Monthly Archives: April 2011

Info Drama: KDrama 2008 – Gourmet

KDrama 2008 - Gourmet

Advertisements

Catatan 花火 Hana-bi: Drama Bukan Sekadar Hiburan

KDrama 2002 - Winter Sonata: Drama Pencetus Hallyu

Sejak Hallyu () atau ‘Korean Wave‘ / Gelombang Korea melanda dunia sekitar 10 tahun yang lalu, arus yang dibawa oleh negara yang suatu masa dahulu agak asing di mata masyarakat dunia ini berjaya melangkaui batas bahasa dan budaya menerusi drama-dramanya yang memukau hati penonton. Selaras dengan perkembangan budaya KPop yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati peminat hiburan di serata dunia, KDrama hari ini dilihat semakin rancak apabila drama-dramanya kini memuatkan bukan sekadar satu atau dua lagu yang ‘catchy‘ (menarik) sebagai runut atau ‘soundtrack’ rasmi drama. Apakah yang membuatkan ramai penonton begitu obses dengan drama-drama dari Korea sehingga hampir-hampir mengetepikan drama dari negara lain termasuk dari negara kelahiran sendiri? Ubat guna-guna apakah yang dipakai oleh pihak produksi KDrama sehingga berjaya membuatkan hati penonton tertawan dan tertambat? Seandainya anda adalah seorang peminat setia KDrama, anda pasti Read the rest of this entry