Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 1)

Ulasan Drama: KDrama 2009 – You’re Beautiful (Bahagian 1)
Versi Bahasa Melayu
(Click here for the English version of this drama review)


Pengenalan
Go Mi Nyeo, seorang gadis naif yang impian hidupnya selama ini adalah untuk menjadi seorang rahib, terpaksa memulakan langkah baru dalam hidup apabila dia diminta untuk menyamar sebagai abang kembarnya sendiri. Dia sedikitpun tidak pernah menyangka bahawa penyamaran tersebut akan membawanya kepada banyak lagi cabaran-cabaran lain yang tidak terduga dan seterusnya membuka lembaran baru dalam hidupnya yang selama ini serba ringkas tetapi baginya penuh bermakna itu. Dengan meminjam identiti abang kembarnya, Go Mi Nyeo mula bergaul dengan sekumpulan penyanyi lelaki yang cukup popular, bergelar A.N.Jell. Dan dengan berpegang kepada niat untuk menjejak ibu kandungnya, dia mula belajar untuk mengenali selok-belok kehidupan di sebalik dunia hiburan, suatu kehidupan yang selama ini tidak pernah diketahui akan kewujudannya.

  • Judul Drama (Bahasa Inggeris): You’re Beautiful / You’re Handsome
  • Judul Drama (Hangeul): 미남이 시네요 (Mi-nam-i Shi-ne-yo)
  • Genre: Komedi Percintaan
  • Bil. Episod: 16
  • Tarikh Siaran: 07 Okt 2009 hingga 26 Nov 2009 (SBS)


Analisa Plot / Jalan Cerita
Seperti drama hasil tulisan Hong Sisters yang lain, drama ini bermula dengan adegan jenaka yang tidak terhitung banyaknya di suku pertama penyiarannya, sebelum elemen serius diterapkan sedikit demi sedikit sewaktu drama ini semakin rancak berlangsung. Watak Go Mi Nyeo / ‘Go Mi Nam’ yang pada asalnya ditonjolkan sebagai seorang gadis yang naif, secara perlahan tetapi ketara, berubah menjadi seorang wanita muda yang lebih matang apabila dia mula berdepan dengan pelbagai rintangan dalam usahanya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya itu. Dalam masa yang sama, dia juga terpaksa bergelut dengan satu perasaan yang baru pertama kali dirasainya, terhadap salah-seorang anggota kumpulan A.N.Jell. Bermula dari sini, jalan cerita drama ini mula menjadi semakin kompleks dan lebih dramatik.


———————————————————————————————————————

Pos Berkaitan:

———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 17 June 2011, in K-Drama, Ulasan Drama and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s