Adegan Menarik Episod 11: KDrama 2009 – You’re Beautiful

———————————————————————————————————————
| Info || Fakta Menarik || Ulasan || Fanfic || Sinopsis || Adegan Menarik ||Paparan Skrin |
———————————————————————————————————————

Adegan Menarik: KDrama 2009 – You’re Beautiful
Episod |
1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11 || 12 || 13 || 14 || 15 || 16 |

Episod 11

Senarai Adegan Menarik

Adegan HTK ternampak pin rambut pemberiannya tercicir di atas lantai dewan, tetapi belum sempat dicapainya, pin tersebut dipijak orang lalu rosak

Adegan di bilik persalinan A.N.Jell selepas GMN berjaya dibawa keluar dari dewan:

  • Shin Woo berlagak seolah-olah dia marah kerana berasa tertipu selama ini tetapi sempat memuji GMN yang dikatakan kelihatan cantik sebagai perempuan
  • Jeremy juga berpura-pura marah sehinggakan renungannya yang tajam benar-benar membuatkan GMN berasa takut
  • Semua yang ada di situ terkejut apabila Jeremy tiba-tiba mencium dahi GMN dan kemudian menjerit kegembiraan
  • Oleh kerana terlalu gembira, Jeremy cuba untuk memeluk GMN pula tetapi tindakannya segera dihalang oleh HTK dan Shin Woo

Adegan ‘teman wanita Shin Woo’ dibawa keluar dari bilik persalinan: Sebenarnya Koordinator Wang dijadikan mangsa dan terpaksa menyamar selaku teman wanita Shin Woo dengan bertukar pakaian dengan GMN untuk mengelabui mata wartawan yang sedia menunggu di luar bilik

Adegan sewaktu A.N.Jell berempat sedang berjalan menghampiri van untuk dibawa pulang dan kemudian terserempak dengan YHY:

  • YHY cuba berlagak ‘innocent‘, tetapi sebaik sahaja rancangan jahatnya dibongkar HTK, serta-merta dia bertukar ke perangai sebenarnya
  • Akhirnya Shin Woo dan Jeremy sedar tentang sikap sebenar YHY yang berselindung di sebalik imej ‘Bidadari Kecil Negara’nya itu

Adegan sewaktu ibu saudara GMN pergi untuk berjumpa dengan Mo Hwa Ran di hotel tempatnya menginap untuk mendapatkan duit royalti hasil lagu ciptaan bapa GMN:

  • Ibu saudara GMN terjumpa gambar pasangan GMN adik-beradik dan bapanya yang terbiar di atas meja dan mula mengesyaki adanya pertalian istimewa antara keluarganya itu dengan Mo Hwa Ran
  • Sewaktu ke tandas, dia terserempak dengan Mo Hwa Ran terbaring pengsan di dalam tab mandi
  • Sewaktu membantu, dia ternampak parut pada perut Mo Hwa Ran dan mula mengesyaki sesuatu

Adegan di rumah apabila Jeremy yang cemburu tidak benarkan GMN tidur di bilik HTK lagi: Selepas memberikan ‘arahan’, Jeremy cuba mengangkat keluar beg GMN untuk membantunya berpindah tetapi tidak terangkat beg tersebut kerana terlalu berat

Sewaktu berpindah keluar dari bilik HTK, GMN berasa sedih kerana dia ingin membawa keluar ‘pig-rabbit‘ bersama tetapi tidak berani menyatakan keinginannya itu kerana takut kepada HTK.

Adegan HTK mencampakkan pin rambut pemberiannya yang telah rosak dipijak orang itu ke dalam tong sampah:

  • HTK tersinggung kerana menyangka GMN sengaja tidak mahu membawa ‘pig-rabbit‘ bersamanya sewaktu berpindah kerana tidak menghargai ‘pig-rabbit‘ pemberiannya
  • HTK sebenarnya menyangka yang GMN tidak menghargai ‘pig-rabbit’ sebagaimana dia tidak menghargai dan terlupa akan pin rambutnya yang tercicir di dalam dewan
  • HTK tidak tahu yang GMN sedang bersedih kerana kehilangan pin rambut kesayangannya buat kali kedua

Adegan di pasaraya apabila A.N.Jell berempat keluar membeli-belah bagi mengadakan parti sempena pelancaran ‘single‘ pertama GMN:

  • Adegan HTK ‘mengejek-ejek’ GMN dan membuat perbandingan antara GMN dengan nama gelarannya ‘pig-rabbit’ kerana berasa cemburu apabila melihat GMN begitu seronok sewaktu memilih makanan bersama-sama Shin Woo serta Jeremy:
    • Sewaktu GMN memberitahu Shin Woo yang dia tidak pandai memilih buah berdasarkan bau harum buah, HTK mengomel seorang diri, mengejek apalah gunanya GMN berhidung ‘cik babe’ kalau dia tidak pandai menghidu
    • Sewaktu mendengar GMN berjanji yang dia akan membantu Jeremy menyediakan jus setiap pagi sambil memegang bungkusan lobak merah, HTK mengejek dia bakal melihat ‘si arnab’ meminum jus lobak merah setiap pagi
  • Adegan HTK cuba menghalang Jeremy yang cuba untuk memeluk GMN:
    • Jeremy gembira dengan apabila GMN berjanji untuk membantunya menyediakan jus setiap pagi, lalu dia sekali lagi cuba untuk memeluk GMN bagi menyatakan kegembiraannya
    • HTK menarik Jeremy ke belakang dan kemudiannya menzip baju ber’hood’ yang dipakai Jeremy sehingga menutupi mukanya
    • Untuk menjustifikasikan perbuatannya itu, HTK memberitahu kepada GMN yang dia tidak sepatutnya membiasakan diri dan membiarkan sahaja Jeremy yang telah terbiasa dengan budaya barat itu melakukan perbuatan ‘tidak senonoh’ sedemikian terhadap GMN
  • Adegan Jeremy terjumpa ais lolipop (ais krim) iaitu produk pertama yang pernah mereka iklankan sebelum ini dan mula mencadangkan agar mereka melakonkan semula aksi dalam iklan tersebut:
    • HTK dan Shin Woo kedua-duanya sepakat menegah Jeremy daripada meneruskan niatnya itu tetapi Jeremy tidak langsung ambil pusing akan larangan itu
    • Jeremy tanpa segan-silu bercerita kepada GMN tentang apa yang mereka lakukan untuk iklan produk tersebut dan berjanji akan menunjukkan rakaman video iklan tersebut kepada GMN setelah kembali ke rumah
    • Apabila Jeremy mula mencadangkan agar mereka mencari satu-persatu produk yang pernah mereka iklankan, Shin Woo dan HTK yang segan dengan tindakan Jeremy itu mula melarikan diri
    • Shin Woo dan HTK kemudiannya terpengaruh dan secara tidak langsung terlibat sama apabila Jeremy tersilap melakonkan semula iklan mi segera yang pernah mereka iklankan sebelum ini
  • Adegan sewaktu HTK, Shin Woo dan Jeremy melakonkan semula aksi dalam iklan coklat ANGEL:
    • Jeremy membacakan slogan yang digunakan untuk iklan coklat tersebut sambil HTK dan Shin Woo beraksi menunjukkan gaya memegang coklat yang menggoda
    • Ketiga-tiga mereka bagaimanapun kemudiannya berasa menyampah sewaktu melakonkan semula iklan tersebut
    • Komen HTK: “Menggelikan” (Iklan tersebut membuatkan dia rasa geli-geleman)
    • Komen Shin Woo: “Coklat benar-benar mencair” (Shin Woo mengejek slogan untuk iklan produk tersebut: “Mencairkan bibir si dia”)
    • Komen Jeremy: “Iklan produk mi segera lebih baik daripada iklan yang ini (Jeremy juga berasa menyampah dengan iklan tersebut yang terlalu ‘cheesy’)
    • Hanya GMN yang merasakan semua itu menarik dan bergembira dengan ‘pengalaman’ yang ditempuhinya
  • Adegan Jeremy cuba untuk memeluk GMN sekali lagi tetapi kali ini dihalang oleh HTK dan juga Shin Woo:
    • Jeremy cuba memeluk GMN kerana gembira apabila GMN berkata yang dia seronok menyaksikan aksi mereka
    • HTK dan Shin Woo yang baru hendak berlalu dari situ kerana berasa menyampah dan segan disebabkan Jeremy asyik mengingatkan mereka kepada iklan-iklan yang memalukan, segera berpatah balik apa menyedari Jeremy cuba untuk memeluk GMN
    • Untuk ‘menyelamatkan’ GMN, mereka berdua segera menarik GMN dari situ, yang waktu itu sedang duduk di dalam troli

Adegan di hadapan kaunter pembayaran sewaktu HTK sedang menunggu Jeremy dan Shin Woo yang masih belum selesai membeli-belah:

  • HTK ternampak ada pelekat tanda harga melekat di rambut GMN dan mula mengejek yang ianya ‘sesuai’ benar dengan GMN sebagai hiasan kepala
  • GMN mencabut pelekat tersebut dari rambutnya dan sebaik sahaja melihatkan tanda harga 3000 Won pada pelekat itu, ia terus mengingatkan GMN kepada pin rambut pemberian HTK yang juga berharga 3000 Won (lebih kurang AS$3) (Nota: HTK membayar 100,000 Won untuk membeli pin tersebut)
  • GMN terpaksa berterus-terang kepada HTK yang dia telah terhilangkan pin pemberian HTK itu sekali lagi dan terkejut apabila HTK memberitahunya yang pin tersebut telah tercicir di dewan dan telah rosak dipijak orang
  • Sewaktu HTK menyuruhnya agar membuangkan sahaja pin yang rosak itu, GMN ingin memberitahu HTK yang dia tidak mungkin berbuat demikian terhadap pin kesayangannya itu, namun niatnya terhalang apabila sederetan troli tiba-tiba muncul
  • GMN hampir-hampir terjatuh sewaktu cuba mengelak daripada dirempuh oleh troli-troli tersebut tetapi Shin Woo sempat membantu dan menariknya ke tepi dengan memeluk pinggang GMN
  • Tindakan Shin Woo itu membuatkan HTK bertambah cemburu dan dia bertindak ‘memulaukan’ GMN dan membiarkan GMN terkulat-kulat di situ cuba untuk menyambung semula perbualan mereka yang terputus tiba-tiba

Imaginasi HTK sewaktu memikirkan apa sebenarnya yang cuba diperkatakan oleh GMN apabila HTK menyarankan agar GMN membuangkan sahaja pin rambut yang telah rosak itu (sebelum insiden GMN hampir-hampir dirempuh troli sewaktu di pasaraya):

  • Imaginasi 1: GMN dengan nada mengejek bersetuju dengan saranan HTK itu memandangkan pin rambut yang cuma berharga 3000 Won itu telahpun rosak
    => HTK lekas-lekas menafikan kerana dia tahu GMN yang begitu hormat/takut kepadanya itu tidak akan berani berkata sedemikian
  • Imaginasi 2: GMN menyatakan perasaan leganya atas kehilangan pin tersebut memandangkan dia tidak sampai hati hendak membuangnya meskipun berasa segan setiap kali memakainya kerana ia barang murah
    => HTK lekas-lekas menafikan kerana dia tahu GMN sayang akan pin itu. Buktinya, GMN begitu gembira sewaktu HTK berjaya mendapatkan kembali pin tersebut sewaktu ia dirampas oleh YHY sebelum ini
  • Imaginasi 3: GMN menyatakan yang dia tidak akan tergamak membuang pin pemberian HTK yang sangat berharga baginya itu dan akan berusaha mendapatkan semula pin tersebut

Adegan HTK terkenangkan perbualannya dengan GMN di bawah pokok semasa mereka sedang berehat selepas insiden HTK dikejar babi sewaktu di kampung GMN:

  • HTK sebenarnya memang menyedari bahawa GMN sedang menangis waktu itu, tetapi dia cuba meyakinkan dirinya yang tangisan itu adalah kerana GMN teringatkan Shin Woo, bukan disebabkan dirinya
  • HTK masih cuba menafikan adanya kemungkinan GMN menyukai dirinya

Adegan HTK pergi mencari GMN di dewan setelah tidak berjaya menemui GMN meskipun telah mencari di serata rumah:

  • Meskipun dia cuba menyatakan pada dirinya yang GMN tidak mungkin akan pergi ke dewan pada tengah-tengah malam itu semata-mata untuk mencari pin rambut pemberiannya, HTK tetap juga pergi mencari GMN di dewan berkenaan kerana risaukan GMN
  • Apabila sampai di dewan, HTK mendapati lampu dewan terpasang tetapi GMN tiada di situ
  • HTK menyangka telahannya adalah tepat sekali, tetapi dia tidak tahu bahawa GMN waktu itu sedang bersembunyi di sebalik deretan kerusi yang berlipat kerana tidak mahu kehadirannya disedari sesiapa
  • Kerana hati kecilnya kuat mengatakan GMN akan datang ke situ untuk mencari pin rambutnya, HTK sengaja meletakkan kembali pin tersebut di ‘tempat asal’ agar mudah dijumpai GMN
  • Sewaktu hendak meninggalkan dewan, dia terdengar bunyi bising (GMN terlanggar kerusi sewaktu cuba hendak bangun), tetapi HTK terpaksa bergegas meninggalkan dewan kerana mendapat panggilan penting daripada pengurus ibunya

Adegan pertemuan antara HTK dengan ibunya di bilik hotel selepas HTK dipaksa datang menemui si ibu yang terlantar ‘sakit’:

  • Ibu HTK terus-terusan memaksa HTK memenuhi permintaannya agar menggubah semula lagu ciptaan kekasihnya dan cuba menggunakan ‘sakit’ sebagai alasan untuk menagih simpati daripada HTK:
    • Mo Hwa Ran memberitahu HTK yang dia tidak mempunyai semangat untuk meneruskan hidup selepas kehilangan lelaki yang dicintainya itu
    • Mo Hwa Ran memberitahu HTK yang hanya lagulah itu yang dapat memberikannya kekuatan untuk meneruskan hidup
  • Si ibu yang begitu mementingkan diri itu tidak langsung menyedari bahawa permintaannya itu amat melukakan hati HTK
  • Kerana sakit hati kerana terus dihujani dengan permintaan yang tidak berasas itu, dan untuk mengelakkan daripada terus dipanggil berjumpa dengan si ibu serta terpaksa mendengar rintihan si ibu tentang cintanya yang ‘agung’ itu, HTK akhirnya terpaksa bersetuju untuk membantu menggubah semula lagu sebagaimana yang diminta ibunya

Adegan sewaktu HTK kembali ke rumah dan terserempak dengan GMN sedang duduk di dapur dengan dua jarinya ‘tercantum’:

  • Sebaik sahaja ternampak akan GMN, HTK segera mendapati GMN kerana dia ingin tahu ke mana sebenarnya GMN telah menghilang sepanjang malam itu
  • GMN yang telahpun berjaya menemukan semula pin rambutnya, terpaksa berbohong bagi mengelakkan HTK daripada mengetahui yang dia telah pergi ke dewan untuk mencari pin tersebut
  • Apabila HTK terperasankan jarinya yang telah ‘tercantum’ itu, GMN terpaksa berbohong sekali lagi dengan mengatakan yang jarinya telah tercantum sewaktu dia cuba mencantumkan cawan yang pecah (sedangkan dia sebenarnya baru selesai mencantumkan semula pin yang rosak itu sewaktu HTK tiba-tiba muncul)
  • Kerana kasihankan GMN (atau lebih tepat lagi kerana kasihkan GMN :)), HTK cuba membantu GMN menanggalkan gam tersebut dari jari GMN

Adegan sewaktu HTK sedang asyik membantu GMN menanggalkan gam pada jarinya yang ‘tercantum’:

  • GMN sebagaimana biasa, memohon maaf kerana terpaksa menyusahkan HTK buat kesekian kalinya
  • HTK sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada GMN kerana disebabkan insiden jari tercantum itu, dia berjaya meletakkan ke tepi konflik yang sedang melanda hatinya saat itu
  • HTK sebenarnya masih berasa berat hati kerana terpaksa bersetuju dengan permintaan ibunya yang tidak munasabah itu atas dasar prihatin terhadap si ibu
  • Meskipun HTK tidak menyatakan kepada GMN siapa yang telah menyebabkan dia berkeadaan begitu, namun daripada apa yang diceritakan oleh HTK kepadanya, GMN dapat meneka siapa yang dimaksudkan oleh HTK
  • GMN berasa bersedih dan turut bersimpati dengan HTK apabila dia teringatkan semula kata-kata mengguris hati yang pernah diluahkan oleh ibu HTK sewaktu terdengar perbualan antara dua beranak itu pada hari jadi HTK tempoh hari
  • Jenaka GMN ketika cuba menghiburkan HTK: Seandainya dia tahu yang HTK sedang bersedih tika itu, bukan sedar dua jari, malah kesepuluh-sepuluh jari ingin dilekatkan agar HTK dapat mengalihkan perhatiannya daripada masalah yang dihadapinya
  • Tersentuh dengan jenaka GMN itu, HTK beberapa kali menghadiahkan senyuman yang manis kepada GMN
  • Tindakan HTK itu membuatkan hati GMN menjadi berdebar-debar, lalu diapun melakukan aksi hidung ‘cik babe’ sekali lagi bagi ‘mengawal perasaannya’
  • HTK yang tidak menyenangi perbuatan GMN itu akhirnya bertanya kepada GMN adakah sebarang rahsia di sebalik perbuatannya itu tetapi GMN yang takut hatinya dapat dibaca oleh HTK segera menafikan adanya rahsia di sebalik semua itu

Reaksi peminat-peminat A.N.Jell selepas berita tentang Shin Woo mempunyai teman wanita akhirnya sampai ke telinga mereka: Mereka menangis sambil melaungkan ucapan tahniah kepada Shin Woo (sebagaimana yang dilakukan sewaktu mereka mendapat tahu tentang ‘hubungan cinta’ antara HTK dengan YHY sebelum ini)

Reaksi Pengurus Ma dan HTK sewaktu terdengar perbualan antara Shin Woo dengan GMN tentang ‘gadis idaman’ Shin Woo:

  • GMN berjanji akan bersemuka dengan gadis tersebut bagi menjelaskan tentang status sebenar hubungannya dengan Shin Woo kerana bimbang berita tersebut menjejaskan hubungan antara Shin Woo dengan ‘gadis idamannya’ itu
  • Pengurus Ma mula risaukan keadaan GMN kerana dia menyangka GMN benar-benar menaruh perasaan terhadap Shin Woo dan akan terluka teruk disebabkan perbuatannya itu
  • HTK yang turut terdengar perbualan itu cuba meyakinkan Pengurus Ma yang GMN tidak akan berani berbuat demikian demi maruah dan kepentingan diri
  • HTK sebenarnya cuba untuk meyakinkan dirinya sendiri kerana GMN yang dikenalinya sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan orang lain, lebih-lebih lagi demi Shin Woo yang telah banyak berjasa dalam hidupnya

Perbualan antara GMN dengan ibu saudaranya yang bercadang meninggalkan rumah selepas berjaya mendapatkan bayaran royalti daripada Mo Hwa Ran:

  • Ibu saudara GMN menggunakan alasan untuk menguruskan bisnes bagi meninggalkan rumah tersebut selepas dalam diam berjaya memperolehi duit hasil lagu gubahan bapa GMN
  • Kerana tamakkan harta dan kerana tidak mahu GMN menyedari akan hal itu, dia bertindak untuk ‘lari’ dari rumah tersebut
  • GMN yang lega kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh ibu saudaranya telah selesai, membiarkan sahaja ibu saudaranya meninggalkan rumah tersebut tanpa mengesyaki apa-apa

Perbualan antara Mo Hwa Ran dengan pengurusnya – Mo Hwa Ran kini sudah mendapat tahu tentang keberadaan kedua-dua anak kembar Go Jae Hyeon dan mula berminat untuk berjumpa dengan seorang anak Go Jae Hyeon

Adegan di taman rekreasi sewaktu kesemua ahli A.N.Jell beriadah bersama-sama Jolie (anjing peliharaan Jeremy):

  • HTK sengaja hendak mengenakan GMN kerana cemburu dengan kemesraan antara GMN dengan Shin Woo:
    • Dalam perlawanan badminton, dia sengaja meletakkan GMN di pasukan lawan bersama Jeremy dan dia pula sepasukan dengan Shin Woo
    • HTK ‘menghentam’ bola tangkis sekuat-kuat hatinya ke arah GMN untuk melepaskan rasa geram yang terbuku di dada
  • Oleh kerana diejek lemah dalam semua perkara oleh HTK dan sebagai tanda protes, GMN cuba untuk menunjukkan kehebatannya dengan bergayut di palang:
    • Kerana kasihankan GMN yang bersusah-payah bergayut di palang itu, Jeremy cuba pelbagai cara untuk ‘menjatuhkan’ GMN tetapi tidak berjaya
    • Shin Woo pula dengan sekali cuba sahaja, berjaya ‘menjatuhkan’ GMN – dengan mencium dahinya!
    • Bukan sahaja GMN yang terkejut, tetapi hati HTK juga tersentap menyaksikan perbuatan Shin Woo itu

Perbualan antara YHY dengan Koordinator Wang tentang GMN (untuk mencari jalan bagaimana untuk membalas dendam terhadap GMN):

  • YHY mengadu kononnya GMN telah menjejaskan hubungan cintanya dengan HTK
  • Untuk melegakan hati YHY, Koordinator Wang bercerita tentang asal-usul GMN kepada YHY: Koordinator Wang berpendapat, GMN yang membesar di biara itu pasti akan kembali semula menjadi biarawati selepas selesai penyamarannya, oleh itu YHY tidak perlu risau akan hubungannya dengan HTK
  • Koordinator Wang tidak langsung menyedari bahawa YHY sebenarnya sedang merancang untuk menjatuhkan GMN
  • Setelah mendapat tahu tentang rahsia GMN itu, maka muncullah satu rancangan jahat yang lain bagi mengenakan GMN yang dirasakan telah banyak menyusahkan hidupnya itu

Perbualan antara GMN dengan HTK yang menyebabkan GMN terluka dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada HTK:

  • HTK yang cemburu kerana menyangka GMN menyukai Shin Woo tidak henti-henti cuba untuk melepaskan perasaan geramnya itu terhadap GMN
  • Sewaktu GMN datang menghantar jus limau nipis untuknya (atas permintaan Jeremy), HTK meluahkan kata-kata sinis kepada GMN sehingga melukakan hati GMN:
    • HTK menyindir GMN yang dianggapnya sanggup berbuat apa sahaja demi Shin Woo
    • HTK menyatakan, seandainya dia adalah Shin Woo, dia juga akan berasa tertekan dengan tindakan GMN yang dianggapnya cuba memikat Shin Woo itu
  • Kata-katanya HTK itu membuatkan GMN bersedih kerana dia beranggapan yang HTK akan berasa tertekan seandainya dia tahu bahawa GMN menyukai dirinya
  • GMN yang memendamkan perasaannya selama ini kerana tidak mahu menyusahkan HTK bertambah sedih apabila memikirkan hakikat yang cintanya terhadap HTK akan membuatkan lelaki itu terbeban
  • Kerana terluka dengan kata-kata HTK, dia menyuruh HTK agar berhenti campur-tangan dalam segala urusannya (tanpa menyedari kata-kata itu turut melukakan hati HTK)
  • Setelah kembali ke biliknya, GMN mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut demi melupakan cintanya terhadap HTK

Adegan sewaktu GMN bersiap-sedia untuk pergi menemui ‘gadis idaman’ Shin Woo bagi berterus-terang tentang kedudukan sebenar hubungan antara dia dengan Shin Woo:

  • Sebelum bertolak, GMN sempat memberitahu Pengurus Ma akan niatnya itu
  • Pengurus Ma risau GMN akan melukakan hatinya sendiri dengan berbuat demikian, lalu meluahkan kebimbangannya itu kepada HTK
  • HTK yang pada mulanya tidak mahu mencampuri urusan GMN kerana masih tersinggung dengan kata-kata GMN, akhirnya terpaksa juga campur-tangan dalam hal itu kerana menganggap tindakan GMN itu adalah satu tindakan yang bodoh (HTK sebagaimana Pengurus Ma menyangka GMN menaruh hati pada Shin Woo)
  • HTK cuba menghalang GMN daripada pergi menemui Shin Woo dan memarahi GMN yang dianggapnya bakal menempah malang untuk diri sendiri dengan mengorbankan perasaan sendiri demi menyatukan Shin Woo dengan gadis idamannya
  • GMN pula berasa tersinggung kerana tindakannya sering sahaja dikritik oleh HTK dan dia juga berasa sedih kerana HTK masih tidak memahami hatinya
  • Disebabkan terlalu geram kerana GMN enggan mematuhi larangannya, HTK melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak menduganya…😛

Adegan Paling Diminati

Sewaktu GMN cuba untuk mencantumkan semula pin rambutnya yang rosak, dia mendapati dua jarinya juga ‘tercantum’. Belum pun sempat dia berbuat apa-apa, HTK pun pulang. Dengan takut-takut, GMN terpaksa menunjukkan dua jarinya yang ‘tercantum’ dek gam itu kepada HTK. Dan HTK pula, kerana sudah terbiasa dengan GMN yang cemerkap itu, berlagak ‘kool’ sahaja apabila berdepan dengan situasi sedemikian…



About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 27 August 2010, in K-Drama, Plot Drama and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s