Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 3)

Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 3)
Versi Bahasa Melayu
(Click here for the English version of this drama review)


Analisa Hubungan Antara Watak

‘Go Mi Nam’ dengan Hwang Tae Kyeong

Sebagai orang yang mula-mula sekali (secara terbuka) tahu tentang identiti sebenar Go Mi Nam (GMN), hubungan antara Hwang Tae Kyeong (HTK) dengan GMN semakin terjalin apabila dia mula membantu GMN untuk melindungi rahsia tersebut. Meskipun pada awalnya dia sangat keberatan, namun HTK tidak dapat mengelak daripada menghulurkan bantuan apabila dia mula menaruh simpati terhadap GMN. GMN pula, begitu bergantung kepada HTK setiap kali dia berdepan dengan masalah kerana dia menganggap HTK sebagai orang yang paling boleh dipercayai meskipun HTK selalu bercakap kasar dan keras layanannya terhadap GMN. Malah, GMN semakin berasa ‘serasi’ dengan layanan keras itu apabila dia mula mengenali peribadi HTK yang sebenarnya.

‘Go Mi Nam’ dengan Kang Shin Woo

Kang Shin Woo (KSW) juga adalah antara orang pertama yang tahu tentang identiti sebenar GMN. Namun, oleh kerana KSW memilih untuk berdiam diri, maka GMN langsung tidak menyedari bahawa KSW telah terus-menerus melindunginya tanpa pengetahuannya. GMN juga tidak menyedari bahawa kebaikan yang ditonjolkan oleh KSW kepadanya itu bukanlah hanya sekadar sebagai teman biasa.

‘Go Mi Nam’ dengan Jeremy

Oleh kerana mereka mempunyai personaliti yang serupa, maka GMN mendapati dirinya mudah untuk menyesuaikan diri di tengah-tengah kelompok lelaki tersebut, semuanya atas jasa Jeremy. Jeremy pula, pada mulanya melayan GMN sama seperti ahli-ahli A.N.Jell yang lain. Namun, apabila dia mula tertarik kepada GMN yang disangkanya adalah lelaki, si Jeremy yang malang ini mula berkelakuan aneh dan mula mempersoalankan tentang isu kecenderungan seksualiti dirinya sendiri. Dia tidak langsung menyedari bahawa GMN sebenarnya adalah seorang perempuan dan dia pada hakikatnya, sememangnya bukan seorang lelaki ‘homo’.

Hwang Tae Kyeong dengan Yoo He Yi

Mereka bermula sebagai pasangan kekasih olok-olok apabila pihak media tersalah tafsir tentang hubungan mereka. Yoo He Yi walau bagaimanapun, mula menganggap HTK  sebagai teman lelaki sebenar apabila dia mula menaruh perasaan terhadap HTK. Oleh itu, dia cuba seboleh mungkin untuk memenangi hati HTK meskipun menyedari peluangnya untuk berjaya adalah terlalu tipis.

Hwang Tae Kyeong dengan Mo Hwa Ran (Ibu)

Mo Hwa Ran muncul kembali dalam hidup HTK selepas menghilangkan diri selama beberapa tahun. Namun, dia pulang kali ini dengan niat untuk menagih sesuatu daripada HTK. Sebagai seorang anak yang sentiasa mendambakan kasih-sayang dan perhatian daripada ibunya, HTK berdepan dengan dilema apabila dia dipaksa untuk memenuhi keinginan si ibu yang mementingkan diri itu, kerana menyedari perbuatan tersebut pastinya akan menyebabkan dia tidak dapat mengelak daripada melukakan hati sendiri.


Analisa Produksi & Sinematografi
Sebagai sebuah drama yang mengisarkan tentang kisah di sebalik tabir kehidupan sekumpulan penghibur, drama ini tidak akan lengkap tanpa senarai muzik atau lagu tema rasmi (OST) yang hebat. Lagu-lagu tema ini sememangnya adalah salah-satu kekuatan utama drmaa ini selain daripada jalan ceritanya yang penuh dengan gelak ketawa serta keriangan. Daripada pengalaman peribadi, meskipun telah bertahun drama ini tamat penyiarannya, lagu-lagu OST drama ini masih kekal sebagai lagu pilihan segelintir penggemar K-Drama (memandangkan blog peribadi blog ini masih lagi menerima pengunjung pada setiap hari yang mencari lagu-lagu seperti ‘What Should I Do?’, ‘Coming Down From Heaven’, ‘Without A Word’, ‘Lovely Day’, ‘Promise’ dan ‘Still’). Selain daripada itu, lagu nyanyian ‘Jeremy’ di dalam Episod 14, ‘Such Good Words’ juga masih mendapat perhatian daripada penonton-penonton yang terhibur dengan drama ini. Dan, ‘Like A Fool’, lagu yang dinyanyikan oleh ‘Kang Shin Woo’ di dalam Episod 12, turut membuktikan bahawa penonton terpaut dengan drama ini kerana lagu-lagunya yang menarik serta sesuai dengan ‘mood‘ drama ini. Melodinya yang indah, digabungkan pula dengan lirik yang bermakna dan bertepatan sekali dengan jalan cerita, berjaya menyentuh hati ramai penonton. Dengan adanya barisan pelakon menawan yang bekerjasama di bawah satu produksi, dan dengan adanya gabungan lagu tema, kostum, set penggambaran dan pemandangan yang menawan kalbu, drama ‘You’re Beautiful’ ini sememangnya adalah drama yang menawan hati untuk ditonton.


———————————————————————————————————————

Pos Berkaitan:

———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 19 June 2011, in K-Drama, Ulasan Drama and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s