Catatan 花火 Hana-bi: Demam ‘Cinderella Sister’ Masih Belum Kebah

Di sebalik tabir pembikinan KDrama 'Cinderella Sister'

Demam KDrama 2010 – Cinderella Sister (CS) yang melanda 花火 Hana-bi ternyata masih belum kebah meskipun sudah 6 minggu CS mengucapkan selamat tinggal kepada peminat-peminat setia drama Korea. Bahangnya masih lagi terasa sehinggakan drama-drama atau filem-filem Korea yang ditonton selepas drama hebat ini, dirasakan tidak setanding dengannya. Untuk mengubat kerinduan pada CS, 花火 Hana-bi mula ‘mengorek-ngorek’ sedutan atau rakaman di sebalik tabir pembikinan drama ini menerusi YouTube. Terima kasih kepada peminat-peminat CS, terutama kepada Xing7007 yang telah memuat-naik rakaman di sebalik tabir CS (behind-the-scene footages) serta kepada MaApril18 yang telah menyiapkan beberapa muzik video menarik hasil daripada sedutan episod serta rakaman di sebalik tabir pembikinan CS.

Menonton rakaman-rakaman ini membuatkan 花火 Hana-bi semakin mengkagumi kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelakon serta kru penerbitan drama CS sepanjang penggambaran drama tersebut. Meskipun tidak memahami apa yang dituturkan oleh mereka di dalam rakaman video berkenaan kerana ketiadaan sarikata atau terjemahan, namun 花火 Hana-bi dapat merasakan betapa bersungguhnya mereka dalam menghasilkan sebuah drama yang bermutu.

Cheon Jeong Myeong: Di sebalik tabir

Selaku seorang pelakon yang berpengalaman, Cheon Jeong Myeong (CJM) adakalanya turut menyumbangkan idea dan memberikan pendapat peribadi tentang bagaimana hendak memantapkan lagi sesebuah adegan. Dia juga turut membantu dalam membimbing pelakon-pelakon lain, terutama pelakon-pelakon baru seperti Seo Woo. Malah, di dalam satu adegan romantik yang ditunggu-tunggu peminat, dia dilihat turut membimbing Moon Geun Yeong (MGY) yang sebelum ini dianggap CJM jauh lebih ‘superior‘ dan disegani kerana kebolehannya dalam lakonan.

MGY yang kelihatan kurang selesa cuba ditenangkan oleh CJM

Agak kelakar juga menyaksikan rakaman di sebalik tabir adegan tersebut kerana MGY yang dikagumi ramai disebabkan kebolehannya melakonkan watak Eun Jo yang berpersonaliti jauh berbeza dengan personaliti sebenarnya itu, dilihat ‘gagal’ menyembunyikan perasaan gementarnya sewaktu melakonkan adegan berciuman tersebut sehingga terpaksa ‘ditenangkan’ oleh CJM. Mungkin kerana ia adalah adegan berciuman yang pertama bagi si gadis muda yang membesar di layar perak ini, maka sewaktu melakonkan adegan tersebut, secara tidak sengaja, terserlah identiti sebenar MGY selaku seorang gadis yang masih agak naif dalam soal percintaan.

Namun, ‘kelemahan’ itu digunakan sebaik-baiknya oleh kru produksi CS untuk menjadikan adegan terakhir dalam Episod 19 itu lebih hidup dan meyakinkan. Sebagaimana gementarnya ‘Eun Jo’ sewaktu berciuman buat pertama kali dalam hidupnya dengan lelaki pujaannya, ‘Ki Hoon’, begitu jugalah perasaan MGY yang terpaksa menahan rasa segan sewaktu melakonkan adegan tersebut dengan CJM, sambil diperhatikan oleh kru-kru penerbitan. Mungkin ini adalah salah-satu faktor yang menyebabkan adegan tersebut kelihatan begitu ‘manis’ (sweeeeet) di mata penonton. Malah 花火 Hana-bi, buat pertama kalinya, tidak berasa terlalu ‘segan’ sewaktu menonton adegan itu kerana ia lebih bersifat ‘innocent‘ atau naif, sebagaimana naifnya MGY sewaktu melakonkan adegan tersebut.

Kesungguhan Seo Woo: Menahan sejuk dan lapar

Selain daripada CJM dan MGY yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh cuba menjayakan watak masing-masing, kredit juga harus diberikan kepada Seo Woo yang tetap bersungguh-sungguh cuba menghidupkan wataknya meskipun dalam waktu yang sama beliau terlibat dalam penggambaran sebuah produksi yang lain. Kesungguhan Seo Woo ini begitu ketara sewaktu beliau melakonkan adegan kejar-mengejar di dalam Episod 15. Di dalam adegan tersebut, ‘Hyo Seon’ terpaksa mengejar ibu tirinya yang cuba melarikan diri dengan menaiki bas. Disebabkan adegan tersebut, Seo Woo mengalami kecederaan yang agak serius pada kakinya kerana terpaksa mengejar bas dengan berkasut tumit tinggi, dan kemudiannya mengulangi babak tersebut dengan berkaki ayam.

Meskipun kecederaan yang dialami oleh Seo Woo tidak setanding dengan kesulitan yang pernah dialami MGY sewaktu melakonkan watak Shin Yoon Bok dalam KDrama 2008 – Painter of The Wind (badan MGY luka kerana terjatuh ke dalam perigi dan hidungnya pernah retak kerana disiku gurunya), namun kesediaan Seo Woo untuk berhadapan dengan kesulitan sewaktu melakonkan adegan ini berjaya membuktikan yang Seo Woo sememangnya bersungguh-sungguh dalam ‘menghidupkan’ watak yang diberikan kepadanya. Malah, menerusi drama CS ini, bakat Seo Woo berjaya digilap dan seterusnya, persepsi negatif masyarakat yang selama ini sangsi akan kemampuan Seo Woo sebagai seorang pelakon, akhirnya berjaya ditepis.

Lee Mi Sook begitu serius menghafal skrip

Bukan Seo Woo seorang sahaja yang bakatnya berjaya digilap, malah pelakon-pelakon lain, tidak kira sama ada yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia lakonan ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini, semuanya berjaya meningkatkan mutu lakonan masing-masing hasil kesungguhan yang ditonjolkan oleh semua pihak sepanjang pembabitan mereka dalam penggambaran drama ini. Maka, tidak hairanlah jika CS berjaya memikat hati penonton dan membuatkan demam CS masih belum kebah meskipun telah berminggu-minggu drama ini menamatkan penyiarannya…


| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Thursday, 15 July 2010, in Catatan 花火 Hana-bi, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Yeah, I love CS cast!

  2. Saya setuju, watak KH & EJ dimainkan dengan baik sekali. Dengan hanya mimik muka, kita sebagai penonton dapat merasa apa yang hendak disampaikan oleh si pelakon…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s