KDrama Blooper: Tersilap Fakta Dalam Resume?

KDrama 2012 – Take Care of Us, Captain
Episod 03/04
Fakta Bercanggah Dalam Resume Kapten Kim Yun Seong


Terdapat percanggahan fakta dalam resume Kapten Kim Yun Seong (Ji Jin Hee) yang dipaparkan kepada penonton pada akhir episod ke-3 dan pada awal episod ke-4.

Resume Kapten Kim Yun Seong

Dalam resume tersebut, Kapten Kim Yun Seong direkodkan sebagai pernah bekerja di Mirae Airlines, iaitu syarikat penerbangan yang sama di mana ayah Han Da Jin (Koo Hye Seon) pernah bekerja, sejak dari April 2001 sehingga Julai 2003. Dia kemudiannya direkodkan sebagai bekerja di TY Airlines, Australia bermula Jun 2004.

Sila perhatikan pula tarikh-tarikh di dalam gambar bawah:

Batu penanda kubur ibu bapa Han Da Jin

Pada batu penanda tersebut, Yang Mi Hye (Lee Hwi Yang) iaitu ibu Han Da Jin direkodkan sebagai meninggal dunia pada 28 Oktober 2004. Ini bermakna, kemalangan yang menimpa ibu Han Da Jin itu, yang berlaku disebabkan kecuaian Kapten Kim Yun Seong, berlaku pada minggu terakhir bulan Oktober 2004.

Walau bagaimanapun, jika diperhatikan data dalam resume sebagaimana dalam gambar pertama, Kapten Kim Yun Seong dilaporkan telahpun berpindah ke syarikat penerbangan lain 4 bulan sebelum kejadian tragis itu berlaku. Fakta ini ternyata bercanggah sama sekali kerana pada waktu itu, Kapten Kim Yun Seong sepatutnya masih lagi bekerja di Mirae Airlines selaku pembantu ketua juruterbang. Malah, kejadian tersebut juga berlaku sewaktu Kapten Kim Yun Seong sedang bertugas bersama ayah Han Da Jin, iaitu Kapten Han Gyu Pil (Kim Chang Wan), membawa penumpang-penumpang Mirae Airlines ke Amerika Syarikat. Dan salah-seorang penumpang pesawat tersebut adalah ibu Han Da Jin yang kemudiannya meninggal dunia disebabkan insiden yang berlaku sewaktu penerbangan tersebut.


—————————————————————————————————————————————————————————————–
Penafian: Paparan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk menghina, mengkritik atau menjatuhkan mana-mana aktor mahupun produksi.
——————————————————————————————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Saturday, 17 March 2012, in Drama Blooper, K-Drama and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s