Info Filem: KMovie 2006 – Hearty Paws

 

KMovie 2006 - Heart Paws


Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 마음이
  • Tajuk (Rumi): Ma-eum-i
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Heart Is…
  • Tajuk Alternatif: Hearty Paws
  • Genre: Drama Kehidupan
  • Syarikat Produksi: Fireworks Inc., SBS Production Inc.
  • Pengedar: ShowBox
  • Pengarah: Oh Dal Gyoon (오달균), Park Eun Hyeong (박은형)
  • Penulis Skrip: Shin Dong Ik (신동익)
  • Penyunting: Kim Chang Joo (김창주)
  • Sinematogafi: Kim Seon Ryeong (김선령)
  • Jurulatih Anjing: Kim Jong Gwon (김종권)
  • Tarikh Pelancaran: 25 Oktober 2006
  • Tempoh Filem: 97 minit
  • Jumlah Penonton: 765,811 (Sehingga 19 November 2006)
    [Sumber: Cine21 & KOFIC, dipetik dari HanCinema]
  • Bajet Produksi: AS$2.3 Juta
  • Kutipan Kasar: AS$4,471,911 [Sumber: Box Office Mojo]
  • Laman Web Rasmi: http://www.maumy.co.kr/
  • Lagu Tema: 마음이 OST (Tarikh Dikeluarkan: 02.11.2006)
  • Filem Berkaitan: KMovie 2010 – Hearty Paws 2 (마음이 2)

Pelakon-pelakon Utama:

  • Yoo Seung Ho (유승호) sebagai Chan
  • Dali (달이) sebagai Ma Eum (마음) / Anjing peliharaan
  • Kim Hyang Ki (김향기) sebagai Seo Yi

Pelakon-pelakon Pembantu:

  • Ahn Kil Kang (안길강) sebagai Ketua pengemis House of Love
  • Jeong Min Ah (정민아) sebagai Lee Jeong Hyeon (이정현)/ Budak pengemis jalanan
  • Kim Nan Hwi (김난휘) sebagai Ibu Chan dan Seo Yi
  • Seo Yeong Hwa (서영화) sebagai Ibu saudara Chan dan Seo Yi
  • Jo Deok Jae (조덕제) sebagai Bapa saudara Chan dan Seo Yi
  • Kim Kyeong Rae (김경래)
  • Kim Dong Yeong (김동영)
  • Baek Seung Do (백승도)
  • Yoo Jin Ah (유진아)
  • Kook Ji Yeon (국지연)

Sinopsis Ringkas:
Chan dan Seo Yi adalah dua beradik yang diabaikan oleh ibu mereka selepas kematian bapa. Meskipun mereka hidup dalam serba kepayahan, Chan seboleh mungkin cuba untuk membahagiakan adiknya yang masih kecil itu. Mereka berdua hidup dengan bertemankan seekor anjing yang dicuri oleh Chan dari sebuah rumah jiran sebagai hadiah harijadi Seo Yi. Anjing yang diberikan nama Ma Eum (마음) yang bermaksud ‘hati’ itu, memang sangat pintar dan begitu disayangi oleh Chan dan Seo Yi.

Namun, Chan langsung tidak menyangka bahawa Ma Eum yang menjadi sumber kebahagiaan mereka berdua akhirnya menjadi punca berlakunya satu tragedi hitam dalam hidupnya. Sejak tragedi itu berlaku, Chan mulai membenci Ma Eum. Tetapi Maeum tetap setia kepada Chan. Apabila Chan merantau ke Busan untuk mencari ibunya, Ma Eum bukan sahaja turut cuba menjejaki Chan tetapi turut melindungi Chan sewaktu dia dalam kesusahan.

Fakta Menarik:
Mengambil sempena kisah kecerdikan anjing bergelar Ma Eum ini, sebuah filem sekuel dengan tajuk yang sama telah diterbitkan pada tahun 2010. Di dalam KMovie 2010 – Hearty Paws 2 / Heart Is… 2, anjing yang menjadi tunjang utama filem tersebut turut dinamakan sebagai Ma Eum iaitu Dali, adalah anjing sama yang melakonkan watak Ma Eum dalam filem ini.
[Sumber: AsianMediaWiki, HanCinema]


Sumber Utama Info: HanCinema, AsianMediaWiki

Sumber Video: MyAsianCiNEMA


Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Maeumi adalah sebuah kisah menyayat hati tentang kesetiaan seekor anjing Labrador bergelar Ma Eum terhadap tuannya. Meskipun dipukul dan ditinggalkan oleh tuannya disebabkan satu kesilapan besar yang tidak disengajakan, haiwan yang terkenal dengan gelaran rakan paling baik manusia ini tetap ingin mendampingi tuannya itu. Malah, apabila tuannya berada dalam kesusahan, Ma Eum bersedia untuk melakukan apa sahaja di dalam batas kemampuannya demi membantu tuannya. 

Selain memaparkan kisah pengorbanan seekor anjing, filem ini secara tidak langsung sebenarnya cuba menyindir golongan tertentu dengan menyelitkan tentang isu pengabaian kanak-kanak. Chan dan Seo Yi adalah contoh sepasang kanak-kanak yang bukan sahaja diabaikan oleh keluarga sendiri malah oleh masyarakat sekeliling. Selepas kematian suami, ibu kandung dua beradik malang ini telah meninggalkan mereka berdua di kampung semata-mata untuk mencari kesenangan hidup di tempat lain. Satu-satunya saudara terdekat mereka pula cuba melarikan diri daripada tanggung jawab tersebut dan hanya menganggap kanak-kanak ini sebagai bebanan dalam hidup. Malah, masyarakat sekeliling juga hanya memandang permasalahan dua beradik ini dengan sebelah mata sahaja, sedangkan pada usia yang sebegitu mentah, mereka sepatutnya diberikan perlindungan sewajarnya.

Isu pengabaian dan pengekspoitasian kanak-kanak ini turut dipaparkan berlaku dalam masyarakat bandar. Apabila Chan berhijrah ke Busan untuk mencari ibunya, Chan terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang kerja seharian mereka adalah meminta sedekah. Kanak-kanak ini meskipun pada dasarnya ‘dilindungi’ oleh sekumpulan dewasa, tetapi mereka sebenarnya dipergunakan oleh golongan tersebut sebagai punca pendapatan. Mujurlah Chan muncul dalam hidup mereka dan ‘membebaskan’ kanak-kanak seusia dengannya ini daripada terus hidup dalam cengkaman golongan yang tidak berhati-perut itu.


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Wajib Tonton! ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Berkualiti ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 11 February 2011, in Info Filem, K-Movie and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s