KDrama Blooper: Siapakah Perakam Misteri Itu?

KDrama 2012 – Dream High 2
Episod 10
Adegan Guru Vokal Menunjukkan Rakaman Persembahan Yang Dimuat-naik Ke Laman Web


Sewaktu buat kali kedua melawat Nana (Hyo Rin SISTAR) yang sedang menjalani rawatan di hospital, Park Hong Ju (Kim Ji Soo) telah menyediakan satu kejutan istimewa khas buat Nana.

Persembahan istimewa daripada Hong Ju untuk menghiburkan hati Nana

Apabila Hong Ju pulang ke kolej, guru vokal, An Tae Yeon (Choi Yeo Jin) dengan gembiranya menunjukkan rakaman persembahan istimewa itu kepada Hong Ju serta rakan-rakan. Khabarnya, persembahan tersebut sedang hangat tersebar di Internet sebaik sahaja ia dimuat-naik ke sebuah laman web.

Perhatikan gambar rakaman video yang dimuat-naik sebagaimana yang tertera pada telefon bimbit Cikgu An

Persoalannya, siapakah yang telah merakam persembahan ini dan kemudian memuat-naik video tersebut? Di dalam adegan terdahulu, dalam episod yang sama, kita telah menyaksikan bagaimana Nana menerima kejutan istimewa ini sebaik sahaja kembali ke wad selepas menjalani rawatan/pemeriksaan kesihatan.

Perhatikan kedudukan tiang besi penyangkut infusi intravena (IV) yang terdapat pada katil Nana

Di dalam adegan yang sama juga, kita telah menyaksikan bahawa salah-seorang jururawat hospital telah merakam persembahan tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

Perakam persembahan?

Perhatikan kedudukan jururawat sewaktu sedang merakam persembahan Hong Ju dalam gambar ke-4 ini dan bandingkan dengan kedudukan Nana sewaktu menyaksikan persembahan tersebut dalam gambar pertama dan ke-3. Oleh kerana jururawat merakam dari luar bilik, maka visual rakaman tersebut tidak langsung terhalang dek tiang penyangkut sebagaimana yang tertera di dalam rakaman video yang ditunjukkan oleh Cikgu An kepada anak-anak muridnya.

Di dalam rakaman yang ditunjukkan oleh Cikgu An (sila lihat gambar yang ke-2), djelas kelihatan tiang besi penyangkut ubat, atau nama formalnya penyangkut infusi intravena, yang diletakkan di sisi katil Nana. Ini menunjukkan bahawa rakaman tersebut diambil dari arah belakang Nana yang waktu itu sedang duduk di atas katil menyaksikan persembahan Hong Ju. Dan, oleh kerana jururawat tersebut tidak berdiri di belakang Nana, maka ia juga menunjukkan bahawa jururawat tersebut bukanlah individu yang bertanggungjawab dalam merakam dan memuat-naik video persembahan Hong Ju ke Internet.

Jadi, siapakah perakam sebenar persembahan tersebut? Memandangkan terdapat dinding di belakang Nana, tiada siapa lagi yang dapat merakam persembahan dalam keadaan sedemikian selain daripada kru Dream High 2 itu sendiri. Dan pastinya, perakam misteri yang kita cari-cari adalah sebenarnya jurukamera Dream High 2 yang secara tidak sengaja telah turut merakam tiang besi tersebut. Seandainya tiang besi tersebut tidak kelihatan, maka kesilapan ini tidak akan begitu ketara di mata penonton. Dan, penonton dengan mudahnya dapat menyimpulkan bahawa rakaman tersebut telah dilakukan dan dimuat-naik oleh jururawat hospital tersebut.

Atau, mungkinkah sebenarnya terdapat kamera tersembunyi di sebalik dinding, di belakang Nana? Dan adakah rakaman rahsia itu telah dimuat-naik oleh si ‘stalker‘ ini? Seandainya memang terdapat kamera di situ, maka pastinya akan ada rakaman-rakaman lain yang bakal turut disebarkan di Internet. Ishhh… menakutkan, bukan?




—————————————————————————————————————————————————————————————–
Penafian: Paparan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk menghina, mengkritik atau menjatuhkan mana-mana aktor mahupun produksi.
——————————————————————————————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 16 March 2012, in Drama Blooper, K-Drama and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s