Catatan 花火 Hana-bi: ‘Merry Christmas’ dan ‘Happy New Year’ Telahpun Berakhir

'Merry Christmas' ♥ 'Happy New Year'

Sudah dua minggu ‘Merry Christmas‘ dan ‘Happy New Year‘ meninggalkan kita. Bagi peminat-peminat setia KDrama, anda pastinya tahu yang kata-kata 花火 Hana-bi ini tidak merujuk kepada sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2011 yang baru sahaja berlalu tetapi adalah merujuk kepada KDrama 2010 – Mary Stayed Out All Night / Marry Me, Mary (MMM) yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan penayangan episod terakhirnya pada 28 Disember 2010.

Meskipun tidak berjaya mencatat ‘rating‘ yang membanggakan untuk bilangan peratusan rakyat Korea Selatan yang menontonnya, iaitu dengan ‘rating‘ purata sebanyak 6.0% sahaja, namun bagi 花火 Hana-bi, drama yang diadaptasi dari novel Internet popular ini berjaya menghiburkan penonton dengan adegan-adegan humor yang bersahaja. Malah, drama ini berjaya menonjolkan kembali sifat keremajaan yang ada dalam diri Moon Geun Yeong (MGY), pelakon yang memegang watak utama sebagai Mary (Wi Mae Ri), yang selama ini ‘tenggelam’ disebabkan MGY terlalu kerap memegang watak-watak serius menerusi drama/filem/teater lakonannya sejak kebelakangan ini.

Gandingannya dengan Jang Geun Seok (JGS) yang juga merupakan seorang pelakon muda berbakat besar, sememangnya dinantikan oleh para peminat Geun-Geun Couple ini. Maka 花火 Hana-bi tidak berasa hairan apabila mereka dinobatkan sebagai antara pasangan terbaik menerusi Anugerah Drama KBS 2010 (2010 KBS Drama Awards) pada 31 Disember yang lalu. Pasangan muda ini sememangnya digemari ramai penonton apabila mereka dinobatkan sebagai artis popular dalam majlis yang sama; MGY memenangi Anugerah Artis Popular (Popularity Award – menerusi KDrama 2010 – Cinderella’s Sister) manakala JGS pula memenangi Anugerah Netizen (Netizen’s Award) menerusi drama MMM ini. Nota: MGY memenangi Anugerah Kecemerlangan Teratas (Top Excellence Award) untuk kategori pelakon wanita menerusi KDrama 2010 – Cinderella’s Sister.

Jang Geun Seok n Moon Geun Yeong di '2010 KBS Drama Awards'

Meskipun pelakon MMM yang lain tidak memenangi sebarang anugerah dan meskipun KBS terpaksa berentap hebat dengan SBS menerusi KDrama 2010 – Giant yang telah bersiaran sejak bulan Mei 2010, MMM masih mampu tersenyum bangga kerana berjaya mengharungi pelbagai rintangan sewaktu proses penerbitannya. Tidak cukup dengan siaran episod kelimanya yang ditangguhkan kerana memberi ruang kepada Sukan Asia, pihak kru penerbitan MMM terpaksa pula berdepan dengan antara cabaran paling besar yang terpaksa dihadapi oleh mana-mana kru penerbitan apabila penulis skrip drama ini menarik diri sewaktu di pertengahan episod. Penarikan diri ini dikhabarkan adalah disebabkan oleh rasa kecewa penulis skrip tersebut ke atas catatan ‘rating‘ yang dikutip oleh MMM saban minggu. Walau bagaimanapun, cabaran ini tidak langsung membantutkan kesungguhan para pelakon dan kru penerbitan untuk terus menjayakan MMM. Malah, sejak digantikan dengan penulis skrip yang baru, Go Bong Hwang (고봉황), 花火 Hana-bi dapat merasakan yang jalan cerita drama ini lebih menarik dan jenakanya lebih mengesankan. Oleh itu, 花火 Hana-bi ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan drama ini, terutamanya kepada MGY dan JGS kerana masih setia bersama MMM serta sanggup berganding bahu untuk terus memberikan yang terbaik kepada peminat-peminat setia KDrama.

Meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran, 花火 Hana-bi berharap ini bukanlah penghalang bagi pasangan MGY-JGS untuk terus digandingkan bersama dalam drama-drama lain pada masa yang akan datang. Mungkin dengan skrip yang lebih mencabar, dengan kru penerbitan yang lebih berpengalaman, maka bakat sebenar mereka akan dapat diserlahkan lagi. Sama-samalah kita nantikan…

Merry Christmas‘ n ‘Happy New Year

| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 12 January 2011, in Catatan 花火 Hana-bi, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s