Info Filem: KMovie 2010 – Cyrano Agency

 

KMovie 2010 - Cyrano Agency


Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul): 시라노;연애조작단
  • Tajuk (Rumi): Shi-ra-no; Yeon-ae-jo-jak-dan
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Cyrano Agency
  • Tajuk Lain: Cyrano; Dating Agency
  • Tagline: Making her fall in love with you in top secret
  • Genre: Komedi Percintaan
  • Pengarah: Kim Hyeon Seok (김현석)
  • Penulis Skrip: Kim Hyeon Seok (김현석)
  • Tarikh Pelancaran: 16 September 2010
  • Tempoh Filem: 119 minit
  • Jumlah Penonton: 2,709,268 (sehingga 21.11.2010) 2,710,000
  • Kutipan Kasar: KRW19,676,431,500 (sehingga 31 Oktober 2010)
  • Lagu Tema: Cyrano Agency OST

Pelakon-Pelakon Utama:

  • Eom Tae Woong (엄태웅) sebagai Byeong Hoon (병훈)
    / ‘Pengarah‘ Cyrano Agency
  • Lee Min Jeong (이민정) sebagai Hee Joong (희중)
    / Bekas teman Wanita Byeong Hoon
  • Choi Daniel (최 다니엘) sebagai Sang Yong (상용)
    / Klien Cyrano Agency
  • Park Shin Hye (박신혜) sebagai Min Yeong (민영)
    / Kru Cyrano Agency

Pelakon-Pelakon Tambahan:

  • Park Cheol Min (박철민) sebagai Cheol Bin (철빈) / ‘Penulis Skrip’ Cyrano Agency /
  • Jeon Ah Min (전아민) sebagai Jae Pil (재필) / Kru Cyrano Agency
  • Song Sae Byeok (송새벽) sebagai Hyeon Gon (현곤) / Klien Cyrano Agency
  • Ryoo Hyeon Kyeong (류현경) sebagai Seon Ah (선아) /  Gadis idaman Hyeon Gon
  • Lee Mi Do (이미도) sebagai So Yoon (소윤) / Kawan Seon Ah
  • Kim Yeong Moo (김영무) sebagai Kawan Byeong Hoon
  • Bae Yoon Beom (배윤범) sebagai Kawan Byeong Hoon
  • Kim Il Woong (김일웅) sebagai Dae Hyeon (대현)  [Penampilan Istimewa]
  • Lee Dae Yeon (이대연) sebagai Pendita (목사) [Penampilan Istimewa]
  • Kwon Hae Hyo (권해효) sebagai Kwon Sajang (권 사장) / Presiden Kwon / Ketua Ah Long [Penampilan Istimewa]
  • Kim Ji Young (김지영) sebagai Yoo Mi (유미) / Kawan Hee Joong [Penampilan Istimewa]

Sinopsis Ringkas:
Cyrano Agency adalah sebuah agensi pencari jodoh yang ditubuhkan dan digerakkan oleh sekumpulan empat penggiat seni teater. Demi mencari dana untuk menghidupkan semula aktiviti teater yang mereka gemari dan dengan beribu-pejabatkan sebuah teater lama yang kosong, mereka membantu klien-klien yang bermasalah dalam mencari jodoh dengan cara yang sungguh unik. Menggunakan bakat dan pengalaman mereka dalam dunia lakonan, agensi ini akan mencipta suasana yang dramatis dan romantis bagi membantu klien mereka menawan hati pasangan idaman masing-masing. Walau bagaimanapun, masalah timbul apabila seorang lelaki muncul dan meminta mereka membantunya menawan hati seorang gadis. Gadis tersebut secara kebetulan adalah bekas teman wanita Byeong Hoon iaitu ‘Pengarah’ Cyrano Agency yang selama ini bertindak sebagai ‘mastermind‘ atau dalang utama dalam setiap perancangan agensi mereka. Oleh kerana masih menaruh perasaan terhadap si gadis, Byeong Hoon menghadapi dilema dan terpaksa membuat pilihan antara perasaan dengan kerjaya.

Fakta Menarik:
Filem dan nama ‘Cyrano Agency‘ diinspirasikan daripada teater hasil tulisan Edmond Rostand yang berjudul “Cyrano de Bergerac“. Teater yang dipersembahkan pada tahun 1897 ini mengisahkan tentang Cyrano yang membantu Christian menulis surat cinta untuk Roxane sedangkan dia juga sebenarnya menyintai Roxane. Ketiga-tiga watak dalam filem ‘Cyrano Agency‘ ini iaitu watak Byeong Hoon, Hee Joong dan Sang Yong ada persamaan dengan watak Cyrano, Roxanne dan Christian dalam teater tersebut.
[Sumber: Wikipedia]

Fakta Menarik:
Filem ini menduduki tempat ketiga dalam carta ‘box-office‘ Korea Selatan dengan kutipan sebanyak 265,553 tiket sewaktu hujung minggu pertama penayangan rasminya (17 – 19 September 2010). Hanya seminggu kemudian, ia berjaya menduduki tempat pertama dengan kutipan sebanyak 428,103 tiket untuk penayangan pada hujung minggu 24 – 26 September 2010. Filem ini berjaya mengekalkan kedudukan tertinggi tersebut selama 3 minggu berturut-turut.
[Sumber: AsianMediaWiki]

Fakta Menarik:
Lee Min Jeong adalah artis yang paling banyak memenangi anugerah pada tahun 2010 untuk filem ini. Sewaktu ‘The 47th Daejong Film Awards’ yang berlangsung pada 29 Oktober 2010, Lee Min Jeong berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik (Best New Actress) dan Anugerah Artis Popular (Popularity Award). Anugerah pelakon baru wanita terbaik juga diterimanya  sewaktu ‘The 31st Blue Dragon Film Awards‘ dan sewaktu ‘The 13th Director’s Cut Awards‘ yang masing-masing berlangsung pada 26 November dan 17 Disember 2010. Sewaktu ‘The 31st Blue Dragon Film Awards‘, selain daripada Lee Min Jeong, pengarah dan juga penulis skrip filem ini iaitu Kim Hyeon Seok (김현석) turut menerima anugerah iaitu Anugerah Lakon Layar Terbaik (Best Screenplay).
[Sumber: AsianMediaWiki]


Sumber Utama Info: HanCinema, AsianMediaWiki

Sumber Video: MyAsianCiNEMA


Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Filem ini pada dasarnya mempunyai konsep yang agak baik dengan persoalan yang cuba dibangkitkan juga agak menarik, tetapi gaya persembahan jalan ceritanya membuatkan filem ini tidak terasa begitu meninggalkan kesan di hati penonton. Meskipun penulis skrip filem ini diiktiraf sebagai penulis lakon layar terbaik dan meskipun pelakon wanita utamanya memenangi banyak anugerah menerusi filem ini, namun bagi 花火 Hana-bi, filem ini tidak terserlah kehebatannya. Buktinya, untuk menulis ulasan ringkas inipun, 花火 Hana-bi terpaksa menonton filem ini sekali lagi bagi mendapatkan semula ‘mood‘ atau ‘feeling‘ sewaktu menontonnya buat pertama kali lebih kurang 2 minggu yang lalu.

Setelah menontonnya buat kali kedua pada hari ini, 花火 Hana-bi menjadi semakin yakin bahawa kekuatan filem ini sebenarnya tidak terletak kepada jalan ceritanya tetapi lebih bergantung kepada kepopularitian para pelakonnya. Pemilihan Eom Tae Woong, Lee Min Jeong, dan Park Shin Hye sebagai pendukung utama filem ini dilihat sebagai satu strategi bijak yang dibuat oleh pihak produksi. Ini kerana, pelakon lelaki utamanya iaitu Eom Tae Woong, bukan sahaja telah lama bertapak di dalam bidang seni tetapi baru sahaja memenangi anugerah ‘Male Top Excellence Award’ sewaktu ‘The 2009 MBC Drama Awards‘ Menerusi KDrama 2009 – Queen Seon Deok. Lee Min Jeong yang namanya mulai melonjak naik sejak awal 2009  selepas berlakon dalam KDrama 2009 – Boys Over Flowers juga bukan calang-calang pelakon kerana beliau baru sahaja memenangi anugerah ‘New Star Award‘ menerusi KDrama 2009 Smile, You. Malah, seorang lagi pelakon wanita utamanya iaitu Park Shin Hye, juga adalah pemenang anugerah yang sama pada majlis yang sama, iaitu ‘The 2009 SBS Drama Awards‘ menerusi KDrama 2009 – You’re Beautiful.

Memandangkan pelakon-pelakon utama flem ini sememangnya sedang sangat popular, maka kemunculan mereka pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat masing-masing. Oleh itu, tidak hairanlah apabila filem ini begitu mendapat sambutan di pawagam meskipun jalan ceritanya tidaklah begitu menonjol dan memberikan kesan kepada hati penonton. Meskipun terdapat banyak babak komedi spontan yang pastinya mencuit hati dan beberapa babak percintaan yang romantik, namun filem ini tidak dirasakan layak untuk dinobatkan sebagai salah-sebuah filem terbaik Korea Selatan untuk tahun 2010.


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ OKlah ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Memuaskan ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————


About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Monday, 31 January 2011, in Info Filem, K-Movie and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s