Catatan 花火 Hana-bi: Suatu Suratan Atau Hanya Kebetulan?

Aktor Korea: Lee Min Ho

Sinar mentari Korea semakin hangat terasa di mana-mana. Musim panas telahpun menjengukkan diri sejak beberapa minggu lalu di negara yang pernah menjadi hos Piala Dunia suatu masa dahulu ini. Malah, bahangnya tidak hanya terhad di negara empat musim ini tetapi turut dirasai oleh rakyat di benua-benua lain termasuk Asia Tenggara. Ini kerana, peminat-peminat KDrama kini sedang sibuk memperkatakan tentang salah-satu drama terhangat Korea yang sedang rancak bersiaran pada musim yang hangat ini. Malah, para peminat juga, terutama mereka-mereka yang sedang mengikuti KDrama 2011 – City Hunter, pastinya terkejut dengan satu berita panas yang dilaporkan menimpa Lee Min Ho, aktor yang menjadi pendukung utama drama tersebut.

Rupa kereta yang dinaiki Lee Min Ho

Adakah ini hanya suatu kebetulan atau sememangnya suatu suratan buat Lee Min Ho? Pada tanggal 13 Jun 2011 yang lalu, pelakon yang namanya melonjak naik sejak berlakon sebagai Goo Joon Pyo di dalam KDrama 2009 – Boys Over Flowers ini dikatakan terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan kereta yang dinaikinya rosak teruk. Meskipun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun ianya cukup mengejutkan ramai pihak memandangkan City Hunter, drama terkini Lee Min Ho ini, sedang hangat ke udara pada waktu ini. Lebih-lebih lagi, ianya bukanlah kemalangan pertama Lee Min Ho sejak terlibat di dalam drama berunsurkan aksi ini. Sewaktu melakonkan babak tembak-menembak di Thailand, Lee Min Ho pernah tercedera kerana terkena sisa peluru. Dan sewaktu melakonkan salah-satu adegan aksi di negara kelahirannya sendiri untuk drama yang sama ini juga, Lee Min Ho sekali lagi ditimpa musibah.

Lee Min Ho dalam KDrama terkininya

Pada penggal pertama tahun 2009 yang lalu, sewaktu Boys Over Flowers yang menjulang nama Lee Min Ho sedang hangat disiarkan dan para pelakonnya pula sibuk dengan penggambaran, para peminat Lee Min Ho pernah dikejutkan dengan berita kemalangan yang melibatkan bukan hanya Lee Min Ho seorang tetapi keempat-empat pelakon utama Boys Over Flowers di dalam beberapa kemalangan berasingan. Tahun ini pula, para peminat Lee Min Ho sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi berita kemalangan yang melibatkan aktor ini. Malah, kemalangan yang berlaku pada minggu lepas (13 Jun 2011 yang lalu) terjadi sewaktu beliau sedang berlakon di dalam satu babak kejar-mengejar yang mana kereta yang dinaiki oleh Lee Min Ho telah merempuh sebuah trak yang diparkir di tepi jalan. Mujurlah Lee Min Ho tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan mujurlah ianya tidak mengganggu penyiaran episod ke-7 dan ke-8 City Hunter pada minggu lepas.

Masih mampu tersenyum di sebalik musibah yang menimpa

Ironisnya, sewaktu sedang berjinak-jinak dengan dunia lakonan pada usia 19 tahun, iaitu selepas membintangi KDrama 2006 – Secret Campus, Lee Min Ho pernah terpaksa berehat selama setahun disebabkan satu kemalangan kereta yang membuatkan beliau cedera dengan agak parah. Selepas karier seninya tidak berjalan dengan agak lancar, dan sebaik sahaja nama beliau melonjak naik menerusi Boys Over Flowersyang merupakan drama hangat pembuka tirai tahun 2009, Lee Min Ho terpaksa pula berdepan dengan igauan yang sama beberapa kali.

'Pose' istimewa khas untuk peminat

Walau bagaimanapun, Lee Min Ho yang optimis ini pernah menyatakan bahawa kemalangan tersebut mungkin adalah salah-satu ‘rahmat’ bagi dirinya kerana berjaya mencipta nama selepas terpaksa mengharungi antara saat paling hitam dalam hidupnya itu. Mungkin kemalangan yang berlaku pada minggu lepas ini juga merupakan satu lagi rahmat tersembunyi buat Lee Min Ho. Semoga nasib baik sentiasa menyebelahi Lee Min Ho pada masa yang akan datang…

Nota: Tidak sabar rasanya menanti kemunculan drama City Hunter yang episod seterusnya bakal bersiaran pada malam ini.



| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 22 June 2011, in Catatan 花火 Hana-bi, Info Artis, K-Drama, K-Star and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s