Info Filem: KMovie 2010 – The Man From Nowhere

 

KMovie 2010 - The Man From Nowhere (18+)


Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 아저씨
  • Tajuk (Rumi): A-jeo-sshi
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): The Man From Nowhere
  • Tajuk Lain: Mi.st.er
  • Tagline: Nothing to lose, nothing to compromise
  • Genre: Aksi, Jenayah, Thriller Lagak Ngeri
  • Syarikat Produksi: OPUS Pictures
  • Pengedar: CJ Entertainment
  • Penerbit: Lee Tae Heon ()
  • Penerbit Eksekutif: Katharine Kim, Lee Tae Heon (이헌)
  • Pengarah: Lee Jeong Beom (이정범)
  • Penulis Skrip: Lee Jeong Beom (이정범)
  • Penyunting: Kim Sang Beom (김상범), Kim Jae Beom (김재범)
  • Susunan Muzik: Shim Hyeon Jeong (심 현 정)
  • Sinematogafi: Lee Tae Yoon ()
  • Tarikh Pelancaran: 04 Ogos 2010
  • Tempoh Filem: 119 minit
  • Jumlah Penonton: 6,228,300 [6,226,886 sehingga 14.11.2010]
  • Kutipan Kasar: KRW46,682,730,500 [Sehingga 10.10.2010]
  • Lagu Tema: The Man From Nowhere OST (2010) – Lagu berjudul Dear, nyanyian Mad Soul Child

Pelakon-pelakon Utama:

  • Won Bin (원빈) sebagai Cha Tae Shik (차태식)
  • Kim Sae Ron (김새론) sebagai Jeong So Mi (정소미)

Pelakon-Pelakon Tambahan:

  • Kim Tae Hoon (김태훈) sebagai Detektif Kim Chi Gon (김치곤)
  • Kim Hee Won (김희원) sebagai Man Seok (만석) / Ketua Samseng (Penculik So Mi)
  • Kim Seong Oh (김성오) sebagai Jong Seok (종석) / Adik Ketua Samseng
  • Lee Jong Pil (이종필) sebagai No Hyeongsa (노 형사) / Detektif No
  • Thanayong Wongtrakul (타나용 웡트라쿨) sebagai Ramnowan (람로완) / Orang Kanan Ketua Samseng / Lawan Utama Tae Shik
  • Kim Hyo Seo ( 김효서 ) sebagai Park Hyo Jeong (박효정) / Ibu So Mi
  • Song Yeong Chang (송영창) sebagai Oh Myeong Gyu Sajang (오명규 사장) / Presiden Oh Myeong Gyu
  • Baek Soo Ryeon (백수련) sebagai Gaemigul nopa (개미굴 노파) / Nenek tua di sarang ‘semut’ (mangsa culik)
  • Nam Kyeong Eup (남경읍) sebagai Gyejang (계장) / Ketua Bahagian
  • Jeong Do Won (정도원) sebagai Park Hyeongsa (박 형사) / Detektif Park
  • Kwak Byeong Gyoo (곽병규) sebagai Kim Hyeongsa (김 형사) / Detektif Kim
  • Jo Seok Hyeon (조석현) sebagai Moon Dal Seo (문달서)
  • Son Sang-kyeong (손상경) sebagai Bear / Gom ()
  • Lee Jae Won (이재원) sebagai Kim Do Chi (김도치)
  • Hwang Min Ho (황민호) sebagai Nam Seong Shik (남성식)
  • Han Cheol Woo (한철우) sebagai Sachae hoesawon (사채 회사원) / Pekerja syarikat pemiutang persendirian
  • Kwon Seong Deok (권성덕) sebagai Munbanggu noin (문방구 노인) / Lelaki tua penjual di kedai runcit
  • Jo Jae Yoon (조재윤) sebagai Jang Doo Shik (장두식)
  • Jeong Mi Seong (정민성) sebagai Jeong Bo Gwa (정보과)
  • Seon Ho Jin (선호진) sebagai Jae Moon (재문)
  • Hong So Hee (홍소희) Kim Yeon Soo (김연수) / Isteri Tae Shik
  • Yoo Yeon Mi (유연미) sebagai Mi Jin (미진)
  • Lee Sang Hong (이상홍) sebagai Gukjjeongwon 1 (국정원 1) /Ejen National Intelligence Service 1
  • Lee Jeong-min (이정민) sebagai Gukjjeongwon 2 (국정원 2) /Ejen National Intelligence Service 2
    Son Gi-hong (손기홍) sebagai Gukjjeongwon 3 (국정원 3) /Ejen National Intelligence Service 3
  • Dae I (대이) sebagai Killer (킬러) / Pembunuh upahan

Sinopsis Ringkas:
Cha Tae Shik adalah seorang lelaki misteri yang suka menyendiri. Seorang tauke di sebuah kedai pajak gadai lama, kenalannya hanyalah So Mi, seorang gadis kecil yang tinggal di bangunan yang sama. Oleh kerana sering diabaikan oleh ibunya, seorang penari di sebuah kelab malam yang juga seorang penagih dadah, So Mi cuba mencari perlindungan dengan mendampingi Tae Shik yang digelarnya sebagai A-jeo-sshi (아저씨) / Pakcik. Tae Shik tidak begitu ingin mendampingi sesiapa kerana masih lagi diburu oleh tragedi ngeri yang menyebabkan dia kehilangan isteri tersayang serta anak yang dikandung oleh isterinya. Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila So Mi dan ibunya diculik oleh sekumpulan samseng. Dalam usahanya untuk menjejak gadis kecil tersebut, Tae Shik terpaksa keluar daripada kepompongnya dan sedikit demi sedikit, identiti sebenar lelaki ini  mula tercungkil. Tragedi silam yang merubah segala-segalanya dalam hidupnya empat tahun lalu itu juga turut tersingkap.

Fakta Menarik:
Karakter utama iaitu Cha Tae Shik, di dalam skrip yang asal,   adalah seorang lelaki berusia 60-an. Apabila Won Bin menyatakan minat untuk melakonkan watak ini, skrip filem telah dipinda untuk menyesuaikan watak tersebut dengan usia dan personaliti Won Bin.
[Sumber: AsianMediaWiki]

Fakta Menarik:
Untuk menghidupkan lagi wataknya, Won Bin telah melakonkan sendiri kesemua babak-babak aksi dan pergaduhan di dalam filem ini. Antara stunt yang paling meninggalkan kesan adalah sewaktu ‘Tae Shik’ terpaksa melompat terjun dari sebuah tingkat sewaktu dikejar oleh polis. Dengan bantuan wayar, Won Bin (bersama seorang jurukamera yang turut berlari di belakangnya) terjun dari tingkap tersebut. Untuk babak pergaduhan pula, Won Bin diberikan bimbingan dan latihan terperinci oleh Park Jeong Ryeol, seorang pengarah lagak aksi (action director) yang telah mempelajari hampir kesemua seni mempertahankan diri yang ada di dunia ini, termasuklah Seni Silat.
[Sumber: AsianMediaWiki, AllKPop, CinemaToday]

Fakta Menarik:
Filem ini dinobatkan sebagai filem paling popular tahun 2010 dengan kutipan sebanyak 6,228,300 tiket untuk sepanjang tempoh 3 bulan penayangannya di pawagam. Filem ini berjaya mengekalkan kedudukan tertinggi selama 5 minggu berturut-turut.
[Sumber: AsianMediaWiki]

Fakta Menarik:
Filem ini bukan sahaja berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa tetapi juga adalah antara filem Korea Selatan yang meraih anugerah paling banyak sepanjang tahun 2010. Berikut adalah senarai majlis serta anugerah-anugerah yang dimenangi:

  • The 19th Philadelphia Film Festival (14-24 Oktober 2010)
    • Anugerah ‘Graveyard Shift Special Mention
  • The 47th Daejong Film Awards (29 Oktober 2010)
    • Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor): Won Bin
    • Suntingan Terbaik (Best Editing): Kim Seong Beom, Kim Jae Beom
    • Kesan Visual Terbaik (Best Visual Effects): Jeong Do An
    • Anugerah Artis Popular (Popularity Award): Won Bin
  • The 8th Korean Film Awards (18 November 2010)
    • Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor): Won Bin
    • Pelakon Baru Wanita Terbaik (Best New Actress): Kim Se Ron
    • Sinematografi Terbaik (Best Cinematography): Lee Tae Yoon
    • Pencahayaan Terbaik (Best Lighting): Lee Chol Oh
    • Suntingan Terbaik (Best Editing): Kim Seong Beom, Kim Jae Beom
    • Kesan Visual Terbaik (Best Visual FX): Park Jeong Ryeol
    • Susunan Muzik Terbaik (Best Music): Shim Hyeon Jeong
  • The 31st Blue Dragon Film Awards (26 November 2010)
    • Anugerah Teknikal (Technical Award)
    • Filem Paling Popular (Most Popular Film) – berdasarkan jualan tiket
    • Anugerah Bintang Paling Popular (Most Popular Stars): Won Bin
  • The 13th Director’s Cut Awards (17 Disember 2010)
    • Produser Terbaik (Best Producer): Lee Tae Heon

[Sumber: AsianMediaWiki]


Sumber Utama Info: HanCinema, Wikipedia, AsianMediaWiki

Sumber Video: MyAsianCiNEMA


Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Filem The Man from Nowhere ini tidak sesuai untuk tatapan penonton golongan muda kerana ia mengandungi aksi-aksi ganas yang melampau. Sebenarnya 花火 Hana-bi bukanlah penggemar drama atau filem yang ber’genre’ sebegini, tetapi filem ini berjaya membuatkan 花火 Hana-bi terpaksa mengakui yang ianya adalah salah-sebuah filem wajib tonton untuk tahun 2010. Meskipun terpaksa ‘skip beberapa babak yang dirasakan kurang elok untuk santapan mata, namun secara keseluruhan filem ini berjaya membuatkan 花火 Hana-bi ‘tersangkut’.

Mutu lakonan yang ditunjukkan oleh para pelakonnya adalah antara kekuatan utama filem ini. Lakonan Won Bin selaku watak utama sememangnya harus dipuji. Selain berjaya melakonkan adegan-adegan lasak dengan baik, beliau juga berjaya membawa penonton menyelami keperitan yang dirasainya ketika dia kehilangan isteri dan anak tersayang. Perasaan yang sama juga berjaya dizahirkan sewaktu dia hampir-hampir berputus asa kerana menyangka So Mi telah mati dibunuh dengan kejam.

Seorang lagi aktor yang 花火 Hana-bi rasakan paling penyerlah dalam filem ini adalah Kim Seong Oh yang memegang watak sebagai adik ketua samseng. Meskipun beliau pernah memegang watak samseng dalam KDrama 2010 – Giant, namun lakonan beliau di dalam filem ini kelihatan begitu realistik dan benar-benar membuatkan 花火 Hana-bi berasa gerun pada wataknya. Malah, beliau berjaya keluar sama sekali daripada imej gila-gila Setiausaha Kim yang ditunjukkan dalam KDrama 2010 – Secret Garden.

Walau bagaimanapun, kredit paling banyak pastinya harus diberikan kepada Lee Jeong Beom selaku pengarah dan penulis skrip bagi filem ini. Beliau bukan sahaja berjaya menonjolkan adegan-adegan yang mungkin bisa membuatkan penonton terjegil atau terpana, tetapi bijak menawan hati penonton dengan adegan-adegan menyayat hati yang diselitkan di dalam filem ini. Di sebalik unsur-unsur ganas yang tidak berperi kemanusiaan yang ditonjolkan di dalam filem ini, masih terdapat unsur-unsur kemanusiaan yang pastinya menyentuh hati sesiapa yang menonton. Syabas juga kepada kru produksi filem The Man from Nowhere ini yang lain yang telah bertungkus-lumus menghasilkan filem yang sememangnya layak untuk digelar sebagai salah-sebuah drama terbaik Korea Selatan.


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Wajib Tonton! ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Hebat! ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Thursday, 3 February 2011, in Info Filem, K-Movie and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s