Info Drama: KDrama 2010 – Fugitive: Plan B

KDrama 2010 - Fugitive: Plan B

Maklumat Am:
  • Tajuk (Hangeul): 도망자: Plan B
  • Tajuk (Rumi): Do-mang-ja: Plan B
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Fugitive: Plan B
  • Tajuk Alternatif: Runaway: Plan B / Runaway / Fugitive
  • Genre:Aksi, Percintaan, Melodrama
  • Pengarah: Kwak Jeong Hwan (곽정환)
  • Penulis Skrip: Cheon Seong Il (천성)
  • Bil. Episod: 20
  • Rating Penonton Seluruh Korea Selatan: 13.9% [Purata], 21.7% [Tertinggi]
    [Sumber: TNS Media Korea, dipetik dari DramaWiki]
  • Stesen Penyiaran: KBS2
  • Tarikh Siaran: 29 September 2010 hingga 08 Disember 2010
  • Waktu Siaran: Rabu & Khamis 21:55
  • Laman Web Rasmi: http://www.kbs.co.kr/drama/run/
  • Lagu Tema: Fugitive: Plan B OST
    (Tarikh Dikeluarkan: 13.10.2010)

Pelakon-pelakon Utama:

  • Rain / Bi () / Jeong Ji Hoon (정지훈) sebagai Ji Woo (지우)
  • Lee Na Yeong (이나영) sebagai  Jin Yi (진이) / Jini K.
  • Daniel Henney (다니엘 헤니) sebagai Kai (카이)
  • Lee Jeong Jin (이정진) sebagai Ketua Detektif Do Soo (도수)
  • Yoon Jin Seo (윤진서) sebagai Detektif Yoon So Ran (윤소란)

Pelakon-pelakon Pembantu:

  • Yoon Son Ha (윤손하) sebagai Hwang Mi Jin (황미진)
  • Kim Soo Hyeon (김수현) sebagai Sophie (소피) / Pembantu peribadi Kai
  • Seong Dong Il (성동일) sebagai Nakamura Hwang (나까무라 황) / Penyiasat persendirian dari Jepun
  • Kong Hyeong Jin (공형진) sebagai Jang Sa Boo (장사) / Penyiasat persendirian dari Hong Kong
  • Jo Hee Bong (조희봉) sebagai James Bong (제임스 봉) / Penyiasat persendirian dari Thailand
  • Naoto Takenaka (竹中直人) sebagai Hiroki (히로끼) / Yakuza / Bapa Kieko
  • Uehara Takako (上原多香子) sebagai Kieko (키에코) / Teman wanita Ji Woo
  • Josie Ho (何超儀) sebagai Hwa I (화이) / Teman wanita Jang Sa Boo berbangsa Cina
  • Ti Lung (狄龍) sebagai Jeneral Wai / Usahawan Kasino di Macau
  • Song Jae Ho (송재호) sebagai Yang Doo Hee (양두희) / Melchidec (멜기덱)
  • Kim Eung Soo (김응수) sebagai Yang Yeong Joon (양영준) / Anak Yang Doo Hee
  • Danny Ahn (데니 안) sebagai Baek Nam Jeong (백남정) / Ketua Unit Siasatan Jenayah Antarabangsa
  • Kim Hyeong Jong (김형종) sebagai Kim Hyeong-sa (김 형) / Detektif Kim
  • Jeong Seung Gyo (정승교) sebagai Lee Hyeong-sa (이형사) / Detektif Lee
  • Kim Soo Hyeon (김수현) sebagai  Park Hyeong-sa (박 형사) / Detektif Park
  • Song Shi Yeon (송시연) sebagai Setiausaha Nakamura Hwang
  • Kwak Hyeon Hwa (곽현화) sebagai Penyiasat persendirian wanita
  • Joo Ah (주아) sebagai Soo Yeon (수연)
  • Song Yong Tae (송용태) sebagai Ju-ji-seu-nim (주지스님) / Sami Buddha
  • Kwak Hyeon Hwa (곽현화) sebagai Setiausaha di agensi penyiasatan Ji Woo [Penampilan Istimewa]
  • Lee Jong Hyuk (이종혁) sebagai Penterjemah di bilik siasatan [Penampilan Istimewa]
  • Oh Ji Ho (오지호) sebagai Kevin (케빈) / Rakan kongsi Ji Woo [Penampilan Istimewa]
  • Han Jeong Soo (한정수) sebagai Detektif yang menyeleweng [Penampilan Istimewa]
  • MBLAQ (엠블랙) [Penampilan Istimewa]
  • Lee Da Hae (이다해)  sebagai Hye Won (혜원) / Teman wanita  Ji Woo [Penampilan Istimewa]
  • Jeong Doo Hong (정두홍) [Penampilan Istimewa]

Sinopsis Ringkas:
Ji Woo adalah seorang penyiasat persendirian yang bersikap gila-gila tetapi sangat licik dan cekap dalam tugasnya. Meskipun penyiasat persendirian adalah pekerjaan yang diharamkan di sisi undang-undang Korea Selatan, namun hasil kejayaannya menyelesaikan satu kes di Las Vegas beberapa tahun yang lalu, agensi perisikan yang ditubuhkan di atas namanya bukan sahaja berjaya bertapak di Korea malah memiliki peralatan yang serba canggih dan terkini. Apabila suatu hari agensinya didatangi oleh Jin Yi, seorang wanita yang ingin menjejaki Melchidec, Ji Woo pada mulanya menyangka bahawa wanita tersebut hanyalah seorang klien biasa. Jin Yi sebenarnya adalah seorang wanita malang yang sedang dalam pelarian apabila ahli keluarganya mati dibunuh di dalam beberapa insiden berasingan. Meskipun pihak berkuasa menyifatkan insiden-insiden tersebut sebagai kemalangan atau insiden bunuh diri, namun Jin Yi percaya bahawa Melchidec adalah dalang di sebalik semua kejadian itu apabila dia kini pula menjadi buruan pembunuh upahan. Dalam masa yang sama, Ji Woo menjadi buruan polis, bukan kerana kerjanya sebagai penyiasat persendirian, tetapi kerana dituduh membunuh rakan kongsinya sendiri, rentetan daripada insiden di Las Vegas beberapa tahun yang lalu. Untuk  melarikan diri daripada polis dan untuk membantu Jin Yi menjejak Melchidec, mereka mengembara ke beberapa buah negara tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya sentiasa berada di dalam genggaman dan pemantauan Melchidec serta pihak polis.

Fakta Menarik:
Drama ini adalah kemunculan pertama Rain/Bi di dalam produksi drama tempatan sejak bergelar artis antarabangsa.

Fakta Menarik:
Penggambaran drama ini dilakukan di banyak lokasi di luar negara, antaranya di Yokohama,  Jepun, di Beijing dan Macau, China serta di Thailand.

Petikan Dialog Menarik & ‘Trademark‘ Drama:

  • Motto penyiasat persendirian: Asalkan dibayar, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak klien
  • Ji Woo adalah seorang lelaki yang gila-gila dan tidak ‘macho’ langsung – Antara aksi bodoh tetapi kelakar adalah:
    • Aksi Ji Woo tidur dengan lidah terjelir sambil air liurnya membasahi bantal
    • Aksi Ji Woo memandu dengan punggung Jin Yi melekat pada mukanya

Sumber Utama Info: DramaWiki, HanCinema

Sumber Video: aznV.TV

Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Fugitive: Plan B padat dengan adegan pergaduhan dan aksi kejar-mengejar yang mendebarkan, tetapi dalam masa yang mampu membuatkan penonton tersenyum dan adakalanya tertawa dengan gelagat Ji Woo yang kelakar dan kebudak-budakan. Mungkin inilah yang mahu dihadiahkan oleh Rain kepada peminat-peminatnya yang telah lama tidak menyaksikan Rain berlakon di dalam mana-mana produksi tempatan. Sewaktu membuat keputusan untuk berlakon di dalam drama ini, di samping terhibur dengan aksi-aksi ala Hollywood, Rain juga mungkin mahu penonton berasa terhibur dengan watak Ji Woo yang dibawanya.

Walau bagaimanapun, hasrat Rain nampaknya tidak begitu kesampaian kerana tidak ramai peminat drama yang ‘menghargai’ watak Ji Woo. Ini dibuktikan menerusi catatan rating yang ketara begitu berbeza dengan rating yang dikutip sewaktu penyiaran episod pertama drama ini. Mungkin kerana imej yang dimiliki oleh Rain selaku penyanyi antarabangsa, maka penonton mungkin lebih mahu melihat lakonan Rain dalam gaya yang lebih ‘macho’ dan lebih berwibawa, sepertimana hero-hero yang biasa dilihat dalam drama atau filem Hollywood. Watak Ji Woo meskipun pada luarannya kelihatan tidak matang, sebenarnya adalah seorang lelaki yang berjiwa kental. Malah, Rain berjaya menjustifikasi watak Ji Woo dengan membawa penonton menyelami rahsia di sebalik sikap kebudak-budakan itu.

Daripada aspek jalan cerita, meskipun adakalanya sedikit meleret sesuai dengan ‘genre’nya sebagai sebuah drama yang melodramatik, drama ini pada pengakhirannya berjaya merungkaikan segala misteri yang menimpa keluarga Jin Yi dengan menghubungkan semua insiden yang berlaku di awal cerita. Malah, drama ini berjaya membawa penonton menyelami kesulitan yang dihadapi oleh Ji Woo serta Jin Yi dalam menegakkan kebenaran dengan menyelitkan adegan-adegan suspen yang di luar jangkaan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam produksi drama ini yang tetap tidak berputus-asa meskipun catatan rating yang diperolehi saban minggu tidak seperti yang diharapkan. Dan, tahniah juga kepada Rain kerana berjaya membawa watak Ji Woo dengan bagitu baik.

Secara keseluruhan, drama ini menghiburkan meskipun terdapat sedikit kecacatan yang agak ketara pada drama ini, iaitu daripada segi penggunaan bahasa pertuturan yang digunakan oleh para pelakon. Memandangkan drama ini melibatkan ramai pelakon dari luar negara, maka drama ini kelihatan agak janggal apabila watak di dalam drama tetap mengekalkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing sewaktu berkomunikasi dengan watak dari negara berlainan. Mujurlah jalan cerita drama ini yang menarik berjaya membuatkan drama ini kekal menarik.

Nota: Bagi pembaca yang mungkin tidak dapat menerima Rain dalam watak sebegini,  花火 Hana-bi cadangkan agar anda tidak menonton drama ini, untuk mengelakkan anda daripada rasa kecewa atau menyampah terhadap Rain…😛
Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Menarik ]
  • Kualiti Drama Secara Keseluruhan: [ Memuaskan ]

———————————————————————————————————————
Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan pemahaman dari sumber-sumber yang telah dinyatakan di atas. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-biterhadap intipati drama yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Saturday, 12 March 2011, in Info Drama, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s