Info Filem: KMovie 2010 – Bangga? Bangga!

 

KMovie 2010 - Bangga? Bangga!

Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 방가?방가!
  • Tajuk (Rumi): Bang-ga? Bang-ga!
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Delighted? Delighted!
  • Tajuk Lain: He’s on Duty / Banga? Banga!
  • Tagline: I am a Good-looking Man Called the Master of Employment
    (얼짱이라 불리는 사나이 취업의 달인 나가신대)
  • Genre: Komedi
  • Syarikat Produksi: Daisy Entertainment
  • Penerbit: Sang Sang Yeok (상상역) Entertainment
  • Pengedar: Cinergy Investment & Distribution
  • Produser: Lee Je Yeong (이제영)
  • Pengarah: Choi Hae Cheol (최해철), Choi Yong Wook (채용욱),
    Yook Sang Hyo (육상효)
  • Penulis Skrip: Yook Sang Hyo (육상효)
  • Penyunting: Park Kok Ji (박곡지)
  • Tarikh Pelancaran: 30 September 2010
  • Tempoh Filem: 110 minit
  • Jumlah Penonton:
  • Kutipan Kasar: KRW 6,873,053,000 [Sehingga 31.10.2010]
  • Lagu Tema:

Pelakon Utama:

  • Kim In Kwon (김인권) sebagai Bang Tae Shik (방태식) / Bang Ga (방가)

Pelakon-pelakon Pembantu:

  • Kim Jeong Tae (김정태) sebagai Yong Cheol (용철) / Kawan sekampung Bang Ga
  • Shin Hyeon Bin (신현빈) As Jang Mi (장미) / ‘Rose‘ / Nguyen Letu / Pendatang asing tanpa izin dari Vietnam
  • Mohammad Asad Zaman Khan sebagai Ali (알리) / Pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh
  • Nazarudin sebagai Rajah (라자) / Nadjarudin Subrapto Man gudilaga / Pendatang asing tanpa izin dari Indonesia
  • Peter Ronald Holman sebagai Charlie (찰리) / Pradeep Kumar Sharesta / Pendatang asing tanpa izin dari Nepal
  • Parviz Eshonkulov sebagai Michael (마이클) / Abdul Habib Azamat / Pendatang asing tanpa izin dari Uzbekistan
  • Shin Jeong Geun (신정근) sebagai Choi Ban-jang (최 반장) / Penyelia Choi [Tidak dikreditkan]
  • Jeon Gook Hwan (전국환) sebagai Hwang Sa-jang (황 사장) / Presiden Hwang
  • Park Yeong Soo (박영수) sebagai Park Kwan Sang (박관상)
  • Kim Kang Hee (김강희) sebagai Miss Hong (미스 홍) / Pembantu Penyelia Kilang
  • Jeong Tae Won (정태원) sebagai Dan Poong (단풍) / Anak Jang Mi
  • Jeong Seok Yong (정석용) sebagai Yook Kyeong Ryong (육경룡) / Yook Jo-sa-gwan (육 조사관) / Inspektor Yook [Kemunculan Istimewa]

Sinopsis Ringkas:
Filem komedi ini mengisahkan tentang Bang Tae Shik yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas berpindah ke Seoul dari sebuah kawasan pedalaman. Oleh kerana wajahnya yang seakan-akan warga Asia Selatan/Tenggara, Bang Tae Shik mudah untuk mendapatkan pekerjaan di kilang-kilang yang menggaji warga asing dengan menyamar sebagai warga asing dari negara Asia tertentu. Walau bagaimanapun, penyamarannya itu terbongkar setiap kali dia terserempak dengan warga asal negara terbabit.

Namun, Bang Tae Shik akhirnya berjaya menyamar sebagai seorang pendatang asing dari Bhutan, iaitu sebuah negara yang tidak terdapat ramai warganya bekerja di Korea Selatan. Dengan memutar-belitkan nama keluarganya, dia menyamar sebagai Bang Ga (방가) dan memulakan hidup baru sebagai salah-seorang pendatang asing tanpa izin di negara kelahirannya sendiri. Di kilang membuat kerusi itu, dia berkenalan dengan ramai pendatang asing dari pelbagai negara. Maka, timbullah pelbagai insiden yang melucukan sewaktu dia cuba untuk menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat yang baru ini dan dalam masa yang sama, cuba untuk terus menyembunyikan identiti sebenarnya agar dapat terus bekerja di kilang tersebut.

Fakta Menarik:
Filem ini masih mampu menarik penonton ke pawagam meskipun tidak dibarisi oleh pelakon terkenal. Walaupun tidak pernah berjaya mencatat kutipan tertinggi untuk mana-mana minggu, filem ini masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai lima filem paling ditonton selama 5 minggu berturut-turut.
[Sumber: HanCinema, AsianMediaWiki]

Fakta Menarik:
Filem pertama Kim In Kwon diberi kepercayaan untuk memegang watak utama.
[Sumber: HanCinema]

Fakta Menarik:
Selain ‘dibanjiri’ pelakon-pelakon dari negara asing, watak warga asing di dalam filem ini turut dilakonkan oleh warga tempatan. Antaranya adalah watak Jang Min, pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Vietnam serta anaknya Dan Poong, dipegang oleh dua warga Korea. Malah, yang paling mengejutkan, watak Charlie seorang PATI dari Nepal, dilakonkan oleh Peter Holman, seorang warga Korea-Amerika, anak kacukan Korea-Inggeris-Jerman.
[Sumber: HanCinema]


Sumber Utama Info: HanCinema

Sumber Video: MyAsianCiNEMA


Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Di sebalik gaya persembahannya yang melucukan, Bangga? Bangga! sebenarnya membawa mesej serius tentang isu pengangguran dan isu pendatang tanpa izin di Korea Selatan. Ia cuba membawa penonton menyelami tentang kesulitan sesetengah warga tempatan dalam mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama, filem ini cuba membawa penonton menyelami tentang keperitan yang dihadapi oleh warga asing di Korea Selatan, terutama golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikatakan membanjiri dan ‘mencuri’ peluang pekerjaan warga tempatan.

Meskipun terdapat beberapa unsur yang menyentuh sensitiviti budaya dan agama masyarakat tertentu secara tidak langsung, filem ini sebenarnya cuba ‘mengajar’ penonton akan erti realiti kehidupan dengan mengetengahkan kisah di sebalik tabir kehidupan PATI-PATI dari beberapa buah negara Asia. Walaupun terpaksa menanggung kerinduan untuk pulang ke negara masing-masing, PATI-PATI ini tetap tabah meneruskan kehidupan demi kepentingan keluarga dan orang tersayang. Dan walaupun tertindas di negara orang, mereka tetap cuba bertahan demi sebuah masa depan yang lebih gemilang.

Dibarisi oleh pelakon-pelakon yang tidak begitu dikenali ramai dan dimonopoli pula oleh wajah-wajah yang mungkin kelihatan begitu asing di mata warga tempatan, pihak produksi filem sebenarnya berhadapan dengan risiko yang besar dari aspek penerimaan masyarakat tempatan terhadap filem ini. Walau bagaimanapun, mungkin kerana sewaktu ia dilancarkan, elemen komedi yang diterapkan di dalam filem ini selaras dengan ‘mood‘ semasa penonton yang inginkan hiburan yang ringan sewaktu musim cuti, maka filem ini berjaya meraih kutipan tiket yang amat memberangsangkan. Meskipun banyak yang perlu diperkemaskan lagi daripada aspek jalan ceritanya, namun filem ini nampaknya berjaya menarik perhatian warga tempatan untuk menonton. Malah, sesuai dengan namanya Bangga? Bangga!, semua pihak yang terlibat dalam produksi filem ini pastinya dapat tersenyum bangga dengan pencapaian yang dinikmati oleh filem ini sepanjang tempoh penayangannya di pawagam tempatan.


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Menarik ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Memuaskan ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 9 February 2011, in Info Filem, K-Movie and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s