Catatan 花火 Hana-bi: Hebatnya Dugaan Di Tahun Baru…

Moon Chae Won: Di sebaliik tabir The Princess's Man

Sebenarnya sudah lebih 2 minggu 花火 Hana-bi menyepikan diri. Bukan sahaja daripada dunia maya, tetapi juga daripada dunia realiti. Sehingga ke hari ini, sukar rasanya untuk berdepan dengan kenyataan yang ternyata terlalu pahit untuk ditelan.  Sewaktu majoriti sedang bergembira menyambut tahun baru, ketika itu jugalah 花火 Hana-bi terpaksa berdepan dengan satu tragedi yang benar-benar menguji kesabaran diri. Bukan hendak menolak kehendak takdir dan bukan pula berputus asa, namun pengalaman ini benar-benar mengajar 花火 Hana-bi agar tidak terlalu memasang harapan yang terlalu tinggi. Benarlah kata orang, apabila impian kita setinggi gunung, maka kita mungkin akan terjatuh ke dalam gaung yang paling dalam seandainya impian itu tidak mampu dicapai. Dan, buat pertama kali dalam hidup, 花火 Hana-bi benar-benar merasakan diri ini keseorangan.

Pengalaman ini benar-benar mengajar 花火 Hana-bi untuk tidak terlalu bergantung harap kepada insan lain. Namun, sepahit manapun pengalaman yang ditempuh, itu tidak bermakna yang 花火 Hana-bi harus mengaku kalah. Adakalanya pengalaman sebeginilah yang mengajar kita akan erti kehidupan, mengajar kita untuk lebih tabah menghadapi segala dugaan. Seperti sebuah drama yang penuh dengan adegan-adegan yang tidak terjangkau di fikiran, seperti itu jugalah kehidupan kita. Sejauh mana kita bijak menangani setiap cabaran yang mendatang, sejauh itulah ia menentukan jatuh-bangunnya kita sebagai seorang insan. Itulah yang cuba 花火 Hana-bi sematkan di dalam hati. Semoga hari-hari yang mendatang memberikan sinar cahaya yang lebih terang buat diri ini.


| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Saturday, 14 January 2012, in Catatan 花火 Hana-bi and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s