Catatan 花火 Hana-bi: Selamat Tinggal, Selamat Datang

Drama Terkini 'A.N.Jell'

Sememangnya bulan Jun ini padat dengan drama-drama menarik. Ada yang baru sahaja menjengukkan diri dan ada pula yang bakal atau telahpun melabuhkan tirainya dalam waktu terdekat ini. Bagi KDrama 2011 – Lie To Me, drama lakonan pelakon tersohor Yoon Eun Hye yang baru sahaja menamatkan penayangannya semalam, 28 Jun 2011, selamat tinggal 花火 Hana-bi ucapkan. Terima kasih kerana telah menceriakan hari-hari 花火 Hana-bi dengan adegan-adegan romantik yang adakalanya melucukan. Selamat tinggal juga 花火 Hana-bi ucapkan kepada KDrama 2011 – The Greatest Love yang telahpun tamat penyiarannya pada minggu lepas. Sememangnya Hong Sisters tidak mengecewakan peminat-peminat mereka dengan menyajikan satu lagi drama berunsurkan komedi percintaan yang membuatkan penonton tidak kering gusi. Meskipun agak sedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kedua-dua drama menarik ini, namun selaku peminat setia KDrama 2009 – You’re Beautiful, 花火 Hana-bi tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan mengalu-alukan kedatangan drama terkini yang menggabungkan ‘Go Mi Nam’ dengan ‘Kang Shin Woo’ yang bakal ke udara di stesen TV Korea Selatan pada malam ini. Untuk KDrama 2011Heartstrings / You’ve Fallen For Me, yang bakal menggantikan slot yang dikosongkan oleh The Greatest Love ini, selamat datang 花火 Hana-bi ucapkan.

Shin Woo + Mi Nam

Meskipun asyik pening dan batuk serta sering terbersin akibat ‘diserang’ virus selesema sekembali daripada bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang, 花火 Hana-bi tetap berasa teruja kerana malam ini bakal menyaksikan ‘Go Mi Nam’ (Park Shin Hye) digandingkan dengan ‘Kang Shin Woo’ (Jeong Yong Hwa) selaku pasangan kekasih. ‘Shippers‘ bagi pasangan ini pastinya gembira kerana cinta ‘Kang Shin Woo’ terhadap ‘Go Mi Nam’ yang tidak kesampaian itu bakal direalisasikan menerusi drama Heartstrings / You’ve Fallen For Me ini. Malah, sewaktu menonton previu drama ini beberapa hari yang lalu, 花火 Hana-bi berasa tidak sabar-sabar lagi untuk menonton. Sekiranya sarikata drama ini cepat diterjemahkan ke Bahasa Inggeris (atau sekurang-kurangnya ke Bahasa Cina) di DarkSmurfSub, 花火 Hana-bi bercadang untuk menyediakan ringkasan atau sinopsis episod (recaps) untuk drama ini.

Walau bagaimanapun, oleh kerana telah berjanji dengan anda semua yang 花火 Hana-bi akan menyelesaikan kerja-kerja berkaitan You’re Beautiful yang telah tertunggak lebih setengah tahun, maka 花火 Hana-bi akan cuba menggagahkan diri untuk menyambung kembali tugasan-tugasan tersebut. Meskipun belum sembuh sepenuhnya, 花火 Hana-bi berharap akan dapat menyediakan paparan-paparan tersebut dalam waktu terdekat ini, dan mungkin akan dipaparkan seiring dengan sinopsis episod KDrama 2011 – Heartstrings / You’ve Fallen For Me. Kepada anda yang ternanti-nanti pos berkaitan OST drama-drama terkini Korea, 花火 Hana-bi berharap anda akan terus dapat bersabar kena pos tersebut akan turut menyusul selepas ini.

Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda semua selama ini.


| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 29 June 2011, in Catatan 花火 Hana-bi, K-Drama and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s