak mengajar 花火 Hana-bi untuk lebih tabah dalam mengharungi segala rintangan hidup ini serta menerima segala ketentuan Tuhan dengan hati yang lebih terbuka.

Setelah beberapa kali terjatuh dan tersungkur, tahun 2012 bagi 花火 Hana-bi walau bagaimanapun berakhir dengan gembira, terima kasih atas kunjungan saudara-mara dari kampung yang memeriahkan minggu-minggu terakhir tahun yang getir ini dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Malah, tahun baru kali ini dirasakan lebih bermakna dengan adanya mereka-mereka yang disayangi di sisi. Dalam kesibukan melayani karenah anak-anak buah, 花火 Hana-bi terlupa yang pada tarikh yang sama, iaitu pada tanggal 1 Januari setahun yang lalu (01.01.12), 花火 Hana-bi pernah mengalirkan segantang air mata kesedihan. Seandainya anda juga ada menempuh saat-saat duka seperti 花火 Hana-bi pada tahun lepas, ataupun pada tahun-tahun sebelum ini, 花火 Hana-bi doakan agar tahun 2013 ini membawa lebih banyak rahmat dan kebahagiaan kepada anda, berkat kesabaran serta kepasrahan anda selama ini. 새해 복 많이 받으세요! Sae-hae bok ma-ni ba-deu-se-yo!

Untuk tahun 2013 ini, memang banyak perancangan baru yang sedang bermain di minda 花火 Hana-bi untuk memperbaiki blog 花火 Hana-bi [Bunga Api] ini. Dan, sepertimana tahun-tahun yang lalu, 花火 Hana-bi akan memaparkan statistik dan pencapaian blog ini bagi tahun 2012, sempena menyambut ulang tahun blog ini yang ketiga하나비, 3주년 기념일을 축하합니다! Ha-na-bi, sam-ju-nyeon gi-nyeo-mi-reul chu-ka-ham-ni-da! Selain daripada itu, 花火 Hana-bi juga akan memuatkan paparan-paparan menarik berkaitan  KDrama 2012 yang pernah ditonton, merangkumi info, ulasan ringkas serta gambar-gambar di sebalik tabir pembikinan drama bagi drama-drama kegemaran 花火 Hana-bi. Kesemua paparan ini akan menyusul tidak lama lagi.

Sekali lagi, 花火 Hana-bi ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda selama ini dan silalah berkunjung lagi ke blog ini pada masa-masa yang akan datang!

Terima kasih! 감사합니다! Gam-sa-ham-ni-da

花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Tuesday, 8 January 2013, in Catatan 花火 Hana-bi and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s