Catatan 花火 Hana-bi: Mentari Berlalu, Rembulanpun Berlalu

Yeo Jin Goo + Kim Yoo Jeong: Saranghaeyo!

Selepas 11 minggu bersinar terang, Sang Mentari dan Sang Rembulan akhirnya mengundurkan diri. Walau bagaimanapun, dengan 20 episod yang berakhir dengan jayanya, langit Korea yang indah akan tetap merasai kehangatan Sang Mentari serta kesyahduan Sang Rembulan ini. Melakar sejarah sebagai salah-sebuah drama Korea paling popular, KDrama 2012 – The Moon That Embraces The Sun (TMTETS) pastinya akan tetap mekar dalam hati peminat-peminat drama, terutama peminat-peminat drama Sageuk (drama klasik bersejarah).

BTS: Han Ga In + Kim Soo Hyeon

Sebagai drama pembuka tirai 2012, TMTETS telah berjaya menyambung kegemilangan drama-drama Sageuk yang lain menerusi persembahannya yang memukau pandangan serta hati ramai penonton. Malah, 花火 Hana-bi percaya, drama ini bakal mendapat tempat di hati lebih ramai penonton apabila ia disiarkan pula secara rasmi di stesen-stesen TV luar Korea Selatan kelak.

Parodi: Yeon U + Yang Myeong vs Hwon + Un

Biarpun sedikit kecewa kerana pihak MBC, stesen TV yang menyiarkan TMTETS, tidak melanjutkan episodnya sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah media, 花火 Hana-bi tetap berpuas hati dengan kesudahan yang baik yang diperolehi oleh TMTETS. Semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini pastinya dapat tersenyum megah dengan catatan rating penonton yang bukan sahaja paling tinggi tetapi juga turut meningkat saban minggu. Meskipun pada minggu-minggu terakhir penayangannya, rating yang dicatat adalah sedikit goyah, namun TMTETS masih mengekalkan kedudukannya selaku drama paling popular untuk musim pertama tahun 2012 ini.

Kim Soo Hyeon sebagai kru penerbitan

Malah, penurunan yang dicatat pada 29 Februari 2012 dan pada 07 serta 08 Mac 2012 bukanlah petanda bahawa minat penonton terhadap drama ini telah berkurang. Pada 29 Februari yang lalu, iaitu sewaktu penyiaran episod ke-17nya, rating TMTETS buat pertama kalinya telah mencatat penurunan apabila TMTETS terpaksa bersaing sengit dengan SBS yang menyiarkan perlawanan bola sepak antara Korea Selatan dengan Kuwait pada slot masa yang sama. Walaupun begitu, TMTETS masih mampu mengekalkan kejuaraannya walaupun mengalami penurunan sebanyak 5.3% (Sumber: NewsNate menerusi HanCinema).

Tiga Serangkai: 'Un + Lee Hwon + Hyeong Seon'

Seminggu kemudian, rating TMTETS sekali lagi mencatat penurunan selama dua episod berturut-turut. Kemerosotan ini berlaku bukan kerana episod ke-19 serta episod ke-20nya (episod terakhir) tidak mendapat sambutan tetapi ianya berlaku disebabkan penyiaran kedua-dua episod ini telah ditunda oleh MBC ke minggu seterusnya. Keadaan Ini berpunca daripada tindakan Pengarah Produksi TMTETS yang telah menyertai mogok kakitangan MBC. Disebabkan masalah teknikal ini, pihak MBC terpaksa menyiarkan episod-episod khas bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Episod 19 serta Episod 20. Walaupun terdapat segelintir kecil penonton yang telah beralih-arah ke stesen TV yang lain, mungkin kecewa kerana terpaksa menunggu, namun mereka tetap kembali kepada TMTETS apabila kedua-dua episod terakhir drama ini disiarkan pada minggu berikutnya. Malah, insiden ini langsung tidak mencacatkan kedudukan TMTETS selaku salah-sebuah drama yang telah berjaya mencatat antara rating tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah penyiaran drama di Korea Selatan.

Han Ga In + Kim Yoo Jeong

Selaras dengan catatan ratingnya yang tinggi itu juga, TMTETS dikhabarkan turut berjaya memecahkan rekod daripada aspek perolehan. Meskipun tidak diumumkan secara rasmi oleh pihak MBC, dianggarkan perolehan untuk satu episod adalah sekitar AS$150,000 – 200,000, hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada drama-drama hebat MBC yang lain seperti KDrama 2003 – Jewel in the Palace, KDrama 2006 – Jumong dan KDrama 2009 – Queen Seon Deok yang puratanya memungut sekitar AS$100,000 sahaja untuk satu episod. Malah, sewaktu drama ini masih rancak disiarkan, MBC telah berjaya menjual hak penyiaran drama ini kepada sekarang-kurangnya 7 stesen penyiaran luar negara dengan harga yang tinggi, melebihi rekod yang pernah dicatat untuk penjualan drama-drama MBC sebelum ini. (Sumber: Soompi)

TMTETS - Hadiah istimewa untuk semua peminat drama Sageuk!

Oleh itu, secara keseluruhan, boleh disimpulkan bahawa MBC yang kebelakangan ini mengalami musim-musim yang agak suram akibat drama-dramanya yang kurang mendapat sambutan berbanding stesen-stesen TV yang lain, akhirnya telah berjaya dengan misinya untuk menebus kembali maruah menerusi TMTETS. Syabas kepada MBC, dan pastinya syabas juga kepada TMTETS kerana berjaya berdiri setanding dengan drama-drama Sageuk hebat yang lain!



축하합니다 / Chukahamnida / Tahniah!

Di sebalik tabir TMTETS...




| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Tuesday, 27 March 2012, in Catatan 花火 Hana-bi, Info Artis, K-Drama, K-Star and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s