Catatan 花火 Hana-bi: ‘Cinderella’s Sister’ Berakhirnya Sebuah Drama Kehidupan

Hati Eun Jo akhirnya lembut jua apabila melihat Ki Hoon berada dalam kesedihan

Pada malam terakhir KDrama 2010 – Cinderella’s Sister (CS) disiarkan, 花火 Hana-bi tidak berkesempatan untuk menontonnya dalam versi RAW (tanpa terjemahan/sarikata) sebagaimana biasa menerusi JoonMedia kerana sambungan Internet pada waktu itu mengalami sedikit gangguan. Setelah hampir 2 hari bagaikan cacing kepanasan, kerana Streamyx ‘down‘ selama lebih daripada 18 jam dan kemudiannya terpaksa berdepan pula dengan masalah ‘serverViikii yang sibuk, akhirnya 花火 Hana-bi berjaya juga menonton episod terakhir CS secara dalam talian (‘online‘) menerusi satu-satunya sumber drama terkini yang mempunyai sarikata bahasa Inggeris itu. Ternyata penantian tersebut bukanlah satu yang sia-sia kerana 花火 Hana-bi disajikan dengan adegan-adegan yang menyentuh perasaan.

Meskipun gembira kerana CS berkesudahan baik dengan mencatatkan ‘rating‘ melebihi 22% untuk kedua-dua episod pada minggu terakhir penyiarannya, 花火 Hana-bi sebenarnya berasa berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada drama hebat ini. Tidak dapat disangkal lagi bahawa drama ini adalah antara drama Korea paling hebat yang pernah 花火 Hana-bi tonton. Dan 花火 Hana-bi percaya, drama ini akan kekal sebagai salah-sebuah drama pilihan花火 Hana-bi yang tidak akan jemu-jemu ditonton semula pada masa yang akan datang.

Gandingan pelakon-pelakon yang hebat bersama kru-kru penerbitan yang berpengalaman berjaya menghasilkan sebuah drama tentang realiti kehidupan yang kelihatan begitu realistik serta mengesankan. Setiap watak utama dalam drama ini berjaya digarap dan dilakonkan dengan baik sehinggakan 花火 Hana-bi kadangkala terlupa akan identiti sebenar pelakonnya.

Pasangan bahagia Ki Hoon dan Eun Jo - akhirnya mereka mampu tersenyum gembira

Buat pertama kalinya, 花火 Hana-bi berasa sukar untuk ‘point-out‘ siapa sebenarnya yang menjadi tunjang utama kekuatan CS kerana kesemua watak di dalam drama ini memberikan persembahan yang begitu bertenaga. Bermula dari watak utama hinggalah ke sekecil-kecil watak, semua pelakon berjaya membawa watak masing-masing dengan begitu meyakinkan. Malah, si kecil ‘Joon Soo’ juga berjaya mempamerkan lakonan yang membanggakan dan menyentuh hati penonton meskipun tidak banyak adegan yang melibatkan dirinya. Syabas kepada semua pelakon CS!

Selain daripada lakonan serta skrip yang hebat, kredit juga harus diberikan kepada pemilihan lagu yang menjadi lagu tema bagi drama ini. Setiap lagu yang diselitkan berjaya menghidupkan lagi suasana dan membuatkan setiap adegan kelihatan meyakinkan. Oleh itu, syabas kepada kru penerbitan CS yang bukan sahaja berjaya membuat pilihan pelakon (‘casting‘) serta lokasi yang yang tepat, malah berjaya membuat pilihan lagu yang sesuai untuk drama ini.

花火 Hana-bi berharap, akan ada banyak lagi drama sehebat ini pada masa yang akan datang agar KDrama terus mendapat tempat di hati peminat-peminat drama di seluruh dunia…

| 花火 Hana-bi |

About 花火 Hana-bi

Simply a K-Addict

Posted on Sunday, 6 June 2010, in Catatan 花火 Hana-bi, K-Drama and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. sekiranya hana-bi membuat ulusan tentang cs, saya ingin tahu juga…tq. ulusan hana-bi best. i love this drama terutama ki hoon oppa…

  2. tq, for reply me. l hope hana-bi sihat walafiat utk membuat ulusan seterusnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s