Info Drama: KDrama 2008 – Gourmet

KDrama 2008 - Gourmet

Maklumat Am:
  • Tajuk (Hangeul): 식객 (食客)
  • Tajuk (Rumi): Shik-kkaek
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Gourmet
  • Tajuk Alternatif: Trencherman, Best Chef / Sikgaek / The Grand Chef
  • Genre: Drama Kehidupan, Percintaan
  • Produser: Kim Yeong Seob (김영섭), Lee Jin Seok (이진석)
  • Pengarah: Choi Jong Soo (최종수), Han Cheol Soo (한철수)
  • Penulis Asal: Heo Yeong Man (허영만)
  • Penulis Skrip: Choi Wan Gyoo (최완규), Park Hoo Jeong (박후정)
  • Bil. Episod: 24
  • Rating Penonton Seluruh Korea Selatan: 20.3% [Purata], 26.7% [Tertinggi]
    [Sumber: TNS Media Korea, dipetik dari DramaWiki]
  • Stesen Penyiaran: SBS
  • Tarikh Siaran: 17 Jun 2008 hingga 09 September 2008
  • Waktu Siaran: Isnin & Selasa 21:55
  • Laman Web Rasmi: http://tv.sbs.co.kr/sikgaek
  • Lagu Tema:
    • 드라마 식객 OST Vol. 1 (Tarikh dikeluarkan: 03.07.2008)
    • 드라마 식객 OST Vol. 2 (Tarikh dikeluarkan: 11.08.2008)
  • Drama/Filem Berkaitan:
    • KMovie 2007 – Le Grand Chef
    • KMovie 2010 – Le Grand Chef 2: Kimchi Wars

Pelakon-pelakon Utama:

  • Kim Rae Won (김래원) sebagai Lee Seong Chan (이성찬)
    • No Yeong Hak (노영학)  sebagai Lee Seong Chan (Remaja)
  • Kwon Oh Joong (권오중) sebagai Oh Bong Joo (오봉주)
    • Ahn Yong Joon (안용준) sebagai Oh Bong Joo (Remaja)
  • Nam Sang Mi (남상미) sebagai Kim Jin Soo (진수)
  • Kim So Yeon (김소연) sebagai Yoon Joo Hee (윤주희)

Pelakon-pelakon Pembantu:

  • Won Ki Joon (원기준) sebagai Chef Min Woo (민우) / Sous Chef  (Penolong Ketua Tukang Masak)
  • Choi Bool Am (최불암) sebagai Oh Suk-su (오숙수) / Ketua Cef Oh
  • Kim Ae Kyeong (김애경) sebagai Cho Yeo-sa (조 여사) / Puan Cho
  • Jeong Jin (정진) sebagai Ja Woon (자운) / Kawan lama Ketua Cef Oh
  • Lee Won Yong (이원용) sebagai Jong Goo (종구) / Chef di Wunamjeong
  • Kang Nam Gil (강남길) sebagai Han Bu-jang (한 부장) / Pengarah Han / Bos Jin Soo
  • Sim Yang Hong (심양홍) sebagai Yoon Bu-jang (윤 부장) / Pengarah Yoon / Bapa Joo Hee
  • Lee Won Jong (이원종) sebagai Cef Dal Pyung (달평)
  • Shim Hoon Ki (심훈기) sebagai Lee Ki Jeong (이기정)
  • Kim Seon Hyeok (김선혁) sebagai Sang Ki (상기)
  • Choi Jae Hwan (최재환) sebagai Seok Dong (석동)/ Pembantu Dapur / Kawan Seong Chan
  • Do Yoon Joo(도윤주) sebagai Chong-ji-bae-in (총지배인) / Pengurus Besar
  • Kim Hye Jeong (김혜정) sebagai Kang Mae-ni-jeo (강 매니저) / Pengurus Kang
  • Yang Taek Jo (양택조) sebagai Seo Hee-jang (서 회장) / Presiden Seo
  • Kim Seong Gyeom (김성겸) sebagai Jang Hee-jang (장 회장) / Presiden Jang
  • Lee Ki Yeong (이기영) sebagai Matsumoto Junichi / Pencabar Seong Chan dalam pertandingan memasak
  • Jeong Yeong Sook (정영숙) sebagai Cef Soon Boon / Kawan lama Ketua Cef Oh
  • Jo Sang Goo (조상구) sebagai Kang Pyeon Soo (강편수) / Pemotong daging yang handal
  • Choi Song Hyeon (최송현) sebagai Pengacara pertandingan memasak
  • Yeo Jin Goo (여진구) sebagai Ho Tae (호태)

Sinopsis Ringkas:
Selepas kematian bapa, Lee Seong Chan diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga yang mengusahakan restoran masakan tradisional Korea. Pada mulanya Seong Chan tidak begitu berminat dengan dunia masakan, namun apabila setiap hari didedahkan dengan perkara berkaitan makanan, lama-kelamaaan minat tersebut timbul. Apabila Seong Chan diiktiraf sebagai salah-seorang tukang masak rasmi Wunamjeong (운암정) oleh bapa angkatnya yang juga ketua tukang masak di restoran berprestij itu, pada mulanya abang angkat Lee Seong Chan iaitu Oh Bong Joo begitu gembira dengan pencapaian si adik. Namun, apabila mengetahui niat sebenar bapanya di sebalik pelantikan tersebut dan apabila menyedari kedudukannya selaku pewaris tunggal Wunamjeong (운암정) telah tergugat, sedikit demi sedikit kasih-sayangnya terhadap Seong Chan mula terhakis. Seong Chan pula walau bagaimanapun, disebabkan rasa kasih terhadap si abang yang begitu menebal, tidak melihat dirinya sebagai pencabar Bong Joo. Namun, disebabkan pangkat dan harta, serta disebabkan ideologi yang berbeza, maka hubungan kedua beradik yang suatu masa dahulu begitu akrab ini semakin hari semakin renggang dan berantakan.

Fakta Menarik:
Drama ini merupakan kali kedua manhwa “Le Grand Chef” karangan Heo Yeong Man diadaptasi ke bentuk aksi langsung (live action) selepas KMovie 2007 – Le Grand Chef.
[Sumber: HanCinema]

Fakta Menarik:
Drama ini adalah drama terakhir Kim Rae Won sebelum beliau dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan selama 2 tahun pada tahun 2009.
[Sumber: Wikipedia]

Fakta Menarik:
Jeong Jin (정진) yang memegang sebagai Ja Woon (자운), lelaki tua yang sering menjadi penyokong serta tempat rujukan Seong Chan di dalam drama ini, pernah memegang watak sebagai datuk Seong Chan di dalam KMovie 2007 – Le Grand Chef.
[Sumber: HanCinema]

Fakta Menarik:
Ber
ikut adalah anugerah yang dimenangi sewaktu ‘The 2008 SBS Drama Awards’ menerusi drama ini:

  • Anugerah Cemerlang Pelakon Pembantu Wanita Kategori Drama Khas (Excellence Award – Special Planning Drama): Kim So Yeon
  • Anugerah Aktor Muda Terbaik: Yeo Jin Goo
  • Anugerah 10 Bintang Terbaik (Top 10 Stars Award): Kim Rae Won

[Sumber: DramaWiki, Wikipedia]

Fakta Menarik:
Kim Rae Won dicalonkan sebagai penerima anugerah ‘Superior Actor Award‘ dan ‘Male Top Excellence Award‘ masing-masing sempena ‘Korean Drama Festival 2008‘ dan ‘The 2008 SBS Drama Awards’. Walaupun tidak memenangi anugerah-anugerah tersebut, ia menunjukkan bahawa lakonan aktor ini masih mendapat tempat di hati peminat dan pengkritik drama.
[Sumber: Soompi, Soompi]

Sumber Utama Info:
DramaWiki, HanCinema

Sumber Video: aznV.TV

Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Gourmet mengetengahkan dua beradik yang suatu masa dahulu begitu saling menyayangi dan saling memahami tetapi akhirnya bertelagah disebabkan oleh perebutan pangkat serta harta. Meskipun sedikit berbeza dengan filem yang diadaptasi pada tahun sebelumnya daripada manhwa yang sama, namun drama ini masih mengetengahkan Seong Chan dan Bong Joo selaku dua insan yang saling mencintai dunia masakan tetapi mempunyai pendekatan serta ideologi yang berbeza. Selain daripada konflik perebutan Wunamjeong, tambah meruncingkan lagi keadaan adalah apabila terdapatnya orang ketiga di antara mereka. Watak Yoon Joon Hee yang sebenarnya tidak wujud di dalam manhwa asal, dijadikan sebagai pencetus konflik yang lebih serius di antara dua beradik ini. Hubungan yang telah sedia retak disebabkan berebutkan Wunamjeong, menjadi bertambah teruk apabila Bong Joo mendapati wanita yang dicintainya itu rupa-rupanya menyimpan perasaan terhadap Seong Chan.

Secara keseluruhannya, drama ini menarik untuk ditonton namun konflik tambahan yang diselitkan di dalam drama ini nampaknya tidak begitu menjadi jika dibandingkan dengan konflik yang diketengahkan di dalam filem sebelumnya. Mungkin kerana 花火 Hana-bi telah menonton filem adaptasi tersebut sebelum menonton drama ini, maka tidak dapat tidak, 花火 Hana-bi terpaksa membandingkan plot-plot yang dipersembahkan di dalam drama ini dengan plot-plot di dalam filem Le Grand Chef. Dan, penambahan watak Yoon Joon Hee di dalam drama ini juga menyebabkan drama ini terasa sedikit merimaskan di sebalik persembahan baik yang diberikan oleh Kim So Yeon untuk wataknya itu. Malah, selaku salah-seorang peminat Nam Sang Mi, 花火 Hana-bi berasa agak kecewa dengan watak Kim Jin Soo yang dirasakan adakalanya agak menjengkelkan. Watak Kim Jin Soo yang periang sepatutnya menyerikan lagi drama ini, namun nampaknya ia kurang menjadi juga. Mungkin kerana jalan ceritanya yang agak mendatar, maka watak-watak utama di dalam drama ini adakalanya terasa agak membosankan. Secara peribadi 花火 Hana-bi berpendapat, filem Le Grand Chef adalah lebih baik daripada drama adaptasi ini. Selain daripada plot yang lebih baik, kualiti persembahan yang diberikan oleh watak-watak utama di dalam filem tersebut juga adalah lebih baik berbanding dengan drama ini. Walau bagaimanapun, adegan-adegan pertandingan memasak yang menjadi tunjang drama ini, masih tetap seronok untuk ditonton.


Rating
花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Menarik ]
  • Kualiti Drama Secara Keseluruhan: [ Memuaskan ]

———————————————————————————————————————
Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang dimuatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati drama yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Tuesday, 19 April 2011, in Info Drama, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s