Catatan 花火 Hana-bi: ‘Geun-Geun Couple’ – Gandingan Hebat Yang Dinanti-nantikan!

Gandingan hebat: Moon Geun Yeong & Jang Geun Seok

Drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia KDrama akhirnya muncul jua. Isnin, 8 November 2010 dan Selasa, 9 November 2010 menyaksikan penayangan episod pertama dan kedua sebuah lagi drama yang bakal mewarnai industri hiburan Korea Selatan. Drama yang menggandingkan dua pelakon muda berbakat besar, iaitu Jang Geun Seok (JGS) dan Moon Geun Yeong (MGY) pastinya menggembirakan ramai peminat yang selama ini menantikan kemunculan ‘pasangan’ tersohor ini. Drama yang dimaksudkan adalah KDrama 2010 – Mary Stay Out All Night, atau dikenali juga sebagai Marry Me, Mary. Gandingan Jang Geun Seok () – Moon Geun Yeong () memang sudah lama dinantikan terutama oleh peminat-peminat yang gemar menobatkan ‘pasangan’ ini sebagai ‘Geun-Geun Couple‘. Meskipun di luar kaca TV mereka bukanlah (ataupun belum lagi) bergelar pasangan kekasih yang sebenar, namun disebabkan mereka mempunyai banyak persamaan dari segi latar-belakang kerjaya, malah mempunyai nama yang bermula dari pangkal yang sama (iaitu Geun ), maka pasangan ini sering dikaitkan bersama serta sering menjadi tumpuan dan bahan gosip pihak media dan juga peminat. Malah, JGS dan MGY sendiri mengakui bahawa mereka juga sebenarnya sudah lama ternanti-nantikan peluang ini dan segera bersetuju dengan tawaran yang diberikan apabila mendapat tahu mereka bakal digandingkan bersama. Malah, JGS sendiri turut merayu kepada pihak produksi agar mengubah jadual penggambaran bagi membolehkan beliau terlibat dalam drama ini. Nota: JGS baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk sebuah filem KMovie 2010 – You’re My Pet yang diadaptasi dari manga (komik Jepun) ‘Kimi wa Petto‘, dan MGY pula baru selesai dengan pementasan teater berjudul ‘Closer‘). Bagi 花火 Hana-bi, gandingan ini sememangnya dinantikan, bukan kerana  花火 Hana-bi menggemari (shipping for) pasangan Geun-Geun ini, tetapi kerana 花火 Hana-bi telah lama mengkagumi bakat yang dimiliki oleh kedua-dua pelakon muda tetapi berpengalaman ini. Meskipun 花火 Hana-bi lebih gemar seandainya JGS digandingkan sekali lagi dengan Park Shin Hye, pasangannya dalam KDrama 2009 – You’re Beautiful, namun sebagai peminat setia drama Korea yang mementingkan mutu lakonan, 花火 Hana-bi semestinya gembira dengan gandingan baru ini.

Moon Geun Yeong yang comel

Malah, 花火 Hana-bi juga sebenarnya sudah lama menantikan kemunculan MGY dalam drama atau filem yang konsepnya lebih ringan dan yang lebih sesuai dengan usia dan perwatakan sebenar MGY. Mungkin kerana kerjayanya sebagai pelakon telah bermula sejak di awal remaja, kebanyakan watak yang dipegang oleh MGY kebelakangan ini dirasakan terlalu matang berbanding usia sebenar MGY yang baru mencecah 23 tahun. Meskipun MGY sengaja berbuat demikian kerana ingin membuang imej ‘gadis kecil Korea’nya itu, namun disebabkan dia mempunyai saiz tubuh yang kurus dan kecil serta wajahnya juga comel, maka MGY tetap kelihatan muda seperti remaja belasan tahun atau di awal dua puluhan. Jadi, untuk drama kali ini, 花火 Hana-bi gembira dengan pilihan MGY kerana akhirnya dapat menyaksikan MGY dalam imej yang lebih ceria, sebagaimana imej yang pernah dipertontonkan menerusi drama ‘hit‘nya KDrama 2000 – Autumn in My Heart / Endless Love dan menerusi filem KMovie 2004 – My Little Bride. Watak Wi Mae Ri (Mary) yang dipegangnya dalam KDrama 2010 – Mary Stay Out All Night / Marry Me, Mary (MMM) ini adalah 100% berbeza dengan watak serius Eun Jo yang pernah dipegang dalam KDrama 2010 – Cinderella’s Sister. Nota: 花火 Hana-bi secara peribadi lebih menggemari tajuk ‘Marry Me, Mary’ berbanding tajuk ‘Mary Stay Out All Night’ untuk drama terbaru MGY ini kerana singkatan untuk tajuk tersebut, ‘MMM‘ adalah sama dengan akronim yang pernah digunakan untuk nama gelaran yang diberikan oleh Ki Hoon kepada Eun Jo dalam KDrama 2010 – Cinderella’s Sister. Dalam drama tersebut, ‘MMM‘ = ‘Mi Malo Muchacha’ bermaksud ‘my bad girl‘. 花火 Hana-bi turut gembira dengan watak Kang Moo Kyeol yang dipegang oleh JGS dalam KDrama MMM ini, kerana ia kelihatan lebih sesuai dengan usia JGS dan lebih santai. JGS, sepertimana MGY, juga sering melakonkan watak yang lebih matang daripada usia sebenarnya. Malah, disebabkan terlalu banyak melakonkan watak-watak yang serius, raut wajah JGS kelihatan jauh lebih matang berbanding MGY meskipun mereka sebenarnya adalah sebaya (JGS juga sebenarnya 3 bulan lebih muda daripada MGY).

'Kang Moo Kyeol'

Drama yang diadaptasi dari komik Internet yang popular ini sekali lagi bakal menonjolkan bakat JGS dalam bidang nyanyian. Meskipun ada yang menganggap watak Kang Moo Kyeol (KMK) ini serupa dengan watak Hwang Tae Kyeong (HTK) yang dipegang oleh JGS dalam KDrama 2009 – You’re Beautiful, namun JGS menyifatkan KMK dan HTK sebagai dua insan dari dua dunia yang berlainan, kerana perwatakan mereka yang jauh berbeza. Tidak sabar rasanya untuk menunggu episod seterusnya pada minggu hadapan. Selain daripada mempertemukan dua bakat besar, JGS dan MGY, cerita asal untuk KDrama MMM ini juga ditulis oleh Won Soo Yeon (원수연), pengarang sama yang pernah popular menerusi karya ‘manhwa’nya (komik Korea) yang diadaptasi ke dalam bentuk drama, KDrama 2004 – Full House. Malah, skrip untuk drama ini diolah oleh penulis skrip berpengalaman, In Eun Ah (인은아) yang pernah menulis skrip untuk drama hebat KDrama 2006 – Goong / Imperial Household / Princess Hours.

Pelakon-pelakon Utama MMM

Ber’genre‘kan komedi percintaan, drama ini dirasakan mampu menghilangkan kedahagaan peminat yang selama ini menanti-nantikan kemunculan dua artis hebat ini, terutama peminat-peminat MGY yang sudah lama tidak menyaksikan pelakon muda ini dalam imej yang comel dan ceria. Nota: Pelakon-pelakon utama dalam drama ini, JGS dan MGY serta dua pelakon utama yang lain, Kim Jae Wook (김재욱) dan Kim Hyo Jin (김효진), dikatakan memegang watak yang sama dengan usia sebenar mereka. Semoga mereka dapat melakonkan watak-watak yang diberikan dengan lebih berkesan kerana sesuai dengan usia dan penampilan masing-masing.

Selamat menonton!  

| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Wednesday, 10 November 2010, in Catatan 花火 Hana-bi, Info Artis, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Seronoknya hari ini kerana dapat menonton Episod 1 dan 2 drama MMM bersama sarikata Bahasa Inggeris. Pada mulanya 花火 Hana-bi berasa sedikit gusar kerana tidak dapat menonton drama ini menerusi Viikii.net kerana ‘channel’ MMM di Viikii.net telah disekat oleh KBS2.

    W/b/manapun, setelah puas mencari, akhirnya terjumpa beberapa sumber lain. Terima kasih kepada m.i.d.n.i.g.h.t.d.r.e.a.m.s. kerana menyediakan terjemahan untuk drama yang ceria dan menyeronokkan ini. Akhirnya dapat jua menonton pasangan Geun-Geun dengan aksi dan dialog yang melucukan.

    Rating 花火 Hana-bi untuk Episod 1 dan 2……… 5 bintang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s