Ulasan Ringkas: KDrama 2012 – Love Rain

Info Drama: KDrama 2012 – Love Rain

| Info Ringkas | Fakta Menarik | Ulasan Ringkas | Ulasan Drama |
| Short Review | Drama Review |


Ulasan Ringkas:

Sebagai sebuah drama yang bergenrekan melodrama, jalan cerita Love Rain adalah agak perlahan namun menyentuh hati. Oleh kerana Love Rain memuatkan dua kisah cinta yang berbeza, maka adakalanya jalan cerita drama ini hilang sedikit fokus tumpuannya. Malah, apabila berlakunya pertukaran watak dan peralihan zaman yang mendadak selepas episod ke-4, genre drama ini juga turut berubah secara mendadak. Elemen percintaan yang romantis yang diterapkan di awal cerita mula digantikan dengan elemen komedi bagi mengimbangi adegan-adegan percakaran antara pasangan kedua, iaitu ‘Seo Jun’ dan ‘Jeong Ha Na’, yang berlaku sewaktu di awal perkenalan mereka. Walau bagaimanapun, apabila konflik mula melanda hubungan cinta mereka, genre drama ini beralih kembali ke genre melodrama. Bagi penonton-penonton yang gemarkan genre melodrama, Love Rain pasti dilihat sebagai sebuah drama yang tidak cukup unsur-unsur dramatisnya kerana elemen-elemen komedi yang diterapkan di dalam drama ini telah membuatkan Love Rain kurang menyerlah sebagai sebuah drama percintaan yang tragis. Namun, bagi penonton-penonton yang tidak begitu menggemari genre melodrama, peralihan genre sebegini membuatkan drama ini tidak terasa terlalu berat untuk ditonton malah lebih menghiburkan. Selain menyelitkan adegan-adegan komedi yang melucukan, terutama di antara pasangan muda, iaitu ‘Seo Jun’ dan ‘Jeong Ha Na’, Love Rain juga turut memuatkan lagu-lagu tema yang menarik. Tarikan utama drama ini pastinya terletak pada gandingan serasi aktor Jang Geun Seok dengan penyanyi YoonA (daripada kumpulan KPop terkenal Girls’ Generation / SNSD). Kedua-dua bintang ini menggalas tanggungjawab yang besar kerana mereka melakonkan watak sebagai pasangan kekasih untuk kedua-dua versi iaitu versi pasangan ‘Seo In Ha’ dan ‘Kim Yun Hui’ di zaman 70-an serta versi pasangan ‘Seo Jun’ dan ‘Jeong Ha Na’ di zaman moden. Dengan adanya kedua-dua bintang ini, drama Love Rain langsung tidak terasa jemu untuk ditonton.


Rating 花火 Hana-bi: 8/10 [Menarik]


———————————————————————————————————————

Penafian: Penilaian terhadap drama ini dilakukan berdasarkan pengalaman sewaktu menonton dan hanya merupakan pendapat peribadi 花火 Hana-bi semata-mata.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Saturday, 11 August 2012, in K-Drama, Ulasan Drama and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s