Catatan 花火 Hana-bi: Bidadari Bakal Turun Dari Langit

Have you fallen for me?🙂

Sewaktu 花火 Hana-bi tercari-cari drama terkini untuk ditonton sebagai pengganti KDrama 2011 – Thorn Birds dan KDrama 2011 – 49 Days yang masing-masing baru atau bakal berakhir, 花火 Hana-bi ‘terjumpa’ satu berita yang menggembirakan. Berita ini mungkin sudah agak basi bagi sesetengah pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan ahli-ahli A.N.Jell, tetapi bagi 花火 Hana-bi, ianya adalah sesuatu yang perlu diuar-uarkan.

Gandingan Park Shin Hye - Jeong Yong Hwa

Siapakah bidadari yang bakal turun dari langit ini? Bagi penggemar KDrama 2009 – You’re Beautiful (YAB), anda sudah pasti dapat mengagak siapakah bidadari yang dimaksudkan oleh 花火 Hana-bi. Siapa lagi kalau bukan Park Shin Hye (PSH), aktres berwajah keanak-anakan yang namanya melonjak naik sejak berlakon di dalam KDrama berunsurkan muzikal itu? Malah, bukan PSH seorang sahaja yang bakal muncul di dalam sebuah produksi drama selaku watak utama, tetapi salah-seorang anggota A.N.Jell iaitu Jeong Yong Hwa (JYH), akan turut membintangi drama tersebut.

'Go Mi Nam' + 'Shin Woo'

Peminat-peminat YAB yang senantiasa menantikan kemunculan YAB musim kedua sejak dua tahun yang lalu, nampaknya terpaksa berpuas hati dengan kemunculan drama berjudul 넌 내게 반했어 (Neon Naege Banhaesseo / You’ve Fallen For Me), atau tajuk rasmi Inggerisnya ‘Heartstrings‘, yang bakal bersiaran pada 29 Jun nanti. Malah, ‘shipper‘ bagi pasangan ‘Go Mi Nam + Shin Woo’ pastinya gembira dengan perkhabaran ini kerana PSH dan JYH akan digandingkan sebagai pasangan kekasih di dalam drama yang bakal menyusul di MBC selepas The Greatest Love ini. Apabila melihatkan sehingga ke hari ini masih ada lagi yang menyertai petisyen menyokong YAB Musim Ke-2 yang dianjurkan oleh oinkypoink di petitionspot.com, 花火 Hana-bi yakin drama terbaru gandingan aktres serta vokalis terkenal ini bakal mendapat sambutan yang hebat, terutamanya daripada peminat-peminat YAB, A.N.Jell serta C. N. Blue, iaitu kumpulan K-Pop yang dianggotai oleh JYH.

Park Shin Hye dalam KMovie 2010 – Cyrano Agency

Tambahan pula, drama ini boleh dianggap sebagai drama ‘comeback‘ bagi PSH dan juga JYH. Ini kerana, dalam tempoh 1 1/2 tahun ini, PSH lebih banyak muncul secara kameo sahaja di dalam beberapa produksi drama tempatan. Meskipun pernah muncul dalam filem ‘Cyrano Agency‘ dan pernah menyumbangkan suara dalam sebuah filem animasi berjudul ‘Green Days‘ pada tahun lepas, aktiviti seni PSH selepas YAB sebenarnya boleh disifatkan sebagai sedikit perlahan jika dibandingkan dengan Jang Geun Seok, hero utama KDrama 2009 – You’re Beautiful. Namun, pada tahun 2011 ini, karier PSH sebagai pelakon nampaknya lebih menyerlah apabila beliau bukan sahaja bakal muncul di dalam KDrama 2011 – Heartstrings / You’ve Fallen For Me, tetapi lakonan beliau di bawah sebuah produksi dari Taiwan yang berjudul Xuan Feng Guan Jia (旋風管家 / Hayate Combat Butler ) dijadualkan akan turut disiarkan pada tahun ini.

Jeong Yong Hwa bersama ahli kumpulan C. N. Blue yang lain

Bagi JYH pula, KDrama 2011 – Heartstrings / You’ve Fallen For Me adalah merupakan drama kedua beliau sejak kali pertama terjun dalam dunia lakonan menerusi YAB hampir dua tahun yang lalu. Mungkin kerana sibuk dengan kariernya sebagai penyanyi, maka baru kini JYH dapat muncul sekali lagi dalam sebuah produksi drama. Tambahan pula, watak Lee Shin yang bakal dipegang oleh JYH adalah mirip kepada personaliti identiti JYH itu sendiri selaku seorang penyanyi atau penggiat seni.

Jang Geun Seok dalam 'MMM'

Menyentuh tentang watak Lee Shin, 花火 Hana-bi berasa lega kerana watak tersebut tidak dipegang oleh Jang Geun Seok (JGS) memandangkan JGS telah terlalu banyak memegang watak sedemikian. Meskipun 花火 Hana-bi sememangnya mengharapkan JGS muncul dengan drama baru selepas KDrama 2010 – Mary Stayed Out All Night / Marry Me, Mary!, dan meskipun 花火 Hana-bi merasakan yang JGS mungkin mampu membawa watak Lee Shin dengan lebih baik, namun 花火 Hana-bi tetap merasakan yang keputusan pihak produksi memilih JYH untuk memegang watak Lee Shin sebagai tindakan yang lebih bijak. Tambahan pula, lakonan JYH di dalam YAB mendapat respon yang positif daripada penonton-penonton KDrama.

Lee Hong Ki dalam drama terbarunya

Sepertimana pelakon pembantu utama (‘second leading man’) / hero kedua bagi KDrama 2009 – Boys Over Flowers, Kim Hyeon Joong yang bersinar pada tahun lepas menerusi KDrama 2010 – Playful Kiss, 花火 Hana-bi berharap agar bintang JYH akan turut bersinar menerusi drama berunsurkan muzikal ini. 花火 Hana-bi juga berharap bintang Park Shin Hye akan turut bersinar. Bukan sahaja menerusi drama ini, tetapi juga menerusi drama dari Taiwan yang bakal disiarkan nanti. Sepertimana Lee Hong Ki / ‘Jeremy’ yang mencuba nasib di Jepun menerusi JDorama 2011 – Muscle Girl! (マッスルガール! ) yang sekarang ini sedang disiarkan menerusi dua stesen TV Korea serta Jepun, PSH juga nampaknya sedang cuba menembusi pasaran luar negara dengan lebih jauh menerusi drama dari Taiwan tersebut. Semoga kesemua bintang A.N.Jell ini akan berjaya dalam percubaan masing-masing…


| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 18 May 2011, in Catatan 花火 Hana-bi, Info Artis, K-Drama, K-Star and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s