KDrama Blooper: Bertukar Atau Tertukar Bilik?

KDrama 2012 – Dream High 2
Episod 10
Adegan-adegan Di Bilik/Wad Hospital Sewaktu Nana Menjalani Rawatan Di Hospital


Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Nana (Hyo Rin SISTAR) dimasukkan ke hospital yang sama di mana dia sedang dirawat, Ri An (Park Ji Yeon T-ARA) segera mendapatkan rakan sekumpulannya itu.

Perhatikan warna daun pintu bilik/wad tersebut serta kedudukan katil Nana

Ini pula adegan sewaktu Park Hong Ju (Kim Ji Soo) dan Si U (Park Seo Joon) datang melawat Nana dengan membawa hadiah masing-masing.

Sekali lagi, perhatikan warna daun pintu bilik/wad tersebut serta kedudukan katil Nana

Jika dibandingkan dengan gambar pertama, gambar kedua ini jelas menunjukkan bahawa mereka berada di dua bilik yang berbeza. Adakah Nana telah berpindah ke bilik/wad yang lain? Jawapannya, TIDAK, kerana apabila Nana kembali ke bilik selepas selesai menjalani rawatan/pemeriksaan kesihatan, dia kembali ke bilik yang sama yang pernah dikunjungi oleh Ri An.

Perhatikan! Warna daun pintu sama dengan warna daun pintu dalam gambar pertama

Dalam adegan seterusnya, Ri An sekali lagi bergegas ke bilik Nana selepas mendapat tahu mengenai satu berita yang menggemparkan tentang kumpulan mereka. Oleh kerana dia pernah berkunjung ke bilik Nana, adalah mustahil sekiranya dia tertukar bilik.

Adakah Ri An tertukar bilik?

Berdasarkan warna serta kedudukan daun pintu (iaitu sisi atau arah bukaan pintu), jelas menunjukkan Ri An telah pergi ke bilik yang berbeza. Adakah Nana telah bertukar/berpindah ke bilik yang lain kali ini? Bilik yang ‘baru’ ini kelihatan sama seperti bilik dalam gambar kedua. Jadi, adakah Nana telah bertukar-tukar bilik sepanjang tempoh tidak sampai 48 jam dia di hospital ini? Ataupun, adakah Nana mempunyai dua bilik yang dikhaskan untuknya? Jawapan untuk kedua-dua soalan ini pastinya adalah TIDAK. Dan pastinya, ia adalah satu lagi kesilapan yang seharusnya digalas oleh pihak produksi kerana telah ‘terlupa’ tentang lokasi sebenar bilik Nana sehingga menyebabkan pelawat-pelawat Nana ‘tersesat’ ke bilik yang lain. Secara tidak langsung, kesilapan ini telah turut menyebabkan penonton berasa keliru.




—————————————————————————————————————————————————————————————–
Penafian: Paparan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk menghina, mengkritik atau menjatuhkan mana-mana aktor mahupun produksi.
——————————————————————————————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Thursday, 15 March 2012, in Drama Blooper, K-Drama and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s