Info Filem: KMovie 2009 – More Than Blue

KMovie 2009 - More Than Blue

Maklumat Am:

  • Tajuk (Hangeul):슬픔보다 더 슬픈 이야기
  • Tajuk (Rumi): Seul-peum-bo-da Deo Seul-pon I-ya-gi
  • Tajuk (Bahasa Inggeris): More Than Blue
  • Tagline: A Story Sadder Than Sadness / Sad Sad Love
  • Genre: Melodrama, Percintaan
  • Pengarah: Won Tae Yeon (원태연)
  • Penulis Skrip:Won Tae Yeon (원태연)
  • Tarikh Pelancaran: 11 Mac 2009
  • Tempoh Filem: 105 minit
  • Jumlah Penonton: 724,206
  • Bajet Produksi: AS$2 Juta (Anggaran Kasar)
  • Kutipan Kasar: AS$3,577,302
  • Lagu Tema:More Than Blue OST

Pelakon-Pelakon Utama:

     

  • Kwon Sang Woo (권상우) sebagai K (케이) / Kang Chul Kyu (강출규)
  • Lee Bo Yeong (이보영) sebagai Cream (크림) / Eun Won (은원)
  •  

Pelakon-Pelakon Tambahan:

     

  • Lee Beom Soo (이범수) sebagai Cha Joo Hwan (차주환)
  • Jeong Ae Yeon (정애연) sebagai Jenna (제나)
  • Lee Han Wi (이한위) sebagai Presiden Kim / Kim Sa-jang (김 사장) /
    Kim Gap Shik (김갑식)
  • Shin Hyeon Tak (신현탁) sebagai Min Cheol (민철)
  • Kim Jeong Seok (김정석) sebagai Pengarah Operasi / Pyeon-seong-bu-jang (편성부장)
  • Jeong Joon Ho (정준호) sebagai Presiden Im / Im Sa-jang (임 사장) [Penampilan Istimewa]
  • Lee Seung Cheol (이승철) sebagai dirinya sendiri / Penyanyi [Penampilan Istimewa]
  • Nam Gyu Ri (남규리) sebagai Catgirl (캣걸) [Penampilan Istimewa]
  •  

Sinopsis Ringkas:
Filem ini mengisahkan tentang K dan Cream, dua sahabat yang saling menyintai dan sanggup berkorban apa sahaja demi insan yang mereka kasihi.
K dan Cream berkenalan sejak kecil, selepas kedua-dua mereka kehilangan keluarga masing-masing. K ditinggalkan oleh ibunya selepas kematian bapa manakala Cream pula menjadi anak yatim-piatu selepas semua ahli keluarganya yang lain terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Meskipun sangat menyintai Cream, K mengambil keputusan untuk tidak meluahkan rasa cintanya itu selepas dia mendapati dirinya menghidap penyakit barah. Oleh kerana tidak mahu Cream bersedih dan berasa keseorangan selepas dia meninggal dunia, K sedaya-upaya cuba mencari teman hidup yang sesuai untuk Cream.

Apabila mendapat tahu Cream terpikat pada Cha Joo Hwan, seorang doktor gigi yang telahpun bertunang, K berusaha memujuk tunang doktor gigi tersebut agar memutuskan pertunangan mereka. Niatnya cuma satu, agar Cream dapat mengahwini seorang lelaki yang ‘sempurna’, yang dapat menjaga Cream sepanjang hayatnya.

Cream pula sebenarnya dalam diam, telah mengetahui rahsia K itu. Demi memenuhi hasrat terakhir K, dia berpura-pura jatuh cinta kepada Cha Joo Hwan. Oleh kerana dia tahu hayat K sudah tidak panjang, dia segera mengaturkan perkahwinannya dengan doktor gigi tersebut semata-mata kerana mahu K berasa tenteram apabila dia meninggal dunia nanti. Meskipun hatinya berasa berat, Cream terpaksa meneruskan juga lakonannya itu demi insan yang dicintainya, iaitu K.

Fakta Menarik:
Filem ini adalah filem arahan pertama Won Tae Yeon (원태연)

Fakta Menarik:
Filem yang menelan belanja kira-kira AS$2 juta ini berjaya mencatat kedudukan ‘box office‘ tertinggi untuk hujung minggu pertama penayangannya di Korea Selatan dengan jumlah penonton seramai 256,809 orang. Bermula dari 11 Mac 2009 hingga 12 April 2009, filem ini berjaya mengutip sebanyak AS$3,577,302 dengan bilangan penonton sehingga 19 April 2009 berjumlah 724,206 orang.
[Sumber: Wikipedia]

Fakta Menarik:
Pada asalnya, Choi Song Hyeon (최송현) dipilih untuk memegang watak Jenna, tunang Cha Joo Hwan. Oleh kerana pada waktu yang sama beliau turut terlibat dengan penggambaran filem ‘Insa-Dong Scandal‘, Choi Song Hyeon terpaksa menarik diri daripada filem ini dan tempatnya digantikan oleh Jeong Ae Yeon.
[Sumber: AsianMediaWiki]


Sumber Utama Info: Soompi, HanCinema, AsianMediaWiki

Sumber Video: YouTube


Ulasan Ringkas 花火 Hana-bi:
Kisah percintaan yang tidak kesampaian disebabkan salah-seorang watak utama menghidap penyakit yang membawa maut bukanlah satu jalan cerita yang baru. Malah, pemilihan Kwon Sang Woo sebagai watak utama juga bukanlah satu percaturan baru kerana Kwon Sang Woo memang sudah sinonim dengan watak sedih sebegini. Namun, filem ini berjaya menarik minat penonton menerusi lagu ‘No One Else But Thee’, yang liriknya dikarang sendiri oleh Cream untuk menggambarkan perasaannya terhadap K.

Bagi 花火 Hana-bi, lagu tersebut adalah ‘penyelamat’ filem ini. 花火 Hana-bi sebetulnya kurang berpuas hati dengan gaya penceritaan filem ini yang dirasakan agak hambar dan kurang bertenaga. Meskipun Kwon Sang Woo dan Lee Bo Yeong berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik, mutu lakonan pelakon-pelakon lain dirasakan agak kurang mengesankan, terutamanya di bahagian awal filem.

Malah, jalan ceritanya di bahagian akhir filem dirasakan agak ‘mendadak’ kerana di dalam filem ini, tidak diulas tentang apa yang sebenarnya terjadi kepada pasangan ini selepas perkahwinan antara Cream dengan Cha Joo Hwan. Walau bagaimanapun, mujurlah ada klip video untuk lagu tema filem ini yang berjaya merungkaikan misteri di sebalik kematian Cream dan berjaya mencantumkan penamat filem ini yang dirasakan agak tergantung.


Rating 花火 Hana-bi:

  • Kepuasan Menonton: [ OKlah ]
  • Kualiti Filem Secara Keseluruhan: [ Memuaskan ]

———————————————————————————————————————Penafian: 花火 Hana-bi tidak bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang muatkan di sini. Penulisan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang telah dinyatakan. Sinopsis adalah berdasarkan pemahaman 花火 Hana-bi terhadap intipati filem yang ditonton. Ulasan yang diberikan pula adalah pendapat peribadi dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.
———————————————————————————————————————

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Friday, 25 June 2010, in Info Filem, K-Movie and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s