KDrama Blooper: Kononnya Plan B, Tetapi Sebenarnya Bukan Plan B

KDrama 2012 – Dream High 2
Episod 10
Adegan Penilaian Juri Sewaktu Proses Pemilihan Super Idol Peringkat Pertama


Sewaktu melakukan persembahan berkumpulan, Shin Hae Seong (Kang So Ra) dikatakan oleh juri (Pengarah Produksi Shin / Shin PD) telah melakukan kesilapan dalam tarian namun salah-seorang anggota kumpulan iaitu Jeong Ui Bong (Jr.) telah berjaya menyembunyikan kesilapan tersebut sehingga tidak disedari oleh penonton. Ui Bong dikatakan secara spontan  telah menarik lengan Hae Seong ke bahunya apabila Hae Seong terlupa yang dia sepatutnya memaut bahu Ui Bong sebagai langkah seterusnya dalam persembahan mereka. Disebabkan tindakan bijak yang diambil oleh Ui Bong ini, kumpulan mereka dapat meneruskan persembahan seolah-olah tiada sebarang kesilapan yang berlaku. Oleh itu, Shin PD selaku juri sesi ujibakat tersebut telah memuji sikap kerjasama berkumpulan yang baik yang ditonjolkan oleh ahli-ahli Kumpulan B ini dalam melaksanakan Plan B (iaitu plan sandaran apabila plan asal tidak berjaya) dalam persembahan mereka, meskipun mereka sendiri sebenarnya tidak merancangkan semua itu terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, jika diteliti betul-betul, Plan B, seperti yang dinyatakan oleh Shin PD sebagai telah berjaya menonjolkan sifat profesionalisme ahli-ahli Kumpulan B ini, sebenarnya TIDAK wujud sama sekali. Jika diperhatikan semula persembahan mereka di akhir Episod 9 serta di awal Episod 10 (bukan imbasan kembali / ‘flashback‘ sebagaimana yang dipaparkan dalam minit ke-9 Episod 10), sememangnya TIDAK berlaku sebarang kesilapan sebagaimana yang dinyatakan oleh juri. Malah, blooper‘ / kesilapan sebenar adalah milik adegan penilaian juri itu sendiri kerana mereka-reka satu kesilapan yang tidak benar-benar terjadi semata-mata kerana hendak mencipta alasan kononnya wujud kerjasama yang baik dalam Kumpulan B. Kesalahan ini pastinya harus diletakkan di bahu pihak produksi yang telah gagal melaksanakan adegan ini dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh skrip.


Perhatikan kedudukan tangan Hae Seong serta Ui Bong sewaktu persembahan
di dalam kedua-dua gambar di bawah ini.
Dan perhatikan juga kedudukan lengan Hae Seong
sewaktu memaut bahu Ui Bong.

Plan B: Kesilapan Hae Seong sebagaimana yang digambarkan oleh juri


Adegan sebenar... tiada adegan Ui Bong menarik lengan Hae Song sebagaimana yang digambarkan oleh juri


—————————————————————————————————————————————————————————————–
Penafian: Paparan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk menghina, mengkritik atau menjatuhkan mana-mana aktor mahupun produksi.
——————————————————————————————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 14 March 2012, in Drama Blooper, K-Drama and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s