Catatan 花火 Hana-bi: Sudah 2 Tahun La…

2주년 축하합니다 하나비! (Selamat Ulang Tahun Yang Ke-2, Hana-bi!)

Hari ini genap 2 tahun 20 hari sejak pos pertama mula-mula sekali dipaparkan di blog 花火 Hana-bi [Bunga Api] ini, iaitu sejak 5 Disember 2009 yang lalu. Oleh kerana terlalu sibuk dengan persiapan untuk menyambut ulang tahun pertama DarkSmurfSub, laman forum kegemaran 花火 Hana-bi, maka dengan tidak disengajakan, 花火 Hana-bi telah terlupa akan ulang tahun blog sendiri. Hal ini hanya disedari sewaktu 花火 Hana-bi sedang sibuk menyediakan ‘kad’ dalam bentuk imej untuk mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada semua warga DarkSmurfSub yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun ini bagi menyediakan sarikata Bahasa Inggeris untuk peminat-peminat drama Korea khususnya. Dan oleh kerana kebelakangan ini jadual peribadi 花火 Hana-bi adalah agak ketat serta tidak menentu, maka banyak pos yang ingin dipaparkan terpaksa ditangguhkan disebabkan kesuntukan masa. Oleh itu, 花火 Hana-bi ingin memohon maaf kepada pembaca semua, terutamanya kepada rakan-rakan blog 花火 Hana-bi yang telah mendaftar untuk mengikuti perkembangan blog ini sama ada melalui e-mel mahupun secara langsung menerusi laman blog ini, kerana mungkin telah tidak dapat memenuhi permintaan/keperluan anda semua. Meskipun perkembangan blog ini merosot sedikit tahun ini serta tidaklah sehebat DarkSmurfSub yang kini berjaya mengumpulkan lebih daripada 80,000 ahli, namun 花火 Hana-bi tetap berpuas hati kerana memiliki pembaca yang masih setia mengikuti perkembangan blog yang agak sedikit perlahan pada tahun 2011 ini.

Berikut adalah sedikit fakta tentang blog ini untuk dikongsi bersama:

  • Bilangan pengikut setia (rakan blog 花火 Hana-bi) yang mendaftar: 13 + 1 orang => Terima kasih!
  • Pos paling popular sepanjang setahun ini: Lirik Terjemahan: 어떡하죠 – What Should I Do?
    (Pos ini telah lebih 5 ribu kali diklik tahun ini dan secara keseluruhan, telah lebih 13 ribu kali diklik sejak ia dipaparkan pada 25 Disember 2009)
  • Pos tahun 2011 paling popular: Recap: KDrama 2011 – Heartstrings / You’ve Fallen For Me – Episode 02
  • Pos paling diminati: Paparan Skrin Episod 11: KDrama 2009 – You’re Beautiful (3 Undian 5 Bintang)
  • Bilangan klik sepanjang tahun ini: 22, 285 kali paparan diklik (dari 01 Januari 2011 hingga 04 Disember 2011) => Terima kasih!
  • Jumlah klik secara keseluruhan: 60, 004 kali paparan diklik (dari 05 Disember 2009 hingga 04 Disember 2011) => Terima kasih!
  • Bulan paling meriah sepanjang tahun 2011 (paling ramai pengunjung/klik): Januari 2011 (4,063 klik)
  • Bulan paling suram sepanjang tahun 2011 (paling sedikit pengunjung/klik): Mei 2011 (1,354 klik)
  • Purata klik sehari: 66 klik
  • Purata klik sebulan:  2010 klik
  • Jumlah keseluruhan pos: 66
  • Jumlah komen yang diterima: 74
  • Komen paling banyak diterima daripada: Chii dan twentythreetwentyeight  (sehingga 24 Disember 2011) => Thank you, Chii! Makasih, Nazta!
  • Jumlah perkongsian maklumat (pos yang dikongsikan ke laman/sumber lain): 180 kali – Perkongsian tertinggi di Facebook dengan 113 kali perkongsian (sehingga 24 Disember 2011)
  • Pos paling popular yang dikongsikan ke laman/sumber lain: Lirik Terjemahan: 어떡하죠 – What Should I Do? – 43 kali dikongsi (sehingga 24 Disember 2011)

Berikut adalah sedikit pencapaian atau perubahan yang dilakukan terhadap blog ini:

  • Antaramuka yang baru (Tema Mystique hasil rekaan digitalnature) dengan penambahan beberapa fitur baru seperti fitur menu, carian, Mystique Tabbed Widget, dll.
  • Penyusunan semula maklumat atau paparan yang terdapat di dalam blog ini
  • Penggunaan ‘blog header‘ baru yang memaparkan gambar-gambar terkini adik Mason Moon serta adik-adiknya (Mavin dan Mayden) di samping menyelitkan poster drama terkini dan drama kegemaran 花火 Hana-bi sepanjang tahun 2011 => Imej bertukar secara rawak setiap kali laman dipapar semula /’refresh
  • Paparan di dalam Bahasa Inggeris serta terjemahannya – bagi paparan yang disediakan sendiri oleh 花火 Hana-bi di DarkSmurfSub
  • Info drama dipecahkan kepada beberapa pecahan lebih kecil iaitu: Sinopsis Episod, Adegan Menarik, Paparan Skrin, K-Drama Blooper (‘Kesilapan’ Dalam Drama), Ulasan Drama, Drama Review (Ulasan Drama Dalam BI) dan Drama/Episode Recaps (Sinopsis Episod Dalam BI)
  • Paparan edisi khas sempena sambutan ulang tahun pertama DarkSmurfSub => Short Review(Ulasan Ringkas Dalam BI)

Berikut pula adalah perancangan 花火 Hana-bi untuk tahun 2012 yang akan datang ini:

  • Menyiapkan semua paparan berkaitan KDrama 2011 – Heartstrings serta KDrama 2009 – You’re Beautiful yang telah tertunggak sekian lama
  • Mengemaskini dan menyusun semula semua maklumat drama/filem serta lagu-lagu yang disenaraikan di blog ini terutamanya pada bahagian K-Drama dan bahagian K-Pop
  • Membahagikan pos berkaitan info drama kepada beberapa bahagian yang lebih kecil bagi membolehkan pos tersebut lebih cepat disediakan dan dipaparkan
  • Memaparkan lebih banyak ulasan ringkas untuk drama/filem yang popular
  • Menyediakan sinopsis ringkas setiap episod untuk drama yang benar-benar diminati => format sinopsis episod sedia ada dirasakan terlalu terperinci yang menyebabkan lebih banyak masa diperlukan untuk menyiapkannya (oleh itu, ia lambat dipaparkan)
  • Memaparkan lebih banyak lagi lirik lagu-lagu tema drama serta filem, terutamanya bagi drama atau filem yang popular
  • Memaparkan lebih banyak lagi lirik lagu-lagu yang popular (bukan OST) terutama lagu-lagu yang berada pada tempat tertinggi dalam carta muzik Korea Selatan
  • Menyediakan terjemahan lirik BI (sekiranya ada) dan terjemahan BM secara berasingan bagi memudahkan pembaca menghayati maksud lagu tersebut

Salah-sebuah KDrama 2011 kegemaran 花火 Hana-bi

Di kesempatan ini, 花火 Hana-bi ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca atas sokongan yang berterusan daripada anda. Terima kasih kerana masih setia berkunjung meskipun tidak banyak pos yang dipaparkan saban minggu. 花火 Hana-bi berharap agar 花火 Hana-bi dapat menyediakan lebih banyak lagi pos menarik pada masa-masa yang akan datang.

p/s: Sekiranya anda ada sebarang cadangan/permintaan, silalah maklumkannya kepada 花火 Hana-bi花火 Hana-bi akan cuba untuk memenuhi cadangan/permintaan anda itu seandainya mampu.

Terima kasih dan silalah berkunjung lagi ke blog ini pada masa yang akan datang!


花火 Hana-bi |

 

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 25 December 2011, in Catatan 花火 Hana-bi and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s