Info Filem: KMovie 2010 – The Recipe

 

KMovie 2010 - The Recipe


Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 된장
  • Tajuk (Rumi): Doen-jang
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): The Recipe
  • Tajuk Alternatif: Dwenjang
  • Genre: Melodrama, Misteri, Percintaan
  • Syarikat Produksi: Film Itsuda (필름있수다)
  • Pengedar: CJ Entertainment
  • Penerbit: Kim Jin Yeong (김진영)
  • Pengarah: Anna Lee Seo Goon (이서군)
  • Penulis Skrip: Bae Se Yeong (배세영)
  • Susunan Muzik: Han Jae Kwon (한재권)
  • Sinematogafi: Na Hee Seok (나희석)
  • Tarikh Pelancaran: 21 Oktober 2010
  • Tempoh Filem: 107 minit
  • Jumlah Penonton: 44,791 [Sehingga 31.10.2010 ]
  • Kutipan Kasar: AS$293,798 [Sehingga 31.10.2010 ]
    [Sumber: Box Office Mojo]

Pelakon-pelakon Utama:

  • Ryoo Seung Yong (류승룡) sebagai Choi Yoo Jin (최유진)
  • Lee Yo Won (이요원) sebagai Jang Hye Jin (장혜진)
  • Lee Dong Wook (이동욱) sebagai Kim Hyeon Soo (김현수)

Pelakon-pelakon Pembantu:

  • Jo Seong Ha (조성하) sebagai Park Min (박민) / Park Goo ( 박구)
  • Lee Yong Nyeo (이용녀) sebagai Han Myeong Sook (한명숙) / Pemilik restoran kecil di bukit
  • Park Choong Seon (박충선) sebagai Pengarah Stesen Penyiaran DBS / Guk-jjang (국장)
  • Nam Jeong Hee (남정희) sebagai Nenek / Hal-mae (할매)
  • Lee Tae Kyeong (이태경) sebagai Cucu / Son-ju (손주)
  • Kim Jeong Seok (김정석) sebagai Detektif Kang / Kang Hyeong-sa (강 형사)
  • Yoo Soon Woong (유순웅) sebagai Pemilik ladang/kilang membuang garam / Yeom-jeon ju-in (염전 주인)
  • Yoo Seung Mok (유승목) / Ryoo Seung Mok (류승목) sebagai Kim Deuk Goo (김득구) / Kim Jong Goo (김종구) / Pembunuh bersiri yang dihukum bunuh
    *Terdapat percanggahan sumber tentang nama watak dan nama pelakon yang dikreditkan sebagai memegang watak pembunuh bersiri
  • Park Hye Jin (박혜진) sebagai Pemilik gerai sup Sun-dae (usus haiwan) / Sun-dae-guk-ppap-jjip ju-in (순대국밥집 주인)
  • Kim Se Dong (김세동) sebagai Sukarelawan / Do-bang bong-sa (도방 봉사)
  • Jo Moon Ee (조문의) sebagai Penyelidik / Yeon-gu-won (연구원)
  • Jang Joon Nyeong (장준녕) sebagai Goo Jin Man (구진만) / Bekas rakan sepenjara Kim Jong Goo / Gam-bang dong-nyo (감방 동료 )
  • Kwon Ji Min (권지민) sebagai Pemberita / A-na-un-seo (아나운서)
  • Ryoo Jin (류진) sebagai Penyelidik rama-rama / Na-bi yeon-gu-won (나비 연구)
  • Ham So Hyeon (함소현) sebagai Emak Hye Jin / Hye Jin mo (혜진 모)
  • Lee Seo Ah (이서아) sebagai Hye Jin sewaktu kecil 1
  • Hyeon Na Kyeong (현나경) sebagai Hye Jin sewaktu kecil 2
  • Ryoo Ui Hyeon (류의현) sebagai Park Min sewaktu muda

Sinopsis Ringkas:
Choi Yoo Jin adalah seorang produser berpengalaman di sebuah stesen TV. Apabila seorang pelatih muncul dengan sebuah kisah menarik tentang Kim Jong Goo, penjenayah pertama yang dihukum bunuh dalam tempoh 12 tahun sejarah Korea, fokus Choi Yoo Jin tidak tertumpu kepada pembunuh bersiri yang baru sahaja dihukum bunuh itu tetapi lebih tertumpu kepada kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penjenayah terbabit sebelum dihukum bunuh. Penjenayah tersebut menyatakan keinginan untuk menikmati doen-jang jji-gae (된장찌개) iaitu sejenis sup pedas yang diperbuat daripada pes kacang soya yang diperam.

Doen-jang jji-gae sebenarnya adalah sejenis sup yang menjadi makanan tradisi rakyat Korea, namun doen-jang jji-gae yang dinikmati oleh Kim Jong Goo sewaktu dia ditangkap selepas menjadi buruan polis selepas sekian lama, bukanlah calang-calang sup. Apa yang menjadi tanda-tanya adalah, apakah yang membuatkan Kim Jong Goo begitu taksub sewaktu menikmati sup itu sehinggakan tidak menyedari atau menghiraukan langsung kehadiran pihak polis di situ. Untuk menyelongkar misteri di sebalik sup itu, Choi Yoo Jin bukan sahaja telah kembali ke tempat Kim Jong Goo pernah menikmati sup tersebut, iaitu sebuah kedai makan yang terpencil di atas sebuah bukit, tetapi turut cuba menjejak Jang Hye Jin, wanita yang dikatakan bertanggung jawab menghasilkan sup istimewa itu. Pencarian Choi Yoo Jin kemudiannya membawa beliau ke sebuah perkampungan di mana Jang Hye Jin dikhabarkan pernah bercinta seorang pemuda bernama Kim Hyeon Soo. Hubungan cinta mereka ini rupa-rupanya ada kaitan dengan penghasilan doen-jang jji-gae yang istimewa itu.

Fakta Kurang Menarik:
Drama ini telah siap menjalani penggambarannya sejak April 2009 lagi tetapi hanya berjaya menemui penonton 1 1/2 tahun kemudian.
[Sumber: AsianMediaWiki]

Fakta Menarik:
Filem ini dilakonkan oleh Lee Dong Wook sebelum beliau dipanggil untuk menjalani latihan tentera. Oleh kerana filem ini disiarkan sewaktu beliau sedang menjalani latihan, ‘kehilangan’ Lee Dong Wook dari dunia seni tidak begitu terasa, tidak seperti aktor-aktor lain yang terpaksa berusaha menaikkan kembali nama mereka selepas ‘berehat’ selama 2 tahun dari dunia seni demi menyahut seruan negara.
[Sumber: HanCinema]

Fakta Menarik:
Berikut adalah beberapa festival filem yang disertai oleh filem ini:

  • Pusan International Film Festival (PIFF) pada 07-15 Oktober  2010 – Kategori Gala Presentation
  • Berlin International Film Festival (Ke-61) pada 10-20 Februari 2011 – Kategori Culinary Cinema untuk filem Asia Timur

[Sumber: AsianMediaWiki, AsianMediaWiki]

Sumber Utama Info: HanCinema, AsianMediaWiki, Film Business Asia

Sumber Video: MyAsianCiNEMA

Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
The Recipe sebenarnya mempunyai idea asal yang menarik dengan mengetengahkan keupayaan makanan sebagai satu elemen yang mampu membuatkan manusia teruja. Sebagaimana kebanyakan filem atau drama lain yang berunsurkan makanan, filem ini berjaya menawan hati penonton menerusi hidangan yang mampu membangkitkan selera. Teknik sinematografi yang digunakan untuk beberapa adegan tertentu membuatkan penghasilan doen-jang jji-gae kelihatan begitu sempurna dan sangat menyelerakan. Malah, filem ini juga berjaya menonjolkan kehalusan seni di sebalik penghasilan sebuah hidangan yang hebat.  Menerusi pendedahan ini, penonton akan dapat merasai sendiri satu pengalaman indah ‘menikmati’ sup istimewa ini, seolah-olah sup tersebut adalah makanan yang paling lazat yang pernah dihasilkan oleh mana-mana manusia.

Malangnya, kaedah yang dipilih oleh pihak produksi dalam mencungkil rahsia di sebalik pembikinan doen-jang jji-gae membuatkan filem ini seolah-olah hilang tumpuan asalnya. Dua gaya penceritaan berbeza yang digunakan di dalam filem ini membuatkan seolah-olah terdapat dua cerita berbeza yang cuba ditonjolkan. Pada bahagian awalnya, filem ini kelihatan seperti sebuah dokumentari di mana mereka-mereka yang pernah mengenali Kim Jong Goo, penjenayah yang dikatakan begitu taksub dengan sup yang dimasak oleh Jang Hye Jin, ditemuramah seorang demi seorang. Tetapi, filem ini kemudiannya beralih kepada sebuah filem melodrama apabila kisah percintaan antara Jang Hye Jin dengan seorang pemuda kacukan Korea-Jepun mula diketengahkan.

Secara peribadi, 花火 Hana-bi berpendapat yang filem ini akan menjadi lebih menarik seandainya tumpuan penceritaan tidak terlalu difokuskan kepada watak  Choi Yoo Jin mahupun watak Kim Jong Goo, sebaliknya lebih ditumpukan kepada watak Jang Hye Jin sejak dari awal. Ini kerana, kisah percintaan Jang Hye Jin dan Kim Hyeon Soo yang tragik sebenarnya sudah cukup kuat untuk membolehkan filem ini berdiri dengan sendirinya. Malah, dengan adanya pelakon terkenal seperti Lee Yo Won dan Lee Dong Wook yang memegang watak pasangan kekasih yang malang ini, 花火 Hana-bi percaya bahawa watak  Choi Yoo Jin serta watak Kim Jong Goo sebenarnya tidak begitu diperlukan di dalam filem ini. Cukuplah sekadar menjadi watak-watak sokongan untuk memperkukuhkan jalan cerita.

Mujurlah dengan memperkenalkan watak Kim Hyeon Soo sebagai pendorong terhasilnya sebuah masakan yang begitu istimewa, pihak produksi berjaya membuatkan filem ini kelihatan lebih menarik. Walau bagaimanapun, 花火 Hana-bi berasa begitu kecewa apabila elemen tidak realistik diterapkan di dalam watak Kim Hyeon Soo di pengakhir cerita. Ini menyebabkan filem ini terasa janggal dan sedikit terpesong daripada fokus sebenar. Malah, kesudahan cerita yang sedemikian membuatkan 花火 Hana-bi jadi tertanya-tanya; adakah ini sebenarnya sebuah cerita fantasi semata-mata? Kecewa… kecewa… kecewa…


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Oklah ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Kurang Memuaskan ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 14 March 2011, in Info Filem, K-Movie and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s