Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 5 – Akhir)

Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 5 – Akhir)
Versi Bahasa Melayu
(Click here for the English version of this drama review)


Senarai Semak Penonton
[Perkara-perkara yang anda harus perhatikan sewaktu menonton drama ini!]

  • Si ‘pig-rabbit‘ (돼지토끼 / Dwae-ji-to-kki) yang cukup terkenal itu – seekor anak patung arnab yang terpaksa menjalani satu pembedahan yang sadis (aneh dan ‘keterlaluan’) ke atas hidungnya. Hidung si arnab digantikan dengan hidung ‘cik babe’ (khinzir) oleh ‘pakar bedak plastik’, Hwang Tae Kyeong (HTK).
  • Gaya rambut HTK yang pelik dan pelbagai, antaranya: (i) 미끌머리 (Mi-kkeul-meo-ri / Gaya Tukul) – untuk menonjolkan HTK sebagai seorang yang berkarisma (juga dikenali sebagai ‘slippery hair’ atau rambut licin), (ii) 엘비스 머리 (El-bi-seu Meo-ri / Gaya Elvis Presley) – untuk menonjolkan gaya seorang idola, dan (iii) 사과 머리 (Sa-gwa Meo-ri / Gaya Buah Epal) – gaya HTK dalam versi yang lebih santai
  • Parodi di tengah-tengah dan di akhir episode, antaranya: parodi SNSD (‘Tell Me Your Wish‘/’Genie’), 2Ne1 TV, Seo Ta Ji (‘I Know‘), DJ Doc (‘Run to You‘) dan BEG (‘Abracadabra‘). Malah, adegan HTK dikejar ‘cik babe’ (khinzir) yang cukup terkenal itu juga sebenarnya adalah parodi bagi iklan yang dilakonkan oleh aktor So Ji Seop untuk produk Cowon S9 (sebuah MP3).
  • Teknik mengawal perasaan GMN yang unik – teknik ‘akupunktur’ yang diajar oleh Pengurus Ma.
  • Aksi Jeremy yang comel, gaya rambut Anak Siput (‘Little Snail’)nya, serta si ‘Angelina Jolie’ (anjing peliharaan Jeremy baka Labrador)
  • Keserasian hubungan (‘chemistry‘) yang pelik antara Pengurus Ma dengan Koordinator Wang (pereka stail), dan imaginasi ‘liar’ mereka


‘Rating’ Drama (per 10)

  • Pelakonan Watak: 8/10
    [Lakonan sesetengahnya berada pada tahap yang sangat cemerlang, manakala sesetengah yang lain pula pada tahap agak sederhana]
  • Jalan Cerita: 9/10
  • Ketulenan Genre: 9/10
    [Adakah drama ini bertepatan sekali dengan genrenya iaitu komedi percintaan? Ya!]
  • Produksi: 9/10
  • OST: 10/10
    [Benar-benar gemar dengan semua lagu tema drama ini!]
  • Kepuasan Menonton: 10/10
    [Sejauh mana 花火 Hana-bi terpaut dengan drama ini? Terpaut sepenuhnya!]
  • Keseluruhan ‘Rating Drama: 9/10
    [Semestinya drama wajib tonton]


Rumusan / Kata-kata Akhir
Drama ini akan menarik perhatian golongan yang lebih muda (atau mereka yang telah agak matang tetapi masih berhati muda) kerana ceritanya yang berkisarkan tentang golongan remaja atau belia. Ianya adalah pilihan drama yang baik sekiranya ada mencari sesuatu yang ringan dan menghiburkan tetapi turut menyentuh serba-sedikit tentang realiti kehidupan. 花火Hana-bi mungkin agak berat sebelah dalam menulis ulasan ini kerana secara peribadi, 花火 Hana-bi memang sangat sukakan drama ini. Daripada ulasan yang berjela-jela ini, anda pasti sudah dapat mengagak bahawa penilaian 花火 Hana-bi mungkin dikaburi oleh rasa keterpesonaan 花火 Hana-bi terhadap watak-watak utama drama ini. 花火 Hana-bi menghadapi masalah dalam memilih adegan serta dialog kegemaran untuk disenarai pendek kerana 花火 Hana-bi sukakan hampir kesemua aspek tentang drama ini, kecuali empat karakter yang paling dibenci. 花火 Hana-bi sudahpun menghurai tentang dua daripada empat karakter paling dibenci itu di dalam ulasan ini, maka sekarang terpulang kepada anda pula untuk mengenalpasti siapakah dua lagi karakter yang dimaksudkan (ianya bukan tugas yang sukar kerana mereka sememangnya menjengkelkan!) Walau bagaimanapun, keempat-empat karakter ini sebenarnya adalah sebahagian daripada keindahan drama ini, jadi jangan berasa marah atau tersinggung, dan abaikan sahaja seandainya anda berasa tidak tahan untuk terus menonton karakter-karakter ini. Dan, seperti penonton-penonton lain yang masih terpaut dan ‘tersangkut’ dengan drama ini,  花火 Hana-bi masih lagi menunggu kemunculan musim ke-2 drama ini meskipun sedar bahawa peluangnya adalah amat tipis (atau menghampiri sifar!).


| 花火 Hana-bi |


———————————————————————————————————————

Pos Berkaitan:

———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Tuesday, 21 June 2011, in K-Drama, Ulasan Drama and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s