Monthly Archives: July 2012

Catatan 花火 Hana-bi: Cinta Yang Merentasi Sempadan Masa Dan Keadaan

Apa itu cinta?

Cinta itu satu anugerah. Hadirnya tanpa diduga, tanpa dipaksa. Berputik tanpa mengenal sebarang titik perbezaan. Namun malangnya, adakalanya cinta yang sedang berkembang itu tidak dapat kekal mengharumi taman-taman hati hanya kerana terdapat kepincangan dalam percaturan masa. Mungkin inilah antara mesej yang cuba disampaikan oleh para penulis drama dalam drama-drama Korea kebelakangan ini. Jika dahulu, kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah cinta yang berjaya merentasi sempadan darjat dan keturunan, namun untuk tahun 2012 ini, nampaknya kita lebih banyak dihidangkan dengan kisah-kisah cinta  yang merentasi sempadan masa dan keadaan. Read the rest of this entry