KDrama Blooper: Gaya Rambut Moden dan Terkini?

Drama: KDrama 2011 – Can You Hear My Heart?
Episod: Episod 25
Adegan: Perbualan antara Dong Ju dengan Jun Ha / Ma Ru di rumahnya




Korea Selatan sememangnya terkenal dengan warganya yang kreatif dari aspek penggayaan fesyen rambut dan pakaian. Menerusi drama atau filem Korea yang ditonton, kita mungkin sudah terbiasa dengan gaya rambut serta fesyen pakaian yang pelbagai yang digayakan oleh artis-artis Korea. Walau bagaimanapun, gaya rambut yang dikenakan oleh Kim Jae Won dalam KDrama terbarunya ini nampak pelik serta janggal.

Sebenarnya, kesilapan ini bukanlah boleh dikategorikan sebagai ‘blooper‘ atau kesilapan produksi, tetapi lebih kepada kesilapan dalam menata rias rambut pelakon. Drama yang sudah sedia terkenal dengan ‘kebolehan’ memburukkan wajah pelakon-pelakonnya menerusi penataan rambut yang tidak menarik ini, turut melakukan kesilapan yang sama terhadap rambut pelakon lelaki utamanya. Lihat sahaja dua gambar di bawah.





Dapatkah anda kenalpasti ‘kepincangan’ dalam gaya rambut yang dikenakan oleh Cha Dong Ju (Kim Jae Won) dalam KDrama 2011 – Can You Hear My Heart? (CYHMH) ini? Bukan sahaja rambut tepi (sideburn) di sebelah kanan jauh lebih panjang daripada yang di sebelah kiri, malah rambut di bahagian tersebut juga nampak tidak terurus berbanding dengan yang di sebelah kiri muka yang tampak lebih kemas. Mungkin kerana juruhias CYHMH terlalu sibuk, maka meraka tidak mempunyai cukup masa untuk mendandan pelakon utamanya sendiri dan hanya sempat memotong (trim) rambut di bahagian kiri sahaja. Nampaknya, Kim Jae Won terpaksa mengupah juruhias peribadi untuk drama atau filem lakonannya pada masa yang akan datang bagi memastikan imej dan penampilannya dijaga dengan lebih baik! (^_~)


—————————————————————————————————————————————————————————————–
Penafian: Paparan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak langsung berniat untuk menghina, mengkritik atau menjatuhkan mana-mana aktor mahupun produksi.
—————————————————————————————————————————————————————————————–

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Tuesday, 9 August 2011, in Drama Blooper, K-Drama and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s