KDrama Blooper: Barang Import Buatan Tempatan

KDrama 2011 – Sparkling / Twinkle Twinkle
Episod 48
Adegan Han Seo Woo Meneliti Hadiah Pemberian Ibunya


Ibu Han Seo Woo (Ricky Park Yoo Hwan) datang ke kediaman keluarga abang tiri  Han Seo Woo untuk memulangkan wang milik keluarga tersebut sambil membawa sebuah beg penuh berisi pakaian. Menurut ibu Han Seo Woo, dia membeli pakaian tersebut dalam pelbagai saiz kerana tidak dapat mengagak saiz yang sesuai untuk anak yang sudah lama tidak ditemuinya itu. Oleh kerana baju-baju tersebut semuanya dibeli sewaktu di Amerika Syarikat (negara dia bermastautin) sebelum dia pulang ke Korea Selatan, maka dia tidak dapat menukarkan pakaian tersebut mengikut saiz yang sesuai dengan saiz badan Han Seo Woo.

Hadiah yang dibawa dari Amerika

Sewaktu meneliti baju-baju tersebut, oleh kerana berasa terharu atas ingatan si ibu terhadapnya, Han Seo Woo lantas memeluk salah-satu pakaian berjenama yang dibeli oleh ibunya itu dengan perasaan hiba.

Perhatikan label yang tertulis di belakang baju

Mujurlah hanya penonton yang menyedari hal ini, bukan Han Seo Woo. Ini kerana, Han Seo Woo pastinya akan berasa bertambah hiba seandainya dia mengetahui hakikat yang ibunya sebenarnya telah ‘berbohong’ kepadanya. Ini kerana, pakaian yang dibeli oleh si ibu bukanlah dibeli sebelum dia tiba di Korea Selatan sebagaimana yang didakwa. Pada bahagian belakang baju yang dipeluk oleh Han Seo Woo, tertera perkataan “HARLEY-DAVIDSON OF KOREA, SEOUL”. Seandainya baju tersebut dibeli di luar negara, pastinya tidak akan ada perkataan Korea mahupun Seoul di situ. Bukankah begitu? Kasihan, Han Seo Woo. Tertipu lagi dia…




—————————————————————————————————————————————————————————————–
Penafian: Paparan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk menghina, mengkritik atau menjatuhkan mana-mana aktor mahupun produksi.
——————————————————————————————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 18 March 2012, in Drama Blooper, K-Drama and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s