Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 4)

Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 4)
Versi Bahasa Melayu
(Click here for the English version of this drama review)


Adegan Paling Diminati (AWAS! ‘SPOILER!’)

  • Episod 1: Bunga kekwa kuning bertukar coklat (mati!) selepas Go Mi Nam (GMN) termuntah ke dalam pasunya
  • Episod 2: GMN terperangkap di dalam bilik persalinan lelaki selepas latihan menari dan Shin Woo terpaksa menutup muka GMN dengan tuala sebelum menolaknya keluar dari tempat lelaki-lelaki yang ‘terdedah’ itu (Nota: Jeong Yong Hwa diberi gelaran ‘towel guy’ (jejaka tuala) disebabkan adegan ini)
  • Episod 3 & 4: Hwang Tae Kyeong (HTK) cuba menyelematkan GMN daripada lemas tetapi dia sendiri kemudiannya yang lemas
  • Episod 5: Pertemuan yang menyakitkan hati antara HTK dengan ibunya di sebuah restoran yang membuatkan HTK teringatkan kembali kenangan pahit yang pernah terjadi antara mereka sewaktu dia masih kecil
    (Nota: Ini adalah adegan yang menyedihkan tetapi ianya adalah adegan wajib tonton untuk drama ini)
  • Episod 6: GMN keluar membeli-belah seorang diri berdasarkan panduan yang diberikan oleh Shin Woo tanpa menyedari yang Shin Woo sebenarnya hanya berada beberapa meter sahaja di belakangnya sepanjang pengalaman membeli-belah tersebut
  • Episod 7: HTK dikejar oleh seekor khinzir dan GMN terpaksa keluar mencarinya
  • Episod 7: GMN mengejutkan semua orang apabila dia menyanyi dengan sepenuh hati sewaktu sesi rakaman lagu
  • Episod 8: HTK cuba menahan sebak selepas satu lagi pertemuan dengan ibunya yang tidak berhati perut itu tetapi akhirnya dia menangis (meratap!) seorang diri diri di dalam kegelapan malam
    (Nota: Satu lagi babak sedih yang tidak harus tidak ditonton. Sungguh menyayat hati!)
  • Episod 9: Satu pembedahan yang sadis (aneh dan ‘keterlaluan’) untuk menghasilkan ‘pig-rabbit‘ – anak patung arnab berhidungkan ‘cik babe’ (khinzir)
  • Episod 10: HTK, Jeremy and Kang Shin Woo ‘bergaduh’ sesama sendiri untuk cuba memenangi GMN sewaktu dia tiba-tiba jatuh sakit dan memerlukan perhatian
  • Episod 11: Jari GMN terlekat sesama sendiri sewaktu dia cuba memperbaiki pin rambutnya yang rosak
  • Episod 12: Reaksi GMN dan HTK selepas satu insiden (AWAS! ‘SPOILER!‘) ciuman yang ‘tidak disengajakan’
    (Nota: Nantikan kemunculan satu pertunjukan bunga api yang istimewa!)
  • Episod 13: GMN dand Kang Shin Woo sebagai pasangan kekasih imaginasi – mereka mereka-reka cerita tentang pertemuan pertama mereka dan bagaimana mereka boleh jatuh cinta kepada satu sama lain, dan tentang (AWAS! ‘SPOILER!’) ‘ciuman pertama’ mereka
  • Episod 13: GMN mendaftar sebagai salah-seorang ahli kelab peminat HTK secara dalam talian dan diminta untuk menilai HTK berdasarkan beberapa kriteria (tanpa menyedari bahawa soalan-soalan tersebut datang dari HTK sendiri!) – mereka kemudiannya mengadakan satu ‘majlis pertemuan dengan peminat’ yang cukup istimewa
  • Episod 14: Reaksi GMN selepas HTK meluahkan perasaan kepadanya
    (Nota: Saksikan GMN dengan sedunya setiap kali dia mendengar perkataan ‘like‘ /suka!)
  • Episod 14: Adegan di dalam bas sewaktu Jeremy menyanyikan sebuah lagu gembira, ‘Such Good Words’, dengan nada yang menyentuh hati
  • Episod 15 & 16: GMN menyanyikan lagu ‘What Should I Do?’ di sebuah pusat karaoke dan kesemuanya anggota A.N.Jell kemudiannya kelam-kabut keluar mencari GMN
  • Episode 16: HTK menyanyikan lagu ‘What Should I Do?’ di sebuah konsert A.N.Jell


Dialog Paling Disukai
(AWAS! ‘SPOILER!’)
[Dialog ini dipetik dan diterjemahkan daripada sarikata Bahasa Inggeris (BI) yang diperolehi dari WithS2, maka kredit harus diberikan kepada penterjemah asal]
Nota: Dialog ini mungkin sedikit berbeza dengan dialog asal terjemahan WithS2. Sila rujuk ulasan drama versi BI untuk dialog yang dipetik daripada sarikata WithS2.  

  • Episod 07:

HTK (kepada dirinya sendiri): Di tempat yang tiada peminat mahupun pemberita mengejar aku… kenapa pula ada seekor khinzir yang sedang mengejar?

  • Episod 07:

GMN: Hyeong-nim, saat ini saya hanya dapat melihat sebutir bintang.
HTK: Apa? Bukankah kamu kata terdapat banyak bintang di langit sana?
GMN: Ya, memang, tetapi hanya terdapat satu bintang yang bersinar begitu indah sekali. Saya hanya dapat melihat bintang itu.

  • Episod 12:

GMN (kepada dirinya sendiri): Aku tidak dapat melihat bintang kerana air mata ini mengalir tanpa henti. Jika aku terus tidak dapat melihatnya, aku tidak akan mengharap, dan saya tidak akan berasa kecewa. Aku berharap aku tidak dapat melihatnya.
HTK (kepada GMN): Aku sudah dapat melihat kamu dengan jelas sekarang. Ianya terlalu terang dan kamu tidak dapat melihat ke sini, bukankah begitu? Adakah kamu selalu menangis sebegini apabila aku tidak dapat melihat kamu?
GMN: Saya tidak akan menangis lagi. Tolong anggap yang kamu tidak dapat melihat saya.
HTK: Bagaimana aku dapat berpura-pura tidak melihat kamu sedangkan aku dapat melihat kamu sejelas ini?! Go Mi Nam, kamu memang sentiasa memandang ke arah aku seperti ini, bukankah begitu? Aku tidak pernah tahu kerana aku tidak nampak kamu.
GMN: Tolong anggap sahaja yang kamu tidak tahu. Saya akan berhenti memandang ke arah kamu.
HTK: Kamu tidak boleh berhenti memandang! Kamu tidak boleh berhenti apabila hati kamu menyukainya. Teruskan memandang aku. Seperti yang selalu kamu lakukan. Seperti yang selalu, pandanglah hanya ke arah aku. Go Mi Nam, dari saat ini, tentang kamu menyukai aku… aku akan mengiktirafnya.

  • Episod 13:

GMN: Adakah dia (pemberita itu) akan benar-benar percaya yang saya ini adalah seorang perempuan dan bukan Go Mi Nam?
HTK: Di mata aku, kamu sememangnya seorang perempuan.
KSW (kepada HTK): Dari saat ini, dia adalah perempuan milik aku. Aku akan membawanya pergi.

  • Episod 13:

GMN: …Tetapi saya tidak tahu tentang perasaan kamu, Shin Woo hyeong.
KSW: Kamu tidak tahu kerana bayang saya melindungi diri saya.

  • Episod 14:

Jeremy (sebelum menyanyikan lagu ‘Such Good Words’): Kata-kata yang indah ini adalah begitu berharga buat saya, kata-kata yang saya pegang dengan sepenuh hati. Oleh kerana terlalu memegangnya dengan sepenuh hati, maka mungkin sekarang ia bermaksud, kata-kata ini tidak dapat diluahkan lagi. Tetapi saya berharap ianya tidak akan menjadi kata-kata yang tidak ingin kamu dengar, kata-kata yang tidak bermakna atau kata-kata yang menyebabkan kamu bersedih.

(Nota: Jeremy sedang bercakap dengan seseorang menerusi telefon
tetapi sebenarnya dia menujukan kata-kata ini kepada
GMN)

  • Episod 15:

HTK (kepada dirinya sendiri): Ianya terlalu gelap, aku tidak dapat melihat apa-apa. Aku akan menganggap yang sekeliling aku ini semuanya gelap belaka.

  • Episod 15:

KSW (kepada GMN): Saya akan memandang ke arah kamu, jadi, jangan cuba lari ke tempat yang saya tidak dapat melihat kamu. Pandanglah ke arah saya.

  • Episod 15:

GMN (secara tidak langsung kepada HTK): Kamu adalah cahaya yang sama, yang tetap bersinar dengan begitu terang. Meskipun kamu berada jauh dari sisi, saya akan tetap melindungi kamu.

  • Episod 16:

HTK (kepada GMN): Aku tidak dapat melihat kamu kerana ianya terlalu terang di atas sini, dan ianya terlalu gelap di bawah sana, tempat kamu berada. Sudah aku nyatakan sebelum ini agar kamu tidak berada di tempat yang aku tidak dapat melihat kamu! Datanglah ke sini, ke tempat yang aku dapat melihat kamu. Izinkan aku untuk melihat kamu.



———————————————————————————————————————

Pos Berkaitan:

———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 20 June 2011, in K-Drama, Ulasan Drama and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s