Info Drama: KDrama 2010 – Sungkyunkwan Scandal

 

KDrama 2010 - Sungkyunkwan Scandal

Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul):성균관 스캔들
  • Tajuk (Rumi): Sung-kyun-kwan Seu-kaen-deul
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): Sungkyunkwan Scandal
  • Tajuk Alternatif: Seongkyunkwan Scandal
  • Genre: Komedi Percintaan, Drama Bersejarah
  • Syarikat Produksi: Lemon Rain / Raemongraein (래몽래인)
  • Pengurus Produksi: Lee Hyeon Wook (이현욱)
  • Ketua Penerbit: Kwak Ki Won (곽기원)
  • Penerbit: Yoo Geon Shik (유건식)
  • Pengarah: Kim Won Seok (김원석), Hwang In Hyeok (황인혁)
  • Penulis Asal: Jeong Eun Gwol (윤선주)
  • Penulis Skrip: Kim Tae Hee (김태희)
  • Bil. Episod: 20
  • Purata Rating Penonton: 10.1% (Korea)
    [Sumber: TNS Media Korea, dipetik dari DramaWiki]
  • Stesen Penyiaran: KBS2
  • Tarikh Siaran: 30 Ogos 2010 hingga 02 Nov 2010
  • Waktu Siaran: Isnin & Selasa 21:55
  • Laman Web Rasmi: http://www.kbs.co.kr/drama/scandal/
  • Lagu Tema: Sungkyunkwan Scandal OST
    (Tarikh Dikeluarkan: 16 September 2010)

Pelakon-Pelakon Utama:
Jal-geum Sa-in-bang (잘금 사인방)

  • Park Min Yeong (박민영) sebagai Kim Yoon Hee (김윤희) / Kim Yoon Shik (김윤식) / Dae-mul
  • Micky Yoochun (믹키유천) / Park Yoo Cheon (박유천) sebagai Lee Seon Joon (이선준) / Ga-rang
  • Song Joong Ki (송중기) sebagai Goo Yong Ha (구용하) / Yeo-rim
  • Yoo Ah In (유아인) sebagai Moon Jae Shin (문재신) / Geor-o

Pelakon-Pelakon Tambahan:

  • Seo Hyo Rim (서효림) sebagai Ha Hyo Eun (하효은) / Boo-yeong-ha
  • Kim Min Seo (김민서) sebagai Cho Seon (초선) / Gisaeng (Pelayan)
  • Jeon Tae Soo (전태수) sebagai Ha In Soo (하인수) / Ketua Badan Pelajar Sungkyunkwan
  • Kang Seong Pil (강성필) sebagai Im Byeong Choon (임병춘) / Pengikut Ha In Soo
  • Kim Dong Yoon (김동윤) sebagai Seol Go Bong (설고봉) / Pengikut Ha In Soo
  • Chae Byeong Chan (채병찬) sebagai Park Dal Jae (박달재) / Kang Moo (강무) / Pengikut Ha In Soo
  • Ahn Nae Sang (안내상) sebagai Jeong Yak Yong (정약용) / ‘Doktor’/Profesor Jeong / Profesor di Seongkyunkwan
  • Park Geun Soo (박근수) sebagai Yoo Chang Ik (유창익)
  • Kim Ha Gyoon (김하균) sebagai Choi Shin Mook (최신묵)
  • Kim Yeong Bae (김영배) sebagai Go Jang Bok (고장복)
  • Im Yeong Pil (임영필) sebagai Ham Choon Ho (함춘호) / Penuntut/Sarjana di Seongkyunkwan
  • Kim Jeong Gyoon (김정균) sebagai Ahn Do Hyeon (안도현) / Penuntut/Sarjana di Seongkyunkwan
  • Jang Se Hyeon (장세현) sebagai Kim Woo Tak (김우탁) / Penuntut/Sarjana di Seongkyunkwan
  • Hwang Chan Woo (황찬우) sebagai Bae Hae Won (배해원) / Penuntut/Sarjana di Seongkyunkwan
  • Joo Ah Seong (주아성) sebagai Nam Myeong Shik (남명식) / Penuntut/Sarjana di Seongkyunkwan
  • Lee In (이인) sebagai Park Dal Jae (박달재) / Penuntut/Sarjana di Seongkyunkwan
  • Jo Seong Ha (조성하) sebagai Maharaja Jeongjo (정조)
  • Kim Gap Soo (김갑수) sebagai Lee Jeong Moo (이정무) / Menteri Kiri Tertinggi (Ketua Menteri) / Bapa Lee Seon Joon
  • Lee Jae Yong (이재용) sebagai Ha Woo Gyoo (하우규) / Menteri Peperangan (Menteri Pertahanan) / Bapa Ha In Soo dan Ha Hyo Eun
  • Choi Dong Joon (최동준) sebagai Moon Geun Soo (문근수) / Menteri Keadilan (Ketua Hakim) / Bapa Moon Jae Shin
  • Kim Ik Tae (김익태) sebagai Chae Je Gong (채제공) / Perdana Menteri
  • Kim Mi Kyeong (김미경) sebagai Ibu Kim Yoon Hee dan Kim Yoon Shik / Puan Jo / Mr. Jo’s wife (조씨 부인)
  • Han Yeon (한연) sebagai Kim Yoon Shik (김윤식) / Adik Kim Yoon Hee
  • Park Dong Bin (박동빈) sebagai Byeong-pan-jip-sa (병판집사) / Kepala Pelayan Menteri Peperangan
  • Kim Kwang Gyoo (김광규) sebagai Hwang Ga (황가) / Pemilik Kedai Buku
  • Ryoo Dam (류담) sebagai Soon Dol (순돌) / Pembantu Peribadi Lee Seon Joon
  • Seong Hyeon Joo (성현주) sebagai Beo Deul (버들)
  • Im Yoon Jeong (임윤정) sebagai Aeng Aeng (앵앵) / Gisaeng (pelayan)
  • Jeong Hye Mi (정혜미) sebagai Seom Seom (섬섬) / Gisaeng (pelayan)
  • Lee Min Ho (이민호) sebagai Bok Soo (복수) / Jom-do-duk (좀도둑) / Pencuri di Seongkyunkwan
  • Kim Dan Yool (김단율) sebagai Bok Dong (복동) / Budak pekerja di Seongkyunkwan / Adik Bok Soo
  • Park Cheol Min (박철민) sebagai Yoon Hyung Goo (윤형구) / Han-seong-bu Gwa-nwon (한성부 관원) / Pegawai Kerajaan Hanseongbu (Pegawai Istana)
  • Lee Dal Hyung (이달형) sebagai Bapa Goo Yong Ha
  • Lee Won Jong (이원종) sebagai Bomoh Bak Soo [Penampilan Istimewa, Episod 8]
  • Oh Na Mi (오나미) sebagai Kawan Ha Hyo Eun [Penampilan Istimewa, Episod 10]
  • Bang Joon Seo (방준서) sebagai Kim Yoon Hee sewaktu kecil (berusia 10 tahun)

Sinopsis Ringkas:
Jal-geum Sa-in-bang
(잘금 사인방) / Jalguem Empat Sekawan adalah watak sekumpulan remaja pemuda di zaman Dinasti Joseon yang menjadi tunggak utama jalan cerita drama ini. Jal-geum Sa-in-bang terdiri daripada empat pelajar atau sarjana di Sungkyunkwan/Seongkyunkwan (성균관) iaitu institusi pengajian di bawah pemantauan istana yang mendidik bakal-bakal pegawai kerajaan yang terpilih. Keempat-empat remaja pemuda ini mempunyai personaliti yang cukup berbeza.

Kim Yoon Hee/Kim Yoon Shik adalah remaja ‘pemuda’ bersemangat waja dari kelas bawahan yang terpaksa berdikari sejak dari usia yang amat muda disebabkan kematian bapa. Kim Yoon Hee sebenarnya adalah seorang gadis, namun disebabkan desakan hidup, dia terpaksa menyamar sebagai lelaki dengan menggunakan nama adik lelakinya, Kim Yoon Shik. Apabila dia ditawarkan untuk belajar di Seongkyunkwan (성균관) di bawah arahan Maharaja, Kim Yoon Hee terpaksa meneruskan penyamarannya kerana hanya lelaki yang diterima masuk untuk belajar di Seongkyunkwan (성균관) atau mana-mana institusi pengajian. Selaku remaja pemuda yang pintar dan gemar mencari ilmu, Kim Yoon Hee tidak dapat melepaskan peluang keemasan ini dengan begitu sahaja. Tambahan pula, elaun yang diperolehi sewaktu belajar di Seongkyunkwan (성균관) dapat membantu kewangan keluarganya terutama membantu dalam membiayai kos perubatan adik lelakinya itu.

Lee Seon Joon adalah remaja pemuda dari golongan bangsawan kelas atasan yang tidak pernah kenal erti kepayahan dan ingin sentiasa hidup dengan berpegang teguh kepada prinsip dan peraturan yang dipelajarinya sejak kecil. Lee Seon Joon bukan sahaja seorang yang pintar dari segi akademik, malah dia juga hebat dalam bersukan. Selain daripada memiliki paras yang menarik, kedudukannya selaku anak pegawai kerajaan yang tertinggi membuatkan Lee Seon Joon begitu disegani. Oleh kerana dia membesar dalam persekitaran yang baik dan semua orang menghormatinya, Lee Seon Joon tidak pernah berasa teragak-agak untuk melakukan sesuatu seandainya dia merasakan yang perbuatan itu adalah betul. Malah, dia juga tidak pernah berasa takut untuk meluahkan sebarang pendapat dan membuat teguran kepada sesiapa sahaja, termasuk kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dilihatnya menyeleweng atau menyalah-gunakan kuasa masing-masing. Ini menyebabkan Lee Seon Joon tidak begitu disenangi oleh sesetengah pihak.

Ahli ketiga Jal-geum Sa-in-bang (잘금 사인방), Goo Yong Ha adalah remaja pemuda dari sebuah keluarga yang berada. Oleh kerana dia dibesarkan dalam serba kemewahan, Goo Yong Ha sangat suka berpoya-poya dan boros ketika berbelanja. Dia juga sama seperti Lee Seon Joon yang tidak pernah mengenal tentang erti kepayahan hidup. Sikapnya yang peramah, ceria dan sedikit keanak-anakan membuatkan dia sangat disenangi oleh rakan-rakan sarjana yang lain. Kelemahan Goo Yong Ha adalah dia takut untuk berhadapan dengan kesusahan. Oleh sebab itu, dia selalu menggunakan pelbagai tipu-helah bagi mengelakkan dirinya daripada terbabit dengan sebarang aktiviti yang boleh mengundang masalah kepada dirinya. Di sebalik sikapnya itu, Goo Yong Ha berhati mulia dan gemar membantu orang lain yang di dalam kesusahan.

Manakala, ahli keempat iaitu Moon Jae Shin pula adalah remaja pemuda yang suka memberontak dan sering terburu-buru dalam tindak-tanduknya. Meskipun berasal dari sebuah keluarga bangsawan dan meskipun dia pada asalnya dibesarkan dalam persekitaran yang baik dan terdidik, namun tragedi yang berlaku dalam keluarganya 10 tahun yang lalu membuatkan Moon Jae Shin berubah menjadi remaja pemuda yang pemarah. Tragedi yang meragut nyawa satu-satunya abang kandung kesayangannya itu membuatkan Moon Jae Shin hilang arah. Oleh kerana terkilan dengan sikap bapanya yang disangkakan tidak langsung ambil peduli akan kematian abangnya, maka Moon Jae Shin meluahkan rasa tidak puashatinya itu menerusi tindak-tanduknya.

Walau bagaimanapun, Seongkyunkwan (성균관) mempertemukan keempat-empat remaja ‘pemuda’ ini (sebenarnya 3 pemuda dan 1 pemudi :)). Meskipun mereka datang dari latar-belakang keluarga yang berbeza dan meskipun mereka mempunyai personaliti yang saling berlawanan, namun pelbagai insiden yang ditempuh sewaktu di Seongkyunkwan (성균관) membuatkan mereka menjadi sahabat yang sangat akrab. Malah, pengalaman-pengalaman itu membuatkan keempat-empat remaja ‘pemuda’ yang sebelum ini terlalu mentah dalam mengenal erti kehidupan sebenar, akhirnya semakin hari menjadi semakin matang. Bagi Lee Seo Joon dan Goo Yong Ha yang selama ini hidup di dalam zon selesa, mereka mula belajar yang dunia ini tidak semestinya berputar sebagaimana yang mereka gambarkan atau impikan. Bagi Kim Yoon Hee/Kim Yoon Shik dan Moon Jae Shin pula, mereka yang selama ini pesimis dan menganggap wujudnya ketidakadilan dalam hidup mereka, mula belajar bagaimana untuk lebih menghargai kehidupan yang terbentang di hadapan mata.

Fakta Menarik:
Idea asal drama Sungkyunkwan Scandal (SKK Scandal) ini digarap daripada novel terkenal yang ditulis oleh Jeong Eun Gwol (정은궐) berjudul “The Lives of Sungkyunkwan Confucian Scholars (성균관 유생들의 나날)buku 1 dan 2. Novel-novel ini mula diterbitkan pada tahun 2007 dan kemudian disemak dan diulang-cetak pada tahun 2009. Babak di dalam kedua-dua novel ini telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh yogurutu, salah-seorang peminat fanatik SKK Scandal.
[Sumber: Wikipedia , Soompi ]

Fakta Menarik:
Gandingan empat sekawan yang digelar sebagai  Jal-geum Sa-in-bang (잘금 사인방) / Jalgeum Quartet/Foursome di dalam drama ini dinobatkan sebagai ‘F4 Dinasti Joseon‘ kerana persamaan mereka dengan F4 (four flower boys) zaman kini.

Fakta Menarik:
Drama  ini adalah drama pertama Kim Tae Hee (김태희) bekerja secara solo menulis skrip untuk sebuah drama berunsurkan sejarah. Sebelum ini, Kim Tae Hee pernah bekerja sebagai pembantu Yoon Seon Joo (윤선주), penulis skrip yang popular menerusi KDrama 2006 – Hwang Jin Yi. Mereka pernah bekerjasama dalam penulisan skrip KDrama 2004 – The Immortal Lee Soon-shin dan KDrama 2008 – Dae Wang Sejong / The Great King Sejong
[Sumber: HanCinema, HanCinema, DramaWiki]

Fakta Menarik:
Meskipun catatan ‘rating‘ bagi drama ini tidak begitu menggalakkan, namun SKK Scandal sebenarnya adalah drama yang ditunggu ramai terutamanya oleh peminat-peminat TVXQ/DBSK/Dong Bang Shin Ki (동방신기), sebuah kumpulan K-Pop yang begitu popular di Korea dan juga di Jepun. Ini kerana, salah-seorang penyanyi kumpulan tersebut iaitu Micky Yoochun adalah pelakon utama drama ini. Buktinya, bukan sahaja lokasi penggambaran dikerumuni peminat, malah laman web rasmi SKK Scandal crash‘ sebaik sahaja ia dibuka kepada umum pada 12 Julai 2010 kerana dikerumi peminat yang tidak sabar-sabar menanti kemunculan drama ini.
[Sumber: bnt news+Yuaerubi, kredit kepada tohosomnia.net, diterjemahkan oleh jeeelim5 @ tohosomnia.net, dipetik oleh Daily KPop News]

Fakta Menarik:
SKK Scandal adalah drama pertama Micky Yoochun memegang watak utama. Lakonan Micky mendapat pujian ramai pihak terutama daripada Ketua Penerbit drama ini. Kwak Ki Won (곽기원) memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Micky dalam menjiwai watak yang diberikan serta gembira kerana bakat Micky dilihat semakin berkembang sepanjang penggambaran drama ini. Wakil CJES Entertainment, syarikat pengurusan JYJ/Micky, turut memuji kesungguhan Micky. Malah, lakonan Micky turut diiktiraf oleh pihak KBS apabila Micky diberikan Anugerah Bakat Baru Kategori Pelakon Lelaki (Newcomer Actor Award) sewaktu “The 2010 KBS Drama Awards“.
[Sumber: AllKPop – dipetik dari Union News]

Fakta Menarik:
OST – Selain berlakon, Micky turut menyanyi. Hero Jaejoong dan Xiah Junsu (2 lagi ahli JYJ) turut menyumbangkan suara. Ini adalah penglibatan pertama YJY di dalam lagu tema drama setelah ‘terpisah’ daripada TVXQ/DBSK dan sejak JYJ ditubuhkan pada April 2010.

Fakta Menarik:
SKK Scandal adalah antara drama yang paling banyak merangkul anugerah sewaktu “The 2010 KBS Drama Awards” yang berlangsung pada penghujung tahun 2010. Berikut adalah anugerah-anugerah yang dimenangi oleh pelakon-pelakon drama ini:

  • Anugerah Pelakon Wanita Cemerlang Kategori Drama Novela (Excellence Award – Novella Drama – Actress): (Park Min Young)
  • Anugerah Bakat Baru Bintang Harapan Kategori Pelakon Lelaki (Newcomer Actor Award): Micky Yoochun
  • Anugerah Pelakon Popular (Popularity Award): Song Joong Ki
  • Anugerah Pelakon Popular Pilihan Pelayar Internet (Netizens’ Award): Park Min Young dan Micky Yoochun
  • Anugerah Pasangan Terbaik (Best Couple Award): Park Min Young dengan Micky Yoochun
  • Anugerah Pasangan Terbaik (Best Couple Award): Song Joong Ki dengan Yoo Ah In

Fakta Menarik/Kurang Menarik:
Pada asalnya, watak Kim Yoon Hee ditawarkan kepada aktres Jeong Da Yeong (정다영). Jeong Da Yeong dikhabarkan telahpun turut-serta dalam fasa awal penerbitan SKK Scandal untuk proses pembacaan skrip tetapi kemudiannya menarik diri atas beberapa alasan. (Sewaktu penarikan diri itu dibuat, Jeong Da Yeong masih lagi terlibat dalam penggambaran untuk drama bersiri keluarga, KDrama 2010Happiness in the Wind / A Good Day For The Wind To Blow) Walau bagaimanapun, pemilihan Park Min Yeong selaku pengganti Jeong Da Yeong dibuat hanya beberapa hari selepas selepas berita penarikan diri ini Jeong Da Yeong diumumkan, memandangkan penggambaran untuk SKK Scandal telahpun bermula.
[Sumber: TVreport+Yuaerubi,  kredit kepada tohosomnia.net, diterjemahkan oleh jeeelim5 @ tohosomnia.net, dipetik oleh gems @ Soompi]
[Sumber: JoongAng Ilbo Japan + baiduTVXQ + Mr Park,  kredit kepada OneTVXQ.com, diterjemahkan oleh kimuchi3005 @ OneTVXQ.com, dipetik oleh gems @ Soompi]

Fakta Menarik:
SKK Scandal bukan sahaja diminati oleh peminat-peminat KPop dan KDrama, tetapi turut diminati oleh golongan artis. Antara artis terkenal yang pernah secara terbuka menyatakan minat mereka kepada drama ini adalah: aktres Kim Tae Hee (KDrama 2009 – IRIS, KDrama 2011 – My Princess) dan Lee Yo Won (KDrama 2009 – Seondeok, KDrama 2007 – Surgeon Bong Dal Hee), aktor Song Il Gook (KDrama 2006 – Jumong) serta penyanyi Younha / Go Yoon Ha (고윤하), penyanyi muda dari Korea yang terkenal di Korea dan juga Jepun.
[Sumber: Han-Xing News TV Daily @ TVXQBaidu, kredit kepada OneTVXQ.com, diterjemahkan oleh halo92 @ OneTVXQ.com, dipetik oleh TwistedStars, Daily KPop News]

Fakta Menarik:
SKK Scandal dinobatkan sebagai drama pilihan untuk tahun 2010 oleh 10Asia. Meskipun tidak dapat disifatkan sebagai drama terbaik dari segi pembikinannya, namun drama ini disifatkan sebagai drama yang paling meninggalkan kesan di hati penonton. Dipetik daripada kata-kata pengkritik drama, Yoon Hee Seong:

many dramas make the viewer laugh or cry but rarely do they make the heart beat with such passion

…banyak drama mampu membuatkan penonton ketawa ataupun menangis tetapi jarang yang mampu membuatkan jantung penonton berdegup (hati penonton terpesona) sedemikian rupa…

[Sumber: 10Asia, dilaporkan oleh Choi Ji Eun (five@10Asia), disunting oleh Lee Ji Hye (seven@10Asia) dan Jessica Kim (jesskim@10Asia), dipetik oleh HanCinema ]

Sumber Utama Info: DramaWikiHanCinema, Soompi

Sumber Video: DramaCrazy

Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi :
SKK Scandal mengetengahkan pergolakan jiwa yang dihadapi oleh golongan remaja muda dalam usaha mereka meniti alam kedewasaan di dalam dunia yang sarat dengan ketidakadilan dalam politik dan di dalam masyarakat yang mementingkan harta serta kedudukan. Meskipun berlatar-belakangkan kehidupan remaja pemuda di zaman silam Dinasti Joseon (lebih 200 tahun yang lalu), namun drama yang berunsurkan sejarah ini cukup relevan dengan remaja golongan muda di zaman sekarang.

Dipersembahkan dalam gaya yang lebih santai dan melucukan, drama ini cuba membawa penonton untuk lebih memahami perasaan serta cabaran yang dihadapi oleh remaja golongan muda dalam usaha mencari identiti masing-masing. Drama ini juga cuba membawa penonton untuk lebih memahami pendirian serta respon remaja golongan muda terhadap tindak-tanduk ibubapa masing-masing. Bergantung kepada persepsi remaja pemuda/belia terbabit, ada remaja pemuda/belia yang menjadikan ibubapa mereka sebagai idola dan ada pula yang menjadikan ibubapa sebagai ‘musuh’.

Elemen komedi yang diterap di dalam SKK Scandal membuatkan drama yang membawa topik agak berat ini berjaya dipersembahkan dalam gaya yang menghiburkan. Selain daripada menampilkan beberapa ahli komedi sebagai ‘penghias’ drama, elemen komedi turut dapat dilihat menerusi nama-nama gelaran yang diberikan kepada Jal-geum Sa-in-bang (잘금 사인방) / Jalguem Empat Sekawan. Meskipun ada sedikit unsur lucah dalam sesetengah gelaran, seperti gelaran ‘Dae-mul‘ dan ‘Yeo-rim‘ yang masing-masing diberikan kepada watak Kim Yoon Hee/Kim Yoon Shik dan Goo Yong Ha, tetapi ia merupakan antara suntikan komedi yang berkesan di dalam drama ini.

Gelaran ‘Dae-mul‘ yang diberikan kepada Yoon Hee/Yoon Shik adalah sempena kejayaan beliau menawan hati Cho Seon, gisaeng (pelayan) di zaman mereka yang paling diminati lelaki kerana paling susah didekati. ‘Dae-mul‘ secara literalnya bermaksud ‘barang/benda besar’ yang mana barang/benda ini merujuk kepada barang/benda yang dimiliki oleh kaum lelaki.

Gelaran ‘Yeo-rim‘ yang diberikan kepada Goo Yong Ha adalah disebabkan perangainya yang kaki perempuan. ‘Yeo-rim‘ secara literalnya bermaksud ‘rimbun/rimba wanita’ yang mana ia merujuk kepada benda yang dimiliki oleh kaum wanita.

Gelaran ‘Ga-rang‘ diberikan kepada Lee Seon Joon kerana dia dianggap sebagai lelaki bujang paling sesuai untuk dijadikan calon suami. ‘Ga-rang‘ secara literalnya bermaksud ‘elemen suami idaman’ yang merujuk kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh Lee Seon Joon yang serba sempurna, baik dari segi keturunan, harta mahupun fizikal.

Gelaran ‘Geor-o‘ yang diberikan kepada Moon Jae Shin pula melambangkan sikapnya yang suka memberontak. ‘Geor-o‘ secara literalnya bermaksud ‘kuda gila’. Gelaran ini sesuai benar dengan sikap Moon Jae Shin yang suka memberontak dan tidak suka dikongkong.

Malah, gelaran Jal-geum Sa-in-bang‘ yang diberikan kepada empat sekawan ini pada asalnya diberikan oleh sekumpulan gisaeng (pelayan) yang terpesona dengan rupa-paras yang dimiliki oleh keempat-empat remaja ‘pemuda’ ini. Jal-guem (잘금) secara kasarnya adalah merujuk kepada respon yang dirasai oleh wanita setiap kali terpandang lelaki yang menarik perhatian.

‘Resepi’ kejayaan drama ini adalah sama seperti ‘resepi’ yang pernah digunakan oleh KDrama 2010 – Cinderella’s Sister (CS). Karakter yang dinamik, jalan cerita yang mantap dan realistik, props yang menarik, lagu tema rasmi (OST) yang bersesuaian dengan mood cerita, serta kru penggambaran yang berdedikasi adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan drama ini berjaya menarik perhatian penonton. Meskipun mutu lakonan yang ditunjukkan mungkin tidak setanding dengan mutu lakonan yang pernah ditunjukkan oleh pelakon-pelakon CS, namun ia sudah berada pada tahap yang membanggakan. Malah, SKK Scandal sekali lagi berjaya membuktikan yang Korea Selatan kaya dengan bakat-bakat muda yang bakal menjadi pelapis untuk terus mewarnai dunia hiburan Korea.

Micky Yoochun adalah antara contoh bakat muda yang berjaya digilap menerusi drama ini. Meskipun belum boleh dinobatkan sebagai bintang yang berada separas dengan bintang-bintang muda seusia dengannya seperti Jang Geun Seok dan Moon Geun Yeong, namun Micky dan juga pelakon-pelakon muda yang lain dalam drama ini berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu untuk digelar sebagai pelakon berbakat, hasil kesungguhan diri serta berkat asuhan mereka-mereka yang berpengalaman. Semoga bintang-bintang baru ini akan terus menerangi langit Korea dan langit kita semua dengan cahaya yang bergemerlapan.

Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ Wajib Tonton! ]
  • Kualiti Drama Secara Keseluruhan: [ Hebat! ]

———————————————————————————————————————
Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan pemahaman dari sumber-sumber yang telah dinyatakan di atas. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati drama yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————
*Nota: Info drama ini telah dikemaskini paling akhir pada 03 Febuari 2011


remaja pemuda

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 21 January 2011, in Info Drama, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. i really love this drama..the casts and the story are really fun & entertaining..the song (OST) also great..2 thumbs up!!..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s