Info Filem: KMovie 2010 – Hearty Paws 2

 

KMovie 2010 - Hearty Paws 2

Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 마음이 2
  • Tajuk (Rumi): Ma-eum-i 2
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Heart Is… 2
  • Tajuk Alternatif: Hearty Paws 2
  • Genre: Komedi
  • Syarikat Produksi: Fine Works
  • Pengedar: Lotte Entertainment
  • Pengarah: Lee Jeong Cheol (이정철)
  • Penulis Skrip: Kim Hwang Seong (김황성), Lee Jeong Cheol (이정철), Yoo Jae Hwan (유재완), Yoo Kyeong Eun (유경은)
  • Tarikh Pelancaran: 22 Julai 2010
  • Tempoh Filem: 92 minit
  • Jumlah Penonton: 701,634 [Sehingga 29.10.2010]
    [Sumber: Cine21 & KOFIC, dipetik dari HanCinema]
  • Kutipan Kasar: AS$3,874,359 [Sehingga 29.10.2010]
    [Sumber: Box Office Mojo]
  • Laman Web Rasmi: http://www.maumi2.co.kr/
  • Lagu Tema:
  • Filem Berkaitan: KMovie 2010 – Hearty Paws (마음이)

Pelakon Utama:

  • Dali (달이) sebagai Ma Eum (마음) / Anjing peliharaan

Pelakon-pelakon Pembantu:

  • Seong Dong Il (성동일) sebagai Hyeok Pil (혁필) / Pencuri barang kemas / Penculik Jang Goon
  • Kim Jeong Tae (김정태) sebagai Doo Pil (두필) / Pencuri barang kemas / Penculik Jang Goon
  • Song Joong Ki (송중기) sebagai Dong Wook (동욱) / Pemilik Ma Eum
  • Jang Han (장한) sebagai Zao Ming (짜오밍) / Kawan rapat Dong Wook
  • Park Soon Cheon (박순천) sebagai Eomma (엄마) / Ibu / Ibu Dong Wook
  • Kwon Hae Hyo (권해효) sebagai Bong Goo (봉구) / Bapa saudara Dong Wook
  • Hwang Seok Hyeon (왕석현) sebagai Kanak-kanak yang memulangkan video [Penampilan Istimewa]
  • Sang Geuni (상근이) sebagai anjing peliharaan kanak-kanak yang memulangkan video [Penampilan Istimewa]

Sinopsis Ringkas:
Ma Eum adalah anjing kesayangan Dong Wook, seorang remaja sekolah menengah tinggi. Dong Wook begitu menyayangi Ma Eum kerana Ma Eum adalah pemberian terakhir mendiang bapa kepadanya. Apabila Ma Eum melahirkan tiga ekor anak, perhatian Dong Wook terhadap pelajarannya menjadi semakin berkurang. Ini menyebabkan ibu Dong Wook terpaksa mengambil langkah drastik dengan memisahkan anaknya dengan anjing-anjing kesayangannya itu.

Walau bagaimanapun, sewaktu dalam jagaan bapa saudara Dong Wook, salah-seekor anak Ma Eum iaitu Jang Goon, telah diculik oleh dua orang pencuri barang kemas. Pencuri-pencuri tersebut ingin menjadikan Jang Goon sebagai perantara bagi menyeludup barang yang dicuri mereka ke luar negara. Ma Eum yang menyedari insiden itu, berusaha untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket terbabit. Sementara itu, Dong Wook serta rakan baiknya, Zao Ming, berusaha untuk menjejak Ma Eum dan anaknya selepas menyedari kehilangan mereka.

Fakta Menarik:
Filem ini adalah filem sekuel KMovie 2006 – Hearty Paws  / Heart Is…

Fakta Menarik:
Dali iaitu anjing yang memegang watak Ma Eum di dalam filem ini adalah anjing yang sama yang pernah memegang watak Ma Eum di dalam filem KMovie 2006 – Hearty Paws  / Heart Is…. Ini adalah kemunculan kali kedua Dali di dalam filem.
[Sumber: HanCinema]

Fakta Menarik:
Filem ini dicalonkan untuk anugerah filem terbaik di dalam the 2011 8th Max Movie’s “Best Movie Award” disebabkan lakonan hebat yang ditunjukkan oleh Dali di dalam filem ini.
[Sumber: Nate.com, dipetik dari HanCinema]

Sumber Utama Info: HanCinema, AsianMediaWiki

Sumber Video: MyAsianCiNEMA


Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Menerusi tajuknya, ramai mungkin menyangka yang filem ini adalah kesinambungan daripada KMovie 2006 – Hearty Paws / Heart Is… / Maeumi 1. Meskipun menggunakan tajuk yang sama dan meskipun watak utamanya dilakonkan oleh anjing yang sama iaitu Dali, jalan cerita Maeumi 2 sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan atau persamaan dengan Maeumi 1, kecuali ia berkisarkan tentang kecerdikan seekor anjing bernama Ma Eum.

Walaupun agak terhibur sewaktu menonton filem ini, 花火 Hana-bi sebenarnya agak kecewa sedikit dengan pendekatan yang dipilih oleh pihak produksi bagi melariskan filem ini. Perbuatan menggunakan tajuk yang sama sebegini bukan sahaja mengelirukan penonton malah membuatkan Ma Eum hilang keunikan identitinya. Meskipun Ma Eum masih lagi ditonjolkan sebagai seekor anjing pintar di dalam filem kedua ini, yang mana dengan kecerdikan serta kesungguhannya berjaya menyelamatkan anaknya yang diculik, namun hubungan istimewa antara anjing dengan manusia yang pernah ditonjolkan di dalam Maeumi 1 langsung tidak disentuh di dalam filem ini.

Mungkin juga kerana pihak produksi ingin menjadikan Ma Eum sebagai fokus utama dalam cerita ini, maka peranan Dong Wook selaku tuan Ma Eum tidak langsung diberikan penekanan. Oleh itu, meskipun Maeumi 2 boleh dianggap sebagai menghiburkan dari aspek humornya, namun filem yang seakan-akan filem Hollywood Home Alone ini jelas kurang kedalamannya berbanding filem pertamanya. Bukan sahaja Dali kini diberikan peranan yang berlainan, malah watak-watak yang ada di dalam filem Maeumi 2 juga tidak sama langsung watak-watak yang ada dalam Maeumi 1. Di samping itu juga, genre yang dipilih untuk filem sekuel ini berbeza dengan genre asalnya. Mungkin untuk lebih menarik perhatian penonton terutama kanak-kanak, maka filem ini dihasilkan dalam bentuk komedi, ala-ala filem komedi Hollywood yang mana manusia jahat diperbodoh-bodohkan anjing yang cerdik. Strategi ini mungkin boleh dianggap berjaya untuk melariskan filem, namun pada pendapat 花火 Hana-bi, ia membuatkan filem ini tidak begitu layak digelar sebagai filem sekuel Maeumi 1 dan seharusnya diberikan tajuk yang lain kerana ianya jauh berbeza dengan filem yang asal.


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Menarik ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Memuaskan ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 14 February 2011, in Info Filem, K-Movie and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s