Fakta Menarik: KDrama 2012 – Love Rain

KDrama 2012 – Love Rain

| Info Ringkas | Fakta Menarik | Ulasan Ringkas | Ulasan Drama |
| Short Review | Drama Review |


Fakta Menarik:

Drama ini, untuk pertama kali dalam tempoh sepuluh tahun, menyatukan kembali Pengarah Yoon Seok Ho dengan Penulis O Su Yeon di bawah satu produksi. Mereka pernah bekerjasama dalam penerbitan dua drama hebat iaitu KDrama 2000 – Autumn In My Heart dan KDrama 2002 – Winter Sonata, yang menjadi pencetus kepada Hallyu / Korean Wave / Gelombang Korea di seluruh dunia.

[ Sumber: DramaWiki ]


Fakta Menarik:

Meskipun penyiarannya adalah untuk tahun 2012, penggambaran Love Rain telah dimulakan sejak 24 September 2011 lagi dengan lokasi pertama penggambaran adalah di Universiti Keimyung (계명대학교 / Gye-Myeong-Dae-hak-gyo) yang terletak di wilayah Daegu, bahagian tenggara Korea Selatan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah universiti yang agak lama dengan bangunan-bangunan klasik yang masih kekal hingga kini, maka Universiti Keimyung dipilih sebagai lokasi penggambaran untuk menggambarkan Universiti Korea (Hankook University) pada era 70-an.

[ Sumber: DramaWiki, Wikipedia, VisitKorea ]


Fakta Menarik:

Meskipun mencatat bilangan penonton yang agak rendah di negara sendiri, Love Rain tetap mendapat tempat di hati penonton luar negara. Bukan sahaja mendapat sambutan yang hebat di KBS World dan di saluran YouTube, drama ini juga berjaya dijual lesen penyiarannya ke lebih 12 buah negara sewaktu ia masih lagi rancak disiarkan di stesen TV tempatan. Malah, Pony Canyon, sebuah syarikat media yng besar dari Jepun telah membeli hak penyiaran drama ini dengan harga yang sangat tinggi sejak sebelum drama ini disiarkan secara rasmi lagi, memandangkan pasangan pelakon utamanya iaitu Jang Geun Seok dan YoonA SNSD/Girls’ Generation adalah antara artis Korea paling popular yang meneruskan legasi Hallyu di Jepun.

[ Sumber: DramaWiki, HanCinema, AllKPop, Newsen@KoreanDramaGuide ]


Fakta Menarik:

Dalam satu adegan dalam episod ke-19, gambar sebenar YoonA SNSD/Girls’ Generation sewaktu kecil telah digunakan iaitu sewaktu ibu ‘Jeong Ha Na’ (iaitu watak yang dipegang oleh Yoon A) melihat koleksi gambar ‘Jeong Ha Na’  sewaktu kecil.

[ Sumber: HanCinema ]


Fakta Menarik:

Selain daripada Universiti Keimyung yang dipilih sebagai lokasi penggambaran untuk menggambarkan Universiti Korea (Hankook University) pada era 70-an, terdapat beberapa lokasi menarik yang lain yang turut muncul di dalam drama ini. Antaranya:

Museom Village (무섬마을 / Mu-seom Ma-eul),
Yeongju

Sebuah perkampungan tradisi di mana Seo In Ha dan kawan-kawan sekuliahnya melakukan ekspedisi mencari ilham bagi projek seni mereka.

Suncheon Open Film Set / Suncheon Drama Set Village
(순천 드라마 촬영장 /  Sun-cheon Deu-ra-ma Chwa-ryeong-jang),
Suncheon

Untuk menampilkan kehidupan sebenar di era 70-an, penggambaran dilakukan di set terbuka ini yang menempatkan bangunan dari era 50-an hingga 70-an.

Hongdae (홍대앞/ Hong-dae-ap),
Hongik University Street, Seoul

Sebuah kawasan berhadapan dengan Universiti Hongik (학교 / Hong-ik Dae-hak-gyo) yang cukup popular terutama di kalangan warga muda kerana kaya dengan unsur-unsur kesenian serta budaya semasa. Selain salah-sebuah bangunannya dipilih sebagai lokasi studio fotografi ‘Seo Ju’n atau kedai kopi yang merangkap klinik yang dikendalikan oleh rakan ‘Seo Jun’, beberapa babak lain yang melibatkan ‘Jeong Ha Na’ dan ‘Seo Jun juga turut dirakam di sekitar kawasan ini. Antaranya, babak janji temu pertama antara ‘Jeong Ha Na’ dan ‘Seo Jun’ turut dirakam di sini.

Jade Garden (제이드가든), Chuncheon

Sebuah arboretum atau pusat pemuli­haraan tumbuhan yang mempunyai taman-taman bunga daripada pelbagai tema. Dipilih sebagai lokasi di mana ibu ‘Jeong Ha Na’, iaitu ‘Kim Yun Hui’, pada awalnya bekerja.

Konjiam Arboretum (곤지암수목원 / Gon-ji-am Su-mo-gwon),
Konjiam Ski Resort, Gyeonggi

Sebuah kawasan percutian yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan menempatkan kira-kira 20 buah taman bunga bertema. Dipilih sebagai lokasi di mana ‘Kim Yun Hui’ bekerja selepas dibuang kerja dari arboretum sebelumnya (bermula episod 7). Lokasi ini juga dipilih untuk beberapa babak penting lain iaitu sewaktu ‘Seo In Ha’ datang berjumpa dengan ‘Kim Yun Hui’ dan sewaktu ‘Seo Jun’ meluahkan rasa cintanya pada ‘Jeong Ha Na’.

[Sumber: VisitKorea ]


Fakta Menarik:

Love Rain pernah muncul dalam sebuah majlis anjuran MIPTV yang berlangsung di Cannes, Perancis (pada 1-4 April 2012). Seminar tahunan ini menggabungkan pelbagai pihak yang terlibat dalam industri hiburan termasuk penerbit, pengedar dan pengusaha filem serta drama dari seluruh dunia.

[ Sumber: DramaWikiWikipedia]


Fakta Kurang Menarik:

Sewaktu Love Rain sedang rancak disiarkan di KBS, sebuah syarikat produksi filem iaitu Egg Film telah membuat permohonan mahkamah agar penyiaran dan penjualan drama ini dihentikan. Egg Film mendakwa pihak produksi drama Love Rain meniru salah-sebuah filem terbitan mereka iaitu KMovie 2002 – Classic. Ini kerana, watak, babak dan jalan cerita serta genre yang dibawa oleh Love Rain mempunyai terlalu banyak persamaan dengan watak, babak dan jalan cerita serta genre yang pernah ditonjolkan oleh Classic, sebuah filem percintaan yang cukup popular di Korea suatu masa dahulu. Yoon’s Color selaku syarikat produksi Love Rain walau bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

[ Sumber: HanCinema, Soompi ]


Fakta Kurang Menarik:

Jang Geun Seok, pelakon utama drama ini, terlibat dalam satu kemalangan di Gyeonggi pada 29 April sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran seterusnya selepas selesai penggambaran di Pantai Mangsang (dalam daerah Kangwon). Kereta yang dipandu pengurusnya pada awal pagi tersebut telah merempuh penghadang tepi jalan. Oleh kerana terpaksa meneruskan penggambaran disebabkan jadual yang ketat, maka Jang Geun Seok hanya berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas penggambaran pada hari tersebut selesai. Meskipun dilaporkan cuma mengalami lebam, namun berikutan hal ini, pihak produksi menangguhkan penggambaran keesokan harinya bagi memberi peluang kepada Jang Geun Seok (dan artis lain) untuk berehat.

[ Sumber: HanCinema, AllKPop, Soompi ]




———————————————————————————————————————

Penafian花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan di atas.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 10 August 2012, in Fakta Menarik, K-Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s