Monthly Archives: May 2011

Catatan 花火 Hana-bi: Dahulu Mereka Berganding, Sekarang Mereka Bersaing

Kim Jae Won + Jang Na Ra: Dahulu + Sekarang

Dahulu lain, sekarang lain. Jika dahulu mereka serasi bergandingan, sama-sama berusaha untuk menawan hati penonton, kini mereka bersaingan pula untuk merebut tahta tertinggi di hati peminat-peminat drama. Mempertaruhkan bakat seni serta kepopularitian masing-masing, aktor dan aktres yang suatu masa dahulu pernah serasi digandingkan sebagai pasangan di dalam drama, kini terpaksa pula bersaing sesama sendiri untuk meraih minat dan tumpuan penonton bagi drama masing-masing. Jika sejak beberapa minggu yang lepas, kita menyaksikan pasangan kekasih di dalam KDrama 2002 – My Love Patzzi iaitu Kim Jae Won dan Jang Na Ra muncul di dalam dua drama berasingan, pada minggu yang akan datang ini, kita bakal pula menyaksikan pasangan kekasih Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Bidadari Bakal Turun Dari Langit

Have you fallen for me? 🙂

Sewaktu 花火 Hana-bi tercari-cari drama terkini untuk ditonton sebagai pengganti KDrama 2011 – Thorn Birds dan KDrama 2011 – 49 Days yang masing-masing baru atau bakal berakhir, 花火 Hana-bi ‘terjumpa’ satu berita yang menggembirakan. Berita ini mungkin sudah agak basi bagi sesetengah pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Drama Wajib Tonton Minggu Ini

Loket 'air mata' milik Ji Hyeon dalam KDrama 2011 - 49 Days

Minggu ini adalah minggu yang menyeronokkan bagi 花火 Hana-bi selaku penggemar drama Korea. Ini kerana, pada minggu ini, 花火 Hana-bi berpeluang untuk menonton drama-drama menarik yang sedang bersiaran di kaca TV Korea Selatan. Baik yang baru bermula, mahupun yang sedang rancak ke udara, KDrama 2011 menjanjikan kepuasan kepada penonton dengan menyajikan drama-drama yang menyentuh hati. Antara drama-drama yang benar-benar berjaya menambat hati 花火 Hana-bi pada minggu ini adalah Read the rest of this entry

Catatan 花火 Hana-bi: Burung Duri Terbang Tinggi

Aduhai Si Burung Duri...

Umpama lilin yang sanggup membakar diri sendiri semata-mata untuk menerangi orang lain, demikianlah juga si burung duri yang sanggup melontarkan dirinya ke celah-celah pepohon berduri semata-mata untuk menghasilkan bunyi yang paling merdu sebagai halwa telinga si pendengar. Mungkin ada yang menganggap tindakan si burung ini merupakan suatu pengorbanan yang hanya memakan diri sendiri, namun bagi si burung, ianya adalah satu penghormatan yang tidak terbanding. Begitulah yang cuba ditonjolkan menerusi Read the rest of this entry