Info Filem: KMovie 2007 – Le Grand Chef

 

KMovie 2007 - Le Grand Chef


Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 식객
  • Tajuk (Rumi): Shik-kkaek
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Le Grand Chef
  • Tajuk Alternatif:
  • Tagline: Only One becomes the Legend
  • Genre: Drama
  • Syarikat Produksi: Show East
  • Pengedar: CJ Entertainment
  • Penerbit: Kim Dong Joo (김동주)
  • Pengarah: Jeon Yoon Soo (전윤수)
  • Penulis Skrip: Jeon Yoon Soo (전윤수), Shin Dong Ik (신동익)
  • Penulis Asal: Heo Yeong Man (허영만)
  • Pengarah Hidangan: Kim Soo Jin (김수진)
  • Tarikh Pelancaran: 01 November 2007
  • Tempoh Filem: 113 minit
  • Jumlah Penonton: 2,991,879 [Sehingga 31.01.20102008]
    [Sumber: Cine21 & KOFIC, dipetik dari HanCinema]
  • Bajet Produksi: AS$4 Juta (Anggaran Kasar)
  • Kutipan Kasar: AS$20,028,922 [Sehingga 27.01.2008]
    [Sumber: BoxOfficeMojo]
  • Drama/Filem Berkaitan:
    • KDrama 2008 – Gourmet
    • KMovie 2010 – Le Grand Chef 2: Kimchi Wars

Pelakon-pelakon Utama:

  • Kim Kang Woo (김강우) sebagai Seong Chan (성찬)
  • Im Won Hee (임원희) sebagai Oh Bong Joo (봉주)

Pelakon-pelakon Pembantu:

  • Lee Ha Na (이하나) sebagai Kim Jin Soo (진수)
  • Jeong Eun Pyo (정은표) sebagai Ho Seong (호성) / Pembantu Seong Chan
  • Kim Sang Ho (김상호) sebagai Korporal Woo ( ) / Pembantu Bong Joo
  • Jeong Jin (정진)  sebagai Deok Gi (덕기)
    / Pembantu
    No.2 Seong Chan / Pekerja di Woonamjeong
  • Kim Jin Tae (김진태) sebagai Oh Man Shik (오만식) / Datuk Bong Joo
  • Jung Jin (정진) sebagai Seong Hyeon () / Datuk Seong Chan
  • Ahn Kil Kang (안길강) sebagai Encik Han
    / Pembuat arang yang dihukum bunuh
  • Lee Joo Shil (이주실) sebagai Ibu Encik Han
  • Maeng Bong Hak (맹봉학) sebagai Juri pertandingan memasak
  • Lee Hyeong Kwon (이형권) sebagai Juri pertandingan memasak
  • Kwon Byeong Gil (권병길) sebagai Juri pertandingan memasak
  • Goo Bon Im (구본임) sebagai Juri pertandingan memasak 5 tahun yang lalu
  • Lee Min Ho (이민호) sebagai Seong Chan sewaktu remaja
  • Kim Seong Won (김성원) sebagai Pengulas peringkat akhir pertandingan memasak
  • Choi Yeong In (최영인) sebagai Isteri Ho Seong
  • Hong Min Hee (홍민희) sebagai Isteri Deok Gi
  • Seong Byeong Sook (성병숙) sebagai Ibu Kim Jin Soo
  • Kong Ho Seok (공호석)
  • Park Jin Yeong (박진영)
  • Lee Won Jae (이원재)
  • Kang Min Ho (강민호)
  • Oh Jeong Se (오정세)
  • Kim Jun Won (김준원)
  • Park Jin Gook (박진국)
  • Seo Jin Won (서진원)
  • Jeon Gook Hwan (전국환)
  • Woo Sang Jeon (우상전)
  • Murakami Keiji sebagai Encik Fujiwara
  • Park Gil Soo (박길수) sebagai Bapa tiri Encik Han [Penampilan Istimewa]
  • Heo Yeong Man (허영만) [Penampilan Istimewa]

Sinopsis Ringkas:
Seong Chan pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang cef yang terkemuka. Walau bagaimanapun, impiannya itu terkubur lima tahun yang lalu apabila dia kalah kepada Oh Bong Joo di dalam satu pertandingan tertutup untuk merebut jawatan sebagai ketua cef di Wunamjeong (운암정), sebuah restoran tersohor yang menghidangkan masakan tradisional diraja Korea. Sewaktu pertandingan tersebut, mereka dikehendaki untuk mempamerkan kemahiran memasak masing-masing dengan menyediakan sashimi ikan buntal, sejenis ikan yang sedap dimakan tetapi beracun jika tidak dikendalikan dengan betul. Malangnya, disebabkan oleh ‘kesilapan besar’ yang dilakukan oleh Seong Chan sewaktu pertandingan tersebut, Seong Chan bukan sahaja terpaksa mengaku kalah kepada Bong Joo tetapi juga terpaksa mengundurkan diri terus dari bidang kulinari.

Kini, lima tahun kemudian, Seong Chan dan Bong Joo bakal bertarung sekali lagi dalam satu pertandingan yang lebih berprestij. Kali ini, untuk merebut sebilah pisau cef yang pernah dimiliki oleh pengasas Wunamjeong yang juga merupakan bekas ketua tukang masak terakhir Maharaja Dinasti Joseon. Pertandingan tersebut bukanlah calang-calang pertandingan kerana sesiapa yang diberikan hak untuk memiliki pisau tersebut bakal mendapat gelaran tertinggi iaitu sebagai Pewaris Tukang Masak Diraja. Selain daripada itu, pisau tersebut juga cukup bermakna kepada rakyat Korea terutamanya kepada pejuang seni masakan tradisional Korea kerana ia memiliki nilai sejarah yang tragis. Ini kerana, pisau tersebut dikatakan pernah digunakan oleh bekas ketua tukang masak terakhir Maharaja Dinasti Joseon itu untuk memotong tangannya sendiri sebagai tanda taat setia kepada Maharaja serta tanah airnya.

Pertandingan tersebut bagi Seong Chan pula sebenarnya adalah sebagai landasan untuk dia menebus kembali maruah diri serta keluarga. Seong Chan pada mulanya enggan melibatkan diri dalam sebarang pertandingan disebabkan masih fobia dengan insiden hitam yang pernah berlaku di dalam hidupnya itu. Walau bagaimanapun, dia berasa terpanggil untuk kembali ke dunia masakan apabila dicabar hebat oleh Bong Joo, ‘rakan’ seperguruan yang juga merupakan dalang di sebalik insiden hitam tersebut. Demi pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu, Seong Chan bukan sahaja terpaksa mengembara ke seluruh pelosok Korea untuk mencari bahan masakan terbaik tetapi turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang membutuhkan kesabaran yang tinggi. Malah, dia juga terpaksa melakukan salah-satu pengorbanan terbesar dalam hidupnya semata-mata untuk terus mara ke peringkat seterusnya dalam pertandingan tersebut.

Fakta Menarik:
Filem ini diadaptasi daripada sebuah manhwa popular yang mula disiarkan di akhbar tempatan pada tahun 2002. Manhwa ini adalah hasil karya Heo Yeong Man, kartunis yang terkenal menerusi manhwa ‘Hammer Boy’ dan ‘Tazza’ yang masing-masing pernah diadaptasi dalam bentuk filem animasi dan filem aksi langsung (live action). Di dalam filem ini, Heo Yeong Man turut membuat penampilan khas.
[Sumber: AsianMediaWiki, HanCinema]

Fakta Menarik:
Filem ini berjaya mencatat kedudukan tertinggi di dalam carta ‘box-office‘ Korea Selatan selama 2 minggu (3 mingu menurut HanCinema). Oleh kerana sambutan menggalakkan yang diterima, filem ini telah disiarkan selama 13 minggu bermula 01 November 2007, sebelum menamatkan penayangannya di pawagam pada 27 Januari 2008.
[Sumber: BoxOfficeMojo, BoxOfficeMojo, HanCinema]

Petikan Dialog Menarik & ‘Trademark‘ Filem:

  • “A taste that shakes you to the core.
    You experience it not with your tongue, but your heart.”
    – Kata-kata pembuka tirai filem
  • “Your sweet potatoes melted away my resentment towards my mom”
    – Kata-kata pembuat arang dalam surat terakhir kepada Seong Chan
  • “When the brackens (alpine) rain falls, it’s time to say goodbye.
    – Monolog Datuk Seong Chan sewaktu hujan lebat sedang turun mengingatkan Seong Chan kepada peristiwa yang berlaku antara dia dengan lembu kesayangannya
  • “I promise you.
    Your sacrifice won’t be in vain.”
    – Kata-kata Seong Chan sebelum melapah daging lembu kesayangannya yang terpaksa dikorbankan demi pertandingan tersebut

Sumber Utama Info: HanCinema, AsianMediaWiki

Sumber Video: MyAsianCiNEMA


Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Filem Le Grand Chef membawa penonton menyelami perasaan Seong Chan yang gigih berusaha untuk cuba bangkit bagi menebus kesilapan silam. Meskipun kesilapan tersebut sebenarnya bukan berpunca daripada dirinya sendiri, namun Seong Chan yang suatu masa dahulu pernah berputus asa dengan hidupnya, kini bangkit semula demi membuktikan kemampuan diri. Meskipun ada individu yang masih memandang rendah kepada dirinya dan meskipun ada individu yang masih cuba untuk menjatuhkannya, namun Seong Chan tetap berpegang teguh kepada keazaman untuk memperbaiki maruah yang pernah tercalar suatu masa dahulu. Kesungguhan Seong Chan dapat dilihat dalam usaha demi usaha yang dilakukan semata-mata untuk terus mara ke peringkat seterusnya dalam pertandingan yang disertainya itu.
Selain daripada memaparkan tentang kisah kegigihan Seong Chan, Le Grand Chef juga turut menyelitkan beberapa kisah sampingan yang menyayat hati. Dalam pengembaraan Seong Chan untuk mendapatkan bahan masakan terbaik demi pertandingan tersebut, Seong Chan terpaksa berhadapan dengan pelbagai insiden yang membawa penonton mengenali beberapa watak lain dengan kisah masing-masing yang menyentuh hati. Kesemua kisah ini membawa penonton menyelami serta mengiktiraf kepentingan dan kaitan makanan dalam hidup manusia.

Selain daripada itu, sebagaimana filem atau drama yang berunsurkan masakan yang lain, penonton juga dihidangkan dengan juadah yang nampak sungguh menyelerakan. Persembahan atau demonstrasi memasak yang ditonjolkan di dalam filem ini juga cukup memberikan inspirasi kepada penonton, terutama kepada mereka-mereka yang meminati bidang masakan. Selain daripada memperkenalkan penonton kepada kepelbagaian dalam masakan tradisi Korea, filem ini turut mendedahkan pelbagai rahsia dan tips berguna dalam penyediaan juadah yang menyelerakan. Le Grand Chef juga dapat membangkitkan minat dan keinginan penonton untuk mencuba pelbagai jenis masakan. Malah mungkin ada di kalangan penonton yang sebelum ini kurang berminat untuk memasak, akan berasa lebih teruja untuk memasak selepas menonton filem ini.


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Wajib Tonton! ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Berkualiti ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 20 March 2011, in K-Movie and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s