KDrama Blooper: Muka Masam Tetapi Mata Tersenyum

KDrama 2011 – Miss Ripley
Episod 10
Adegan Song Yu Hyeon Membuat Pendedahan Tentang Hubungan Cintanya Dengan Jang Mi Ri


Sewaktu Song Yu Hyeon (Micky Yoochun JYJ) membuat pengakuan secara terbuka di hadapan para wartawan tentang hubungan cintanya dengan Jang Mi Ri (Lee Da Hae), Kang Shi Yeong (Kim Na Woon) selaku teman rapat Jang Myeong Hun (Kim Seung Woo) sepatutnya menunjukkan ekspresi yang serius kerana marah akan perbuatan Jang Mi Ri yang mempemain-mainkan perasaan Jang Myeong Hun.

Ekspresi yang serius dalam situasi yang tegang...

Kang Shi Yeong‘, atau lebih tepat lagi aktres Kim Na Woon, gagal mengekalkan ekspresi wajah yang serius sewaktu kamera lebih memberikan tumpuan kepada aktor lelaki utamanya iaitu Micky Yoochun. Mungkin kerana menyangka wajahnya tidak akan kelihatan sewaktu adegan Song Yu Hyeon (Micky Yoochun) menghampiri Jang Mi Ri itu sedang berlangsung, maka aktres Kim Na Woon nampaknya terlupa untuk terus kekal dalam wataknya. Hasilnya, meskipun hanya sebelah mata yang kelihatan, namun ianya jelas kepada penonton bahawa mata tersebut sedang memandang ke arah Jang Mi Ri dan kemudiannya ke arah Song Yu Hyeon dengan perasaan gembira, sedangkan watak Kang Shi Yeong sepatutnya memandang pasangan ini dengan perasaan cuak.

Perhatikan mata 'Kang Shi Yeong'...

Satu kesilapan yang kecil namun tidak seharusnya dilakukan oleh aktres berpengalaman seperti beliau. Malah, kru penyuntingan drama ini juga nampaknya terlepas pandang akan kesalahan yang tidak disengajakan ini.




—————————————————————————————————————————————————————————————–
Penafian: Paparan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk menghina, mengkritik atau menjatuhkan mana-mana aktor mahupun produksi.
——————————————————————————————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 19 March 2012, in Drama Blooper, K-Drama and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s